Sabtu, Mei 15, 2010

Bersetubuh dengan Isteri Orang

Teringat saya mengenai kisah seorang ”brother” yang memberitahu kisah silamnya kepada saya beberapa tahun lalu. Memanglah saya tergamam dan terkelu lidah bila mana mendengar kisah yang diceritakannya kepada saya. Sungguh! Saya tergamam dan terkelu lidah saat dia memberitahu pengalaman silamnya kepada saya mengenai perlakuan seperti tajuk di atas.

Hari ini, saya ingin berkongsi ceritanya dengan Anda agar dapatlah dijadikan ikhtibar. Moga-moga bermanafaat untuk renungan kita bersama.

Dia mengkisahkannya kepada saya semasa kami bersembang di suatu tempat yang menenangkan jiwa dan mententeramkan perasaan. Nak tahu tempatnya?

Surau.

Selepas solat maghrib berjemaah dengan brother itu, kami pun duduk bersembang-sembang sementara menunggu masuk waktu Isyak, seperti biasa. Dan entah macamana, tiba-tiba pula termasuk cerita seperti tajuk di atas.

Sejujurnya, bila mendengar kisahnya saya tergamam dan terkelu lidah. Tetapi dalam masa yang sama, saya juga bersimpati dengannya. Akan saya ceritakannya kepada Anda kerana ada pengajarannya. Ketika mendengar luahan perasaannya, memang saya kusyuk mendengarnya, sambil-sambil menatap wajahnya yang tidaklah kacak mana. :) Ketika itu, hanya kami berdua sahaja berada di dalam Surau.

Cerita ini saya paparkan di sini dengan harapan adalah manafaatnya. Moga-moga keinsafan akan hadir di dalam diri, InsyaAllah.

Pada mulanya, saya bersama brother itu sekadar bersembang-sembang mengenai penyelidikan yang kami lakukan. Dan ketika itu saya menyelitkan pertanyaan mengenai keluarganya di kampung. Dia memang ada memberitahu kepada saya bahawa isterinya sedang terlantar sakit di kampung dan ditemani seorang kiyai yang berusaha untuk mengubatinya. Rupa-rupanya pertanyaan saya tidaklah terhenti di situ, tetapi berupaya pula menyelongkar kisah silamnya yang curang terhadap isterinya dan isteri orang.

Jujur saya beritahu bahawa Brother yang saya maksudkan memang baik dan suka bergurau orangnya. Dia tidaklah handsome, tetapi perilakunya membuatkan orang senang dengannya. Peramah dan Budiman. Itulah gelaran yang dapat saya berikan kepadanya.

Di sebalik wajahnya yang periang, ramah dan suka bergurau senda rupa-rupanya jiwanya sedang menyembunyikan kisah hitam di sebaliknya. Dia meluahkan kisah silamnya, mengenai tajuk di atas dengan harapan untuk dijadikan suri teladan. Sudah pasti untuk diri saya. Dan kini, saya juga ingin memberitahu kepada Anda. Mudah-mudahan Anda terkesan bila mana menelaahnya.

Oppsss... tak sempat pula saya mengkisahkannya sekarang, nantilah ya... :)


Supaya Anda tidak berasa hampa, di sini saya muatkan sebuah kisah berkenaan Isteri Curang. Kisahnya saya perolehi dari pautan ini, Kisah Benar Isteri Curang (http://mkelana.wordpress.com/2005/11/12/kisah-pembalasan-isteri-curang/)


Kisah Benar Isteri Curang

“Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.

Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.

” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.

Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

“Tempat awak di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.

“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit…. bila masa aku sentuh badan kamu tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.

Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.

“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.

”Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.

“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung.

“Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudak tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.

“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

“Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.

”Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

”Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.

Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan. ”Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka!” katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.

Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan, racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.

“Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

“Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya.

“Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .

”Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya.

Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alas an di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

”Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.

“Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.

”Terima kasih ustaz,” balas Halim.

Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”

“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.”

”Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”

“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.”

“Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka”


48 Komen:

Guru berkata...

sebak pulak membaca kisah normah

nama dia sama ngan nama saya pulak tu...

aku hanya manusia berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aku hanya manusia berkata...

sedih baca cerita nih..erm..harap jadi ingatan pd diri sendiri..

ney berkata...

tazkiyatun nafs~

Shukree berkata...

Saya beristighfar panjang selepas membaca coretan ini. Berbuat dosa, pasti di balas dengan bala. Moga Allah menjaga hati kita dari dicemari dosa.

Ya Allah, aku berlindng padamu.

hasmadi berkata...

nauzubillah...

Editor berkata...

berilah kemaafan dan serahkan kepadaNya utk urusan selanjutnya...crita ni mmng mnginsafkan

Aida Ab Jalil berkata...

Ya Allah, mohon dijauhkan dari sifat2 kecurangan. Amin..

Tanpa Nama berkata...

sy sedih sgt baca cite ni... tp ia lbh myedihkn bila sy tbayang tmpt normah tu dgantikn dgn suami sy krn beberapa minggu yg lalu sy baru sj dlukai dgn tbongkarnye perbuatan keji suami mbuat hubungan sulit dgn kwn baik sdiri... sy yg terluka krn dkhianati dgn 2 insan yg plng dpercayai sgt sedih bila mgenang balasan2 yg akan ALLAH beri tp knape mereka tega mlakukan pbuatan keji itu sdngkn rakan baik sy itu adalh isteri kpd seseorg dan suami yg slalu mgucapkn kata cinta tp inilah balasannye... wlupun hati ini hancur tp x tgamak utk mdoakan mereka dtimpa celaka spt ini... krn mereka amat sy syngi...

Tanpa Nama berkata...

amat menyantu perasan saya

Tanpa Nama berkata...

bilangan ayat "astagh (maaf)" dlm Qur'an ada 2x ganda dpd bilangan ayat "qisas (balas)". Allah swt. minta kta yg maaf lebih baik dpd balas.

the word count of "forgive" in the Qur'an is twice the count of "punish". The Almighty God ask us to forgive rather than punish.

Tanpa Nama berkata...

nafsu seks antara lelaki dengan perempuan pun sama sahaja. jangan terlalu memberi contoh semata-mata kejahatan kaum hawa. cubalah ceritakan kejahatan nafsu lelaki supaya tu memberi ransangan seimbangan..he.he.he. But nobody is prefect.

Tanpa Nama berkata...

sedih sebak...banyak iktibar dr situ...jgn ssklai istri derhaka pd suami..klu tk de persefahaman bertindaklah secara bijak...7istri harus asabar dgn kehidupan ygg dia tempuhi...ssh senang bersama...terima pa adanya....didikan agama jga penting bg mncegah maksiat...iman jga perlu kuat...

Tanpa Nama berkata...

Sedih....sakit hati...geram...semuanya ada d hatiku.harap-harap isteriku akan terbaca artikel ini dan menjadi insaf...dia jg curang bersama dgn rakan sekerjanya...

Tanpa Nama berkata...

betul... saya dah bercerai... alasan x bersefahamn.. Allah sahaja tau... saya harap Allah balas bagi dia sedar... maaf... sebab saya memang marah apa yang dilakukan... Biar jadi iktibar

Tanpa Nama berkata...

di ofis saya pun ade pasangan suami dan isteri orang yg curang...sampai ofispun dijadikan 'markas' pada hari cuti..harap mereka cepat insaf sebelum Allah turunkan bala..

Tanpa Nama berkata...

memang sedih baca kisah ni tapi macamana aku nak bagi suami aku yang curang macam ni baca kisah ni

Tanpa Nama berkata...

Cuba suruh dia baca pula kisah di lama ini;

http://abgbent.blogspot.com/2012/01/bahagian-5-tips-agar-disayangi-suami.html

Tanpa Nama berkata...

sedih nya aku baca cerita ini harap dia diampun dari segala dosa.bini aku pulak kuat melawan aku selalu sindir aku tak tahu la nasib dia kalau aku mati mengejut

Tanpa Nama berkata...

Seandainya saranan2 agama Islam dipatuhi, insyaAllah masalah2 sebegini akan dpt dibendung. Hubungan ipar duai, kawan lain jantina, kawan sekerja, semua ada batasnya. Isteri sendiri menceritakan keindahan wanita lain kpd suami pun haram hukumnya.

Tanpa Nama berkata...

KESIANNYE......HRP SMUA ORG AKAN INSAF APABILA MEMBACA KSAH INI..

Tanpa Nama berkata...

manusia zaman skrg ni dh jadi sepereti zaman jahilliyah.

Tahan Lama berkata...

manusia dah makin maju... ke belakang?

Tanpa Nama berkata...

Kejayaan jin dan manusia hanyalah dalam agama. Kejayaan manusia sejauh mana manusia taat perintah ALLAH SELURUH KEHIDUPAN IKUT CARA NABI MUHAMMAD SAW. BUKAN ikut cara yahudi, bukan ikut cara nasrani, bukan ikut cara majusi, bukan ikut cara amerika, bukan ikut cara eropah, bukan ikut cara barat, bukan ikut cara timur, bukan ikut cara maju, bukan ikut cara kuno, bukan ikut cara orang putih, bukan ikut cara orang melayu, bukan ikut cara orang miskin, bukan ikut cara orang kaya tetapi ikut cara NABI MUHAMMAD SAW. ORANG KAYA bawa agama dalam kehidupannya dia Berjaya dunia akhirat. Orang miskin bawa agama dalam kehidupannya dia Berjaya dunia dan akhirat. Orang miskin dan orang kaya tolak agama dua-dua gagal dunia akhirat.
Nak Berjaya dunia dan akhirat WAJIB SOLAT. Kalau solat pun tak buat tak ada kehidupan.nabi MUHAMMAD beri tau orang tak solat kafir terang-terangan. Orang tak solat adalah penjenayah yang paling besar. Dosa orang yang meninggalkan solat ialah:-
Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu

cerita dewasa berkata...

mantap crtny
kunjungi blog q juga ya

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikom Semua. Apa yang nyata diperlihatkan Allah SWT adalah peringatan kepada kita semua..supaya beringat bahawa kita semua adalah makhlukNya dan akan kembali kepadaNya bila telah sampai waktunya yang Dia hanya mengetahuinya.

asli berkata...

insaflah sa pon moe insaf gak ni x mon lg wt bnda mcm ni klaw boleh sa nk kwin saaja lah...

wen@asli berkata...

insaf lh call no tell ni 999

Tanpa Nama berkata...

Memang terharu..sedih...saya pun mengalami kisah yang hampir sama...

Tanpa Nama berkata...

bro ! cite ni masok tv bro ! da stahun lebeh saya bace entry ni. tngok tv spena maal hijrah ni, cite tu tibe2 mngingatkan saye psl entry ni. bukak2 balek mmg sama jln cite, nama watak pon sama! smoga cite ni jd pedoman hidop pd yg hidup ni. ameen

Abgbent berkata...

Betul Bro!.
Saya bersama Isteriku Yang Tercinta ada menontonnya semalam... kalau tak silap tajuk Drama itu "Rebah Taubat", yang ditayangkan bersempena Maal Hijrah Tahun ini.

Moga-moga adalah manafaatnya buat kita bersama. Terima kasih juga kepada Bro kerana sudi berkunjung ke laman ini dan memaklumkan kepada saya. Moga-moga ikatan yang dijalin bersama mendapat keredhaan dari-NYA jua sepanjang masa.


Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..
sangat menyedihkan..semoga menjadi pengajaran kepada semua yg membaca dan juga diri saya sendiri.
tidak dinafikan dunia keseronokan macam tu memang ada di mana2..terpulang kepada individu!

Tanpa Nama berkata...

I'm really loving the theme/design of your website. Do you ever run into any internet browser compatibility issues? A handful of my blog readers have complained about my site not working correctly in Explorer but looks great in Safari. Do you have any tips to help fix this problem?
Here is my website ; phaser 8560n

Unknown berkata...

hidup adlh....
Knp mnsia dcpte....
Apkah ksdhanye.....
Ke baikn....akhran baek
kbrukan....akhrn buruk
ptunjuk dr allah adlh yg hak,,yg benar,,,allahualam

Unknown berkata...

assalamualaikum,,subhanallah,,alhamdulillah
npe manusia dcpte..

Tanpa Nama berkata...

hurmm... masyaallah.. timbul pula rasa insaf dlm diri. sedih citer ni.. selalunya mmg baik dibalas baik dan sebaliknya tahu2lahkan??

Tanpa Nama berkata...

Sedih, sepatutnya lelaki yang menggoda isteri orang patut dipukul sampai lembik.

Tanpa Nama berkata...

Bg kaum hawa ttp la aurat,ble aurat dbuke maka dgn mudah nafsu org yg memandang naik,dan ble nafsu jahat dtg,maka di situ saitan akn mejatuhkn mangsenye,jd kn iktibar crite ini x kire lelaki atau prmpuan,smge roh arwah tenang disane dgn kemaafan yg dbri oleh suami nye

god word berkata...

Jadikan sebagai pengajaran.dunia ini umpama rumah sewa.

motarosan berkata...

Skg mcm mn..dh selesai masalh awk tu

mursyid berkata...

kalau la aku d lahirkan semula,mgkn akn ku memohon kemaafan kata2 yg x terhitung.....sungguh menyedihkan kisah ini,thnks kpd penulis kata2 ini

ainaa àtikah berkata...

Sedih betul cerita ni...aku yg bru 12 thn ni oun takut nk ckp ngn laki kasar2 ...aku nk curang ngn pakwe aku pun aku takut...kesian betul lh...aku baca rsa mcm nk pegi solat taubat jee tau...yg dh khawin tu ambik lh iktibar darpd cite ni k...x pe lh aku dh takut nk ckp byk2 ni rsa nk menagis pun ada pun...ok lh byyee ...puasa elok tau...seindah ramadan....sayg u all...

ainaa àtikah berkata...

Best nye cite.. takut aku tau..aku harap orang yg mmbaca cite ni ambik lh iktibar k...wahai kaum hawa sygi lh kaum adam..wahai kaum adam sygi lh kaum hawa ok....aku ni yg dua belas thn ni pun takut tau...nk managis pun Ada tau...ok lh byee u all..ni my 6ber klu nk kenal kol lh k(0176336153)(:*

ainaa àtikah berkata...

Takut lh..hihihi..

Tanpa Nama berkata...

Peerempuan curang elok bunuh jer.

Tanpa Nama berkata...

Sedih jgak ek

Tanpa Nama berkata...

Apa punya laki,dah tau bini lari ngan laki lain,dia x buat apa2 pun,tu kira dayus lah tu,dia pun sama dapat dosa.aku x percaya kebenaran citer ni,ni sema drama rekaan jer hahaha

Lucy berkata...

klik untuk main dengan bini orang selengkapnya

Catat Ulasan