Sabtu, Julai 11, 2009

Hidung berdarah sebab menyelam, Adik Bongsu masuk IPTA dan Sedang bersiap ke Jepun

Selepas menyepi selama lebih tiga minggu lamanya, akhirnya malam ini saya dapat meluangkan masa untuk online seketika. Maklumlah, dah lama tidak mengisikan apa-apa di dalam blog Pedoman Hidup.

Memang terasa juga di dalam diri saya rasa bersalah kepada Anda. Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA. Terima kasih saya ucapkan kepada Anda yang telah sudi berkunjung ke sini, blog Pedoman Hidup ini.

Maafkanlah diri ini yang telah dengan sengaja tidak mengisikan apa-apa di dalamnya selama tiga minggu yang lalu.

Kepada Anda yang telah sudi mengklik iklan-iklan nuffnang di dalam blog ini, saya juga ingin mengucapkan Setinggi-tinggi Terima Kasih di atas kesudian Anda mengkliknya.

Sememangnya, usaha Anda yang amat berharga itu kelak menggembirakan bukan sahaja hati ini, tetapi juga Isteri Tercinta Saya. Maklumlah, penerima akaun nuffnang untuk blog Pedoman Hidup telah diukirkan nama Isteri Tercinta Saya.

I Love you! untuk Anda kerana menghargai usaha-usaha saya di dalam blog Pedoman Hidup ini dengan mengklik iklan-iklan di dalam blog ini.

Opsss…. Sebenarnya entri kali ini saya ingin ceritakan kepada Anda kesibukan yang telah menyebabkan blog Pedoman Hidup tidak diisi sebarang kisah selama tiga minggu yang lalu.

Ada tiga perkara membuatkan saya terlalu sibuk dan letih sehingga azam untuk mengisi sekurang-kurangnya satu cerita di dalam tempoh dua atau tiga hari lamanya telah tergendala. Ada tiga peristiwa yang membuatkan saya tidak dapat mengisikan entri baru di dalam blog ini.

Yang pertama adalah disebabkan terlalu letih selepas melakukan selaman di dasar laut sebanyak empat kali dalam tempoh dua hari berturut-turut, selain hidung saya telah berdarah disebabkan selaman itu, ianya juga telah mengakibatkan saya mengalami selesma selama beberapa hari.

Dan dalam masa yang sama, iaitu ketika selesma menimpa, saya perlu mengiringi adik bongsu yang telah mendapat tawaran masuk ke IPTA. Itu saya kena lakukan kerana ibu kesayangan saya terlalu risau dan menyuruh menguruskan pelbagai perkara sebagai persediaan adik bongsu berjauhan dengan mereka. Ini merupakan pengalamannya yang pertama berjauhan dengan kedua orang tua sebenarnya.

Sebab itu juga saya perlu memberikan semangat bukan sahaja kepada adik bongsu, tetapi juga ibu kesayangan saya. Disebabkan masalah kesihatan, Ayah saya tidak turut sama mengiringinya. Oh ya, adik saya itu sebenarnya seorang perempuan.

Seterusnya, perkara ketiga yang terlalu menghimpit saya ialah melakukan pelbagai persediaan untuk berangkat ke Jepun bagi menunaikan tanggunjawab kepada Agama, Bangsa dan Negara Malaysia yang tercinta ini. Itu saya telah ceritakan kepada Anda di dalam entri terdahulu (Kekuasaan, Kemasyhuran dan Keajaiban Anugerah-NYA). Saya akan berangkat ke Jepun pada 13 Julai 2009 ini. Tinggal dua hari lagi sebenarnya.

InsyaAllah, ada masa nanti, akan saya ceritakan kepada Anda ketiga-tiga kesibukan itu untuk dikongsikan dengan Anda kerana ada hikmah yang patut diketahui mengenainya.

Sekali lagi, Terima kasih kerana Anda terus sudi berkunjung ke sini.

9 Komen:

prettyrain berkata...

salam. saya ingtkn abg dh smpai jepun dah selepas lama nyepi.
kalau abg tak keberatan, mintk kirim keychain bole?
hehe

Cik Amy Sensei berkata...

salam abgbent..

wahhh...patutlah sepi je blog abgbent ni..rupenye empunya badan sedang menguruskan pelbagai perkara..tahniah buat abgbent kerana tak lama lagi akan berangkat ke jepun..semoga selamat selalu di sana nanti..dont forget me yaa..hihi

paan berkata...

wah..jepun..gila bez...minat sangat tgk citer jepun..

Abgbent berkata...

InsyaAllah, adikku pretty yg mmg cantik. Nanti bagi alamat, abg akan tolong poskan. Untuk adikku cik amy juga. ya...

Na Shari berkata...

Salam abgbent...Na pun ingat abgbent dah gi jepun. Anyway,selamat menjalankan tugas. Semoga selamat pergi dan balik...

Abgbent berkata...

InsyaAllah, Paan, akan saya kongsikan andai ada yang boleh dijadikan Pedoman, Buat adikku Na Shari, TQ sekali lagi sbb mendoakan abg.

alang berkata...

Apapun just wanna say plz take a good care of ur self. :)

Cik Amy Sensei berkata...

jaga diri baik-baik abgbent di sana..semoga sentiasa di bawah lindungan Allah..

armouris berkata...

info tentang hidung berdarah kat sini - Hidung Berdarah

Catat Ulasan