Selasa, Mei 05, 2009

Kasih dan Sayang

Anda, adalah antara simbol dari titisan kasih dan sayang. Memang asal kejadian setiap insan dimulai oleh perasaan ini, iaitu hasil nikmat berkasih-sayang. Tanpanya, tiadalah manusia yang bernama Insan.

Kasih sayang merupakan kurniaan Tuhan kepada setiap insan yang memiliki hati dan perasaan. Gambaran hebatnya perasaan ini, bila mana setiap insan dahagakan kasih dan sayang. Itulah kehebatan kekuasaan Tuhan yang memiliki segala keajaiban dan kunci segala rahsia kehidupan.

Sebagaimana Anda dahagakan kasih dan sayang, begitu jugalah insan-insan lain yang memiliki hati dan perasaan.

Sememangnya Tuhan juga memiliki Kasih dan Sayang. Sebab itu setiap insan yang melakukan sesuatu perlakuan semestinya mendahulukan ungkapan “Dengan Menyebut Nama MU yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”.

Tanpa limpahan kasih sayang-NYA, mana mungkin kita dapat menggerakkan segala tindakan yang ingin kita lakukan. Mengapa? Kerana DIA yang menciptakan semua kejadian kehidupan untuk menyatakan betapa DIA mengasihi dan menyayangi.

Dari itu, usahlah disembunyikan perasaan ini. Apatah lagi kepada mereka yang amat bermakna di dalam kehidupan ini. Lambat laun akan menyesal nanti, sudah tidak berguna lagi.

Kehidupan ini sememangnya sementara. Dari itu jangan tertinggal memberikan kasih dan sayang kepada mereka yang amat dikasihi dan disayangi, apatah lagi kepada mereka yang telah menitiskan perasaan ini untuk kita bersama-sama merasai akan erti kehidupan ini.


Coretan sempena Hari Ibu dan Ayah




Entri tambahan mengenai;

Bicara Soal Cinta

Cinta Terhalang,

Putus Cinta atau Putus Kasih Sayang,

Kasih dan Sayang,

Petua Menyuburkan Kasih Sayang,

Mengenali Cinta.

4 Komen:

alang berkata...

Betul2. Tapi jgn pulak bagi ksaih sayang berlebihan kepada orang yg tak sepatutnya. hehe.
Maklumla, orang zaman skrang.

Emad berkata...

Kasih sayang yang paling utama ialah kasih sayang kepada Allah dan Rasul kerana bermula daripada situlah kita mudah untuk meletakkan kasih sayang kita kepada yang lain dengan cara yang betul. Sekadar pandangan....

Abgbent berkata...

Syabas Emad sekiranya meletakkan DIA yang paling utama. Sememangnya itulah selayaknya. Sebab itu di dalam segala perbuatan yang kita lakukan perlu didahului dengan ungkapan "Menyebut nama-NYA yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".

Perbuatan yang didahului dengan ungkapan sedemikian merupakan antara usaha-usaha yang cuba dilakukan agar terukirlah perasaan kasih dan sayang di dalam hati dan sanubari insan.

Ya, untuk memahami sejauh mana kita mengerti akan perasaan kasih dan sayang semasa melalui liku-liku kehidupan.

Tanpa Nama berkata...

salam..saya mungkin ingin berkongsi..sebenarnya saya sangat sedih sekarang kerana di tipu oleh orang yang saya sangat sayangi..saya cuba untuk menahan daripada terus bersedih..tapi tidak berjaya.."kadang-kadang Allah sembunyikan Matahari,Dia datangkan kita petir & kilat..kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari..rupa-rupanya Allah memberi kita Pelangi....Adik an cayang adik..muahhhhh

Catat Ulasan