Khamis, April 02, 2009

Lambat Kahwin

Sudah menjadi satu kemestian untuk aku lakukan. Sebelum beredar dari ofisku, akan aku cuba berusaha menghasilkan satu atau dua coretan agar dapat dimuatkan ke dalam blog ini.

Ya, berusaha agar dapat dikongsikan dengan Anda. Tetapi ketahuilah bahawa terkadang juga amat sulit untuk aku melakukan begitu disebabkan pelbagai tugasan yang mendesak pada satu-satu ketika. Ianya menyebabkan kadang-kadang niatku untuk berkongsi sesuatu dengan Anda terhenti. Moga Anda mengerti andai tiada coretan baru semasa Anda menziarahi blog ini.

Entah kenapa, hati aku meronta-ronta tengahari ini untuk membicarakan mengenai tajuk di atas. Lambat berkahwin. Ya, tajuknya adalah Lambat Berkahwin. Memang ada di kalangan saudaraku yang menghadapinya.

Bagi seorang lelaki, ianya tidaklah sesulit yang dialami oleh seorang wanita. Itu memang pasti. Apabila seorang wanita lambat berkahwin, akan adalah kata-kata sinis diungkapkan kepada mereka. Bagi yang lelaki pula, sememangnya kata-kata perangsang daripada rakan-rakan sentiasa diungkapkan agar cepat-cepat menyelesaikan tanggungjawab untuk berkahwin itu.

Coretan ini aku khususkan untuk wanita. Dan bukannya lelaki. Biasanya para wanita akan mengalami sedikit tekanan bilamana membicarakan soal lambat berkahwin. Kadang juga ada yang merasa seolah-olah tidak mengapa kalau lambat berkahwin. Tetapi aku harus mengatakan bahawa itu hanyalah luaran. Jauh di sudut hati mereka, pasti hanya DIA yang mengetahui. Bagi mereka yang merasainya, sudah tentu Anda memahami keadaan itu.

Coretanku ini bukanlah membicarakan secara terperinci mengapa, kenapa dan bagaimana mengatasinya kerana aku tahu banyak tulisan-tulisan mengenainya. Tidak perlulah aku menambah-nambahkannya di blog ini.

Sebenarnya coretanku ini bertujuan untuk memberitahu kepada yang telah lewat berkahwin; ketahuilah bahawa apa yang Anda sedang alami itu adalah di antara ujian-ujian-Nya yang harus dilalui.

Gunakanlah kesempatan ini untuk membuktikan bahawa walau apapun berlaku, Anda tetap bersama-sama dengan-Nya. Usah difikir mengenai apa yang orang kata tetapi ketahuilah yang paling mustahak ialah apa yang akan DIA kata selepas melalui ujian itu. Adakah Anda berjaya atau sebaliknya?. Mengapa ujian itu ditimpakan kepada Anda? Saya pun tidak dapat menjawabnya, tetapi yang pasti, DIA maha mengetahui akan semua perkara;

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqara, 2: 214)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankaboot, 29: 3)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Al-Baqara, 2: 155)

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur, 24: 32)

Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu. (Saba, 34: 21)

.

13 Komen:

Keri AlHaj berkata...

kena percaya... dlm hidup kita ni, kita tetap jugak terikat pada satu takdir Allah yg dipanggil "JODOH"... masanya tetap akan sampi juga, kalau Allah dah tentukan memang ada jodoh utk kita di luar sana... tetapi, kita sebagai manusia kenalah ikhtiar jugak kan...


saya pun tak kawin lagi... dah tua dah ni... hadoiiiii... seb baik lelaki. org tak mengata sgt lah...

:: Wiween :: berkata...

alamak...ween pun x kawin lg nih da tuo da eden. uhuk bila laa sarukkhan mau masuk minang nih. ehehehehe

Abgbent berkata...

Semacam Chimera yang hensem ini sesuailah dengan Cikgu Matematikku ini. Kalu dah merisik-risik Chimera, apa tunggu lagi. Takle je Cikgu Matematikku tu. Dia memang lawa, cantik dan pandai buat cupcake lagi tu.

Abg kalu masih bujang sure dah takle cikgu matematikku tu Chimera, maklumlah, rasanya rugi pula kalu tak takle.

Kalu jadilah Cikgu Matematikku itu dengan Chimera, sure bukan sahaja seolah-olah pinang dibelah dua, bahkan umpama Shah Rukh Khan dengan Juhi Chawla.

Keri AlHaj berkata...

wennn??? alah, dia tak mau kat saya lah bang... dia nak kat abang ehem2 yg natah sape mama dia tu? yg lagi enmsen dari shah rukh khan tuu...

:: Wiween :: berkata...

woiiiittttttt drama apakah ini? adoi laa

Abgbent berkata...

Sungguh, bila abg nengok gambar Chimera tu, mmg abg pun bleh jatuh cinta. Kalau abg nie sowang pompuan, sure abg dah ngorat Chimera. Memang hensem per...

Cikgu matematikku mesti nak ayat yang hebat dari Chimera. Sebab tu dia jual mahal-mahal. opsss...Al-maklum pompuan secantik Juhi Chawla takkan mudah menyerahkan? Mestilah mau nengok sejauh mana Chimera bleh membuat pengobanan untuknya.

Abg sure, cikgu matematikku mmg seorang yang penyayang, al-maklum ecosystemnya dipenuhi oleh pelajar-pelajar sekolah.

Moga-moga kekosongan hidup yang dialami nanti akan dipenuhi dengan sinar-sinar cinta. Umpama lagu cori-cori, chupke cupke...

:: Wiween :: berkata...

hadoi laa abgbent. budak chime tu batman. x suke batman! x suke! ween suka Joker! wahahahah. errk lagipun dia da ada buah hati pengerang jantung. xleh kaco xleh. kekekke

Keri AlHaj berkata...

alamakkk.. apa ni bang bent.. poji lebih2 sgt ni... jgnlah kembangkan lagi lobang idong saya yg dah sedia besar ni.... hadoiiiiii.. saya??? ensemmmm???? hahahahah


haaa... kan dah kata...ween dia tak nak kat saya.. dia nak yg ganas2 je semua.. saya mana ada ganas... romantik tu adalah.. heheheh... tak memenuhi syarat lah...

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) berkata...

sy pun lambat kawen
tapi takpe, sebab lelaki
hehe

alang berkata...

Uik, dalam komen tetiba bleh ada crite hindustan?haha. adei. Apapun,saya prefer dah stabil hidup mean dah keja,ada duit simpanan baru pikir nak kawen

:: hayati :: berkata...

iye...sabar...mudah2an Allh meredhaiku...aminnn...

waniey..... berkata...

sy pun belum kawin lg heee insyallah setiap insan
mesti akn ada pasangannya..mudahan saya akan bertemu jodoh..amin

zira rani berkata...

amin..moga bertemu jodoh semuanya..c bujang..dugaan yg sgt hebat ini..kot byk hikmahnya pd kita semua..sy yakin dgn jodoh yg akan d beri allah kelak..hehe

Catat Ulasan