Selasa, Disember 08, 2009

Memanjatkan Setinggi-Tinggi Syukur pada NYA

Sejak dari semalam lagi saya telah disinari rasa kegembiraan. Rupa-rupanya kehadiran saya ke Seoul, Korea beberapa hari tidaklah sia-sia. Sekurang-kurangnya segala usaha yang saya lakukan sebelum ini, terus mendapat pengiktirafan.

Opss... terlebih dahulu saya memohon kemaafan kepada Anda andai coretan kali ini seolah-olahnya saya mengangkat bakul sendiri. Nau'zubillah!.

Jujur saya memberitahu kepada Anda bahawa lakaran ini saya buat untuk berkongsi kegembiraan yang saya rasakan pada ketika ini. Manalah tahu kisah ini akan mendorong Anda melakukan sesuatu agar kejayaan-kejayaan dunia yang harus dicapai dapat dikecapi bersama. InsyaAllah.

Kini, memang saya berasa amat gembira. Sebab itulah saya ingin kongsikannya dengan Anda.A nda yang menjadi teman saya berbicara di dalam pelbagai perkara untuk dijadikan Pedoman Hidup bersama-sama. Ketahuilah bahawa Anda sememangnya amat saya kasihi. Pastilah kasih kerana NYA. DIA yang saya namakan Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa.

Sebenarnya kehadiran saya di Seoul, Korea selama sembilan hari lamanya adalah atas urusan kerja. Kesemua perbelanjaan semasa berada di sini telah dibiayai oleh majikan saya, iaitu Kerajaan Malaysia.

Terima kasih saya ucapkan. Sesungguhnya pengalaman hidup yang saya perolehi sepanjang berada di sini, di Seoul Korea, amat saya hargai. Terima kasih sekali lagi.

Kehadiran saya di sini adalah kerana menyertai "Seoul International Invention Fair 2009" bagi mewakili negara, khususnya institusi tempat saya makan gaji ketika ini.

Sebelum melanjutkan coretan ini, izinkanlah saya menyatakan ungkapan-ungkapan ini;

SubhanaAllah...
Sememangnya ungkapan ini hanya layak bagi NYA. Kesucian belas kasih dan sayang yang dititiskan oleh NYA kepada seluruh umat manusia sememangnya tiada yang dapat menandinginya. Selayaknya jua saya menzahirkan ungkapan ini agar kelak adalah yang akan merasakannya, InsyaAllah.

Alhamdulillah...
Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada NYA kerana diberikan nikmat yang amat bermakna buat diri saya merasainya. Tidak terlupa, kalimah zikrullah saya laungkan, agar bergemalah ia di ruangan cakerawala ciptaan NYA yang sememangnya tidak terbatas sempadannya.

Allahuakhbar!
Keagungan dan kekuasaan yang dimiliki NYA memang tiada yang dapat menandinginya. Saya menyakini bahawa apa sahaja nikmat yang dikecapi adalah atas kehendak dan kekuasaan NYA jua. Memang DIA sahaja yang memiliki segala keajaiban alam dunia yang diciptakan oleh NYA ini.


Di dalam Seoul International Invention Fair 2009, saya telah memenangi pingat Emas. Sebab itulah saya berasa amat gembira dan berkongsi kegembiraan ini dengan Anda, pembaca blog Pedoman Hidup yang tidak jemu-jemu terus berziarah. Pingat ini saya menangi kerana memberikan satu inovasi berkaitan bidang sains yang saya sedang selidiki kini.

Usahlah marahkan saya andai tidak menjelaskannya secara terperinci kerana peranan blog Pedoman Hidup bukanlah bertujuan membicarakan berkaitan kajian-kajian saya di dalam bidang sains.

Semua maklumat itu saya menuliskannya di dalam blog berbahasa Inggeris. Saya tak mahu menyatakan alamat blog itu kepada Anda kerana ianya memaparkan wajah sebenar dan tentang diri saya. Ditambah pula penziarahnya adalah orang-orang tertentu sahaja, bermaksud yang meminati kajian-kajian mengenai sains. Kalau Anda berminat, pasti Anda akan menjumpainya. Heheheeeeee

Di dalam blog Pedoman Hidup, saya sekadar berkongsi pengalaman hidup yang telah dilalui. Manalah tahu ianya akan memberikan sesuatu untuk dipelajari dan diteladani. Itupun kalau ianya sesuai dipraktikkan. Kalau tidak, pastilah saya juga menggalakkan agar Anda menjauhinya. Dan jauh di sudut hati saya pastilah semua ini dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan NYA.

Coretan ini saya lakarkan pagi tadi, tapi tak sempat diuploadkan kerana saya terpaksa check out dari apartmen yang didiami. Kini, saya sedang berada di International Incheon Airport, menunggu penerbangan kembali ke Malaysia, pada pukul 6.20 ptg nanti. InsyaAllah.

6 Komen:

alang berkata...

Congrate ya Abg Bent. Moga Selamat pergi n Pulang ya. :)

Muhammad berkata...

Alhamdulillah.....Tahniah di atas kejayaan yang dicapai.

chempaka berkata...

Alhamdulillah..... semoga ia dapat diteladani oleh anak2 muda macam chem heheheheh

alang berkata...

Yg pasal barang dari jepun tu takpe. Its ok. Lagipun abg ben tgh bz kan. Seronok la wife abg bent, boleh buat pingat2 tu sebagai barang hiasan rumah. Bukan senang tu nk dpt. :)

Motivasi Kerja berkata...

Tahniah untuk Abg Bent. Syukurlah pada Allah. Tak sangka orang Malaysia dapat anugerah di Seoul. Abg Bent, dengan sukacitanya saya menjemput Abg Bent emelkan pada saya pengalaman berharga ini. Sesuatu yang dicapai dalam kerja yang bukan sekadar anugerah. Besar harapan saya agar Abg Bent dapat berkongsi kisah kejayaan ni.

IxoR@ berkata...

tahniah....

satu pencapaian yg baik....

teringin juga ixora 'terjumpa' blog abgbent yg dimaksudkan itu....abgbent menyuntik satu semangat utk mencapai kejayaan.

:)

Catat Ulasan