Jumaat, Jun 26, 2009

Melalui Ujian Dunia - IbuBapa Yang Tabah

Hari ini saya tiada idea yang boleh dikongsi dengan Anda kerana minda saya sedang meneliti beberapa perkara yang harus diselesaikan dengan segera.

Namun, disebabkan saya telah terbaca satu kisah mengenai kehidupan, ada baiknya juga saya kongsikan di dalam blog Pedoman Hidup ini. Moga-moga nanti adalah satu hikmah yang akan diperolehi semasa membacanya dan seterusnya di dalam melalui liku-liku kehidupan ini.

Sememangnya semua di kalangan kita ingin berjaya bukan? Berjaya dalam semua perkara. Andai Anda bertanya kepada saya, sebenarnya saya memang ingin berjaya.

Bilamana disebut berjaya, ianya adalah merujuk kepada pelbagai usaha yang dilakukan untuk mengecapi kejayaan. Kejayaan yang dimpikan oleh ramai manusia termasuklah memiliki kekayaan dalam bentuk harta benda, kuasa dan pastilah ilmu-ilmu berguna.

Dari tiga yang saya sebutkan di atas, ada juga baiknya saya kongsikan dengan Anda mengenai satu lagi kejayaan yang harus kita fikir-fikirkan bersama. Nak tahu apa?

Saya mengungkapkannya sebagai Kejayaan Hakiki iaitu Berjaya Menempuhi segala liku-liku kehidupan ini, untuk mendiami Syurga NYA nan Abadi.

Memang perjalanan di dalam kehidupan ini tidak mudah, apatah lagi andai ujian yang diterima terlalu berat untuk dilalui. Namun hakikatnya, perjalanan akan mudah andai kita mengetahui mengapa kita berada di sini. Di sini… di dunia ini.

Opsss… sebenarnya saya ingin berkongsi satu cerita yang agak pahit untuk dilalui. Cubalah Anda baca tajuk ini (Apa Dosa Kami). Cuba bandingkan hidup yang sedang kita lalui ini dengan Insan yang saya kenali sebagai Manusia Tabah.

Moga-moga Manusia Tabah seperti ini yang saya gelar mereka IbuBapa Yang Tabah akan memperolehi Kejayaan Hakiki nanti. Memang kehidupan yang mereka sedang lalui amat besar dugaannya.

Dan, moga-moga juga kita tidak akan alpa untuk memanjatkan kesyukuran pada NYA kerana ujian sebegini sememangnya amat berat untuk dilalui.

Marilah kita berdoa bersama-sama semoga DIA yang Maha Kuasa tidak menguji kita sedemikian rupa dan semoga IbuBapa Yang Tabah ini pula, akan beroleh ketenangan dan kelapangan semasa melalui segala dugaan yang diujikan kepada mereka, mereka yang saya kenali IBuBapa Yang Tabah.

4 Komen:

Ummu Mishkah berkata...

ada baca dalam metro pasal ni, kata orang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...

Na Shari berkata...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...Semoga hidup mereka sentiasa diberkati. Amin...

ejdeejasmi berkata...

sedihnya..moga ALLAH memberi mengurniakan ganjaran setimpal kelak kepada ibubapa itu..mereka lah yang terbaik..sedihhh..

alang berkata...

Setiap sesuatu yg berlaku pasti ada hikmah dan pengajaran. Sory la abg bent. Bz skit skrang nie.hehe.

Catat Ulasan