Isnin, Mac 11, 2013

Sabah Hak Sultan Sulu...? Selagi ada Bulan dan Bintang


Akhirnya kisah "Pencerobohan" Tentera Diraja Kesultanan Sulu dapat diredakan pada masa ini. Namun, amat menyedihkan kerana sudah banyak jiwa yang terkorban. Hati saya merasai kesedihan ini!

Ianya amat menyedihkan hati nurani saya kerana mereka yang berperang dan berkorban adalah umat manusia yang serumpun dan seagama dengan saya. Air mata saya menitis mengingatkan peristiwa ini. Sungguh!

"Ya Allah Ya Tuhanku, daku menadah tangan kepada Mu memohon keamanan dan kedamaian untuk Negara Malaysia Tercinta. Cucurilah rahmat Mu ke atas kami, dan hindarilah kami dari musibah serta fitnah yang sedang melanda umat Mu."

Hati nurani saya juga membisikan persoalan mengapakah saudara seagama saya memikirkan jalan penyelesaian sedemikian rupa? Moga-moga pertelingkahan yang berlaku ini tidak akan berpanjangan dari generasi ke generasi selepas saya nanti.

Sehingga kini, ramai rakyat Sabah mengambil sikap berhati-hati akan keselamatan mereka, lebih-lebih lagi di sebelah Pantai Timur Sabah. Ibubapa dan Sanak Saudara saya memang berada di Pantai Timur Sabah.

Alhamdulillah, dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Pimpinan Negara Malaysia kerana mengambil berat akan keselamatan rakyat khususnya di Negeri Sabah. Lebih-lebih lagi mengujudkan Zon Keselamatan Khas di sebelah Pantai Timur Sabah. Moga-moga dengan adanya zon itu, ketenteraman dan kedamaian yang diharapkan oleh seluruh Umat Manusia akan terpelihara. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan umat manusia di Kepulauan Sulu juga.

Peristiwa "Pencerobohan di Lahad Datu" telah menyingkap sejarah mengenai Kesultanan Sulu. Sejarahnya kini muncul kembali dan telah banyak bertebaran di laman sesawang alam maya untuk tatapan umum. Tidak terlepas, susur-galur Kesultanan ini, supaya adalah pemahaman dan pengertian mengenai pengakuan pelbagai pihak bahawa merekalah pewaris Kesultanan Sulu.

Sememangnya perjuangan Bangsa Sulu sudah lama. Hatta sebelum kedua orang tua saya dilahirkan di negeri Sabah, Bangsa Sulu memang sudah dikenali. Sebab itulah laut di sebelah Pantai Timur Sabah dinamakan Laut Sulu. Sehingga kini pun, masih terdapat komuniti bangsa ini yang tidak mengikhtiraf kerakyatan mereka di bawah Pemerintahan Filipina. Mereka akan terus berjuang dengan kepercayaan selagi ada Bulan dan Bintang. Mereka akan terus berjuang!


Untuk itu, marilah kita sama-sama khususnya rakyat Malaysia yang cintakan keamanan sejagat umat manusia, melihat dan merenung luahan kata-kata di bawah;

Kami, generasi muda Tausug lebih rela Sabah dijaga oleh Malaysia dari diheret masuk ke Filipina... daripada terhina di bawah tapak kaki Filipina, lebih baik Tausug terhina di dalam kurungan rumah merah yang disediakan oleh Malaysia di seluruh Sabah. Malaysia walaupun dipandang zalim menyeksa Tausug dalam tahanan rumah merah, sekurang-kurangnya Tausug tidak mengakui ketuanan Filipina. Kita ucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana membina Kurungan Rumah Merah. kerana dengan ini, generasi Tausug di Malaysia sentiasa subur semangat perjuangan mengembalikan hak nenek moyang mereka di negeri Sabah".

Ungkapan di atas saya petik dari blog tausug-global.blogspot.com

Tausug merupakan salah satu daripada komuniti Bangsa Sulu. Mereka juga dikenali sebagai Bangsa Sulug dan berbeza daripada Bangsa Bajau sama ada dari segi budaya dan percakapan. Saya, mempunyai kedua-dua darah Bangsa Sulu iaitu darah Bajau dan Suluk. (^___^)

Saya yakin, yang berada di dalam tahanan Rumah Merah Malaysia bukan sahaja daripada kalangan Tausug, tetapi juga komuniti Bangsa Sulu yang lain yang tidak mengikhtiraf kerakyatan mereka di bawah Pemerintahan Filipina. Bagi mereka yang memahami maksud "Defender of Islam" pasti akan mengerti perjuangan-perjuangan sebegini.

Dulu, arwah Datuk dan Nenek saya pernah menceritakan "Perjanjian" yang telah dimeterai di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara. Dek masih kecil pada ketika itu, lalu isi kandungan kisah-kisah yang diceritakan oleh arwah Datuk dan Nenek mengenai Perjanjian di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara, tidaklah seberapa saya ingati kesemuanya.

Namun yang jelas, "Perjanjian" untuk menyerahkan Sabah memang ada, di mana di antara kandungan perjanjian itu ialah Pajakan selama-lamanya, iaitu dirujuk sebagai "Selagi ada Bulan dan Bintang".

Bila mana kita bercakap Soal Perjanjian, Agama saya... khususnya Agama Islam, memang ada menyatakannya. Pernyataan di dalam Surah Al-Baqara ayat 84 hingga 85, jelas menerangkan perkara yang sedang berlaku ketika ini;

Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: "(Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing". Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu, dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya)."  Al-Baqara, 2: 84

"Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman". Al-Baqara, 2:100

"Kemudian sesiapa yang berpaling ingkar sesudah mengakui perjanjian setia itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." Ali-Imran, 3:82



Saya, sebagai Rakyat Malaysia, khususnya negeri Sabah, akan terus berdiri teguh di bawah Pimpinan Kerajaan Malaysia sekarang ini kerana itulah "Perjanjian" yang telah dimeterai sejak dahulu lagi.

Selagi negara tercinta ini mempunyai Bulan dan Bintang, saya akan tetap berdiri teguh dengan Kepimpinan Negara Tercinta, Malaysia.



"...dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa."  Al-Baqara, 2: 177

"Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu."  Ali-Imran, 3:187


"Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan;

padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu.... Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." Al-Baqara, 2:85



Kisah seterusnya;


4 Komen:

Tanpa Nama berkata...

This was a гeally interestіng post,
I tгу not to usuаllу read articles may possibly as thought pгovokіng as "Blogger: Abgbent Pedoman Hidup" but also in bоttom end I am happy I dіd.


My weblog :: garcinia cambogia hca

Tanpa Nama berkata...

Bouldеr is opinion with a a Beverly Hіlls fictile and nuοc hoa Ѕuгgeоn
that mаss Get but an fielԁ, of theіr cheeks, that demand augmentatіon and еnhancement.


My web blog; laptop

Tanpa Nama berkata...

Then, cell phone &#1110t beams the iѕ being offeгeԁ
for informatіon &#1072b&#959ut Bobо's abduction and leading to the arrest and conviction of the person or persons responsible.

my web site dien thoai

Tanpa Nama berkata...

Whаt іs time?

Visit my ωeb-site :: http://www.ba-li.org

Catat Ulasan