Selasa, Mac 10, 2009

Berkahwin dengan diri-sendiri?

Saya tertarik membaca satu coretan mengenai persoalan kahwin. Ya, saya sememangnya tidak pernah pun terfikir mengenai soalan itu. Soalannya berbunyi;

Sudikah saya mengahwini diri saya sendiri?

Terkejut besar saya membacanya. Ya, sebab selain perkara-perkara positif yang terzahir di minda, perkara negatif juga terus tergambar. Apa tidaknya, nak berkahwin dengan diri sendiri?

Penulisan itu menghuraikan tentang kesudian diri Kita mengahwini individu lain yang mempunyai ciri-ciri sama seperti diri Kita sendiri. Sifat-sifat baik dan buruknya adalah sama seperti diri Kita. Adakah kita akan sudi menerimanya?

Itulah persoalan yang telah diutarakan oleh penulis itu. Ianya telah memberikan sedikit kefahaman kepada saya mengenai perlunya menghisab diri kita sendiri. Sekarang terpulang kepada Kita untuk berfikir mengenainya. Adakah Kita sudi menerima orang yang mempunyai persamaan ciri-ciri sepertimana yang kita miliki kini. Sifat-sifatnya yang positif dan negatif, pastinya.

Bila membaca komen-komen yang dicoretkan di dalam laman itu, ramai yang tidak sudi memandangkan mereka mengetahui keburukan diri mereka sendiri. Ermm… dalam hal ini saya berani mengatakan bahawa siapapun dia, selagi bernama insan, pasti tidak akan lepas daripada melakukan kesilapan. Dia pasti ada kehebatan dan kekurangannya. Saya tetap berfikiran bahawa selagi namanya manusia, sudah pasti tiada yang sempurna. Ketahuilah bahawa itulah perbezaan kita dengan malaikat dan syaitan.

Amat rugilah andai diri Anda menetapkan tidak akan menamatkan zaman bujang selagi mana belum bertemu dengan insan yang sempurna, sampai kiamatlah jawabnya diri anda tidak akan berkahwin kelak.

Ketahuilah bahawa setiap di antara Kita ada kehebatan dan kekurangnya. Itu mesti ditekadkan dalam diri apabila bertemu jodoh kelak. Sememangnya tiada yang sempurna, namun kekurangannya itu seharusnya sama-sama diperbaiki dan dipertingkatkan agar kelak menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Setelah bernikah Kita mesti berkerjasama memperbaiki kekurangan masing-masing agar meningkat ke tahap yang lebih baik daripada sebelumnya. Itulah hakikatnya Kita yang bernama manusia.

6 Komen:

tajma berkata...

first baca tajuk, sy tak faham.itu buat sy nak baca lebih lanjut.sy rasa sy pun tak nak kawen diri sendiri krn bnyk nya kekurangan yg ada pd diri.sy dah berkawen dan nasib baik dia jauh berbeza dr sy. lebih berani, bijak dan bertanggungjawab..

Abgbent berkata...

Alhamdulillah, Tahniah pada silent knight kerana telah berumahtangga dan memiliki seseorang yang berani, bijak dan bertanggungjawab. Itulah seeloknya. Melihat kebaikan pasangan Kita adalah lebih baik daripada melihat kekurangannya.

Saya tumpang gembira dengan apa yang silent knight miliki itu. Moga berkekalan sehingga ke syurga kelak.

kEy berkata...

hmmm..nak ty s0alan skit~~

kal0 kite kawEn ngan dri sEndri, kal0 cerai nnt nak wat cmnE ek??

lalala~

kEy berkata...

hmm? bcE abis dah la~

Tanpa Nama berkata...

erm..... entri ni bermaksud supaya jangan memilih dalam segi jodoh kan?? amnusia nie tidak sempurna...

Abgbent berkata...

Barangkali AHMADSUFI6177 telah tersilap faham maksud saya.

Memang Kita diminta untuk memilih jodoh Kita tetapi janganlah pula mengharapkan bahawa jodoh yang Kita bakal pilih itu sempurna semuanya.

Kita perlu memahami bahawa stiap daripada Kita ada kehebatan dan kekurangan. Sebab itu Kita perlu bersedia memahami perkara ini agar kelak di dalam Kita memilih itu Kita tidak akan mengharapkan sesuatu yang hebat tentang pilihan Kita itu.

Dalam erti kata lain, pilihan Kita memang sempurna tetapi perlu mengakui juga bahawa pilihan itu tetap ada kekurangannya. Rasulullah pun pernah berpesan agar memilih jodoh dengan sebaiknya.

Moga dapat membantu.

Catat Ulasan