Rabu, Mac 18, 2009

Matlamat, Usaha, Cabaran & Takdir

Bahagian 1


Kali ini saya ingin berkongsi keempat-empat kata nama di atas. Kesemua kata nama itulah yang akan dilakukan di sepanjang perjalanan kehidupan Kita.

Untuk permulaannya, saya ingin kongsikan berkaitan dengan Matlamat. Ianya juga disebut sebagai Niat, Keinginan atau mungkin juga Hajat. Matlamat merupakan salah-satu perkara pokok di dalam Kita melakukan apa-apa perkara. Perlakuan Kita sering menzahirkan kata nama itu. Sama ada disedari atau tidak, di sepanjang kehidupan Kita, pastilah harus ada matlamat, Niat, Keinginan atau Hajat.

Sekiranya Kita tidak ada Matlamat, maka perjalanan kehidupan Kita tidak akan ada haluannya. Ke mana Anda akan bawa kehidupan ini andai Anda tiada matlamat yang jelas?

Matlamat harus difikirkan terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Cuma bezanya, di kalangan Kita, ada yang menyedari ianya sebagai matlamat dan ada pula yang tidak sedar bahawa ia sedang melaksanakan beberapa matlamat. Berkaitan dengan Matlamat ini, saya telah menuliskannya di dalam coretan saya bertajuk Ingin Mengecapi Kejayaan Hakiki?. Ada lima bahagian kesemuanya khusus membicarakan berkaitan dengan Matlamat. Harap dapatlah dirujuk di ruangan sebelah kanan blog ini iaitu di dalam Artikel Terkumpul.

Berkaitan dengan matlamat, saya telah membahagikannya kepada Matlamat Kecil, sederhana besar, Matlamat Besar dan Matlamat Hakiki.

Contoh Matlamat kecil yang dapat saya ceritakan di sini ialah apabila ingin membuang air besar atau mungkin Kita ingin makan. Pasti kedua-dua matlamat itu merupakan perbuatan yang akan Kita lakukan dan amat mudah dilaksanakan. Manakala matlamat yang besar pula adalah seperti ingin menjadi Pekerja Cemerlang, Lulus Peperiksaan SPM, STPM atau lain-lain yang berkaitan dalam bidang Akademik dan ada juga yang ingin Mengembangkan Perniagaan agar mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Kesemuanya itu adalah antara matlamat-matlamat yang ingin Kita gapai.

Selepas Matlamat, pastilah Usaha perlu dilakukan agar kesemua Matlamat-Matlamat yang telah difikirkan dapat dikecapi kejayaannya. Ya, berusaha melalui pelbagai strategi-strategi yang berkemungkinan dapat dilakukan agar kelak Matlamat tercapai dan merasai nikmatnya Kejayaan.

Sebagai contoh, di dalam matlamat kecil tadi, Kita berhajat untuk membuang air besar. Sudah tentu Usaha perlu dilakukan untuk mencari tempat-tempat yang sesuai digunakan untuk mezahirkan hajat itu. Selain itu, Kita juga harus memastikan adanya air atau bahan-bahan lain agar kelak, selepas melaksanakan hajat, bahan-bahan tersebut dapat digunakan untuk membersihkan tempat-tempat yang berkaitan. Kita juga perlu berusaha memastikan tempat-tempat yang digunakan untuk melepaskan hajat itu dalam keadaan selamat digunakan. Ini termasuklah perkara-perkara yang berkemungkinan boleh mengaibkan diri-sendiri. Malu kalau ternampak oleh orang lain bukan?. Jadi, sama ada Matlamat itu kecil atau besar, Usaha perlu dilakukan agar dapat mengecapi nikmatnya Kejayaan hasil usaha yang telah Kita lakukan.

Dalam hal ini, saya simpulkan bahawa Kita perlu berusaha dengan melakukan pelbagai strategi untuk menggapai matlamat yang telah Kita gariskan. Seandainya Kita telah memikirkan sesuatu matlamat, tetapi tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya, mana mungkin Kita akan mengecapi kejayaan, bukan?.


(Coretan akan disambung lagi)

2 Komen:

Shemmi berkata...

matlamat saya : nak baca semua artikel2 abgbent

usaha : cuba baca sedaya mungkin & faham dalam hati

cabaran : masa yang tidak mengizinkan (time kerja) juga cabaran perasaan...cepat bosan tenung tulisan lama2..ngeee..

takdir : erk...er..err..Allah dah takdirkan saya jumpa blog ni..Alhamdulillah!

Abgbent berkata...

:) Lontaran senyuman buat Shemmi.

Terima kasih adik Shemmi kerana melawat blog saya. Moga ada kesempatan membantu saya menjayakan matlamat blog ini.

Ya, saya memerlukan insan-insan seperti Shemmi di dalam artikel-artikel yang saya coretkan ini. Jangan segan untuk memberikan input ya.

Salam perkenalan dari saya.

Catat Ulasan