Jumaat, Julai 16, 2010

Merasai Law of Attraction

Ada orang amat suka dengan teori Law of Attraction kerana dipercayai ianya menyembunyikan kekuatan tersendiri semasa mengharungi kehidupan duniawi ini. Memang saya tidak menyangkal kepercayaan sebegitu kerana di dalam ilmu sains, hukum ini amat bermanafaat dan sehingga kini ianya telah berkembang untuk kebaikan umat manusia.

Sengaja saya menconteng cerita ini dan bergurau-gurau di sini kerana saya ingin memberitahu sesuatu kepada adikku yang betul-betul berminat ingin mengetahui mengenai Hukum Penarikan.

Lalu, senyuman ini saya paparkan untuknya (*___*).

Mudah-mudahan dia akan berupaya mengungkap rahsia sebenar Hukum Penarikan yang dimaksudkannya di dalam rahsia kerahsiaan alam, The Secret.

Disebalik Hukum Penarikan begitu, saya juga menyakini dan telah memberitahu kepada adikku bahawa selain Hukum Penarikan itu, kehidupan di dunia akan ada Hukum Penolakan, iaitu saya istilahkan Law of Rejection, barangkali boleh juga digunakan istilah Law of Repulsion.

Dan satu lagi yang mesti diketahui olehnya ialah andaian di dalam asas pemahaman Hukum Penarikan ialah sesuatu itu akan menarik di antara satu sama lain apabila mempunyai perbezaan.

Seumpama proton yang menarik elektron di dalam asas elemen yang dikenali atom. Proton diungkapkan bercas positif, manakala elektron adalah bercas negatif.

Pemahaman Hukum Penarikan di dalam ilmu sains mengatakan bahawa positif dan negatif pasti akan bertarikan antara satu sama lain.

Mungkin adikku juga perlu tahu rahsia kerahsiaan, The Secret yang terkandung di sebalik manusia yang bergelar Lelaki dan Wanita?.

Lelaki dan wanita memang berbeza.

Lalu, cepat-cepatlah mengecapi bahtera perkahwinan seandainya ingin merasai Law of Attraction. Adikku yang lelaki cepat-cepatlah menarik yang wanita atau wanita juga boleh menarik lelaki supaya Hukum Penarikan kelak dikecapi di dunia ini.

Sekali lagi senyuman ini saya paparkan buat adik-adikku yang berminat mengetahui Hukum Penarikan... (*____*)




3 Komen:

aku hanya manusia berkata...

artikel yang menarik..bile abg bent nak criter lebih lanjut pasal Law of Attraction nih??leh blajor..hehe.:)

All About AnaYna berkata...

Salam abgbent..dah cuba 'menarik lelaki' utk merasai Law of Attraction..tp npknya lelaki tu yg semakin menjauh..haha. Kena mulakan misi baru kot..bg la panduan skek abg bent..:)

Abgbent berkata...

OK, InsyaAllah, abg akan kongsikan (*___*)

Dah lama abg nak kongsi panduan itu, tapi sering kali terlupa untuk dipaparkan di sini. Kisah seseorang menggunakan Law of Atttraction untuk bertemu jodohnya. Barangkali boleh juga dipraktikkan oleh adikku AnayNa yang saya kasihi kerana DIA. Memang orang itu akhirnya berupaya memperolehi jodohnya selepas melakukan petua yang juga diberitahu oleh rakannya yang berjaya selepas melakukannya. Tunggu....

Tetapi ingat! semuanya itu adalah kekuasaan daripada Tuhan Penguasa Alam Semesta sebenarnya. DIA memang berupaya melakukan apa sahaja yang mustahil difikirkan oleh minda kita. Apatah lagi minda yang separa sedar sahaja sifatnya. (*___*)

Catat Ulasan