Khamis, November 05, 2009

Nak berSedih atau Nak berGembira ?

Saya melakarkan coretan ini sekadar berkongsi mengenai erti kehidupan yang saya fahami. Moga-moga nanti adalah manafaatnya untuk kebaikan bersama.

Sedih dan Gembira adalah antara mainan perasaan yang pasti dirasakan oleh makhluk yang dinamakan sebagai Insan. Insan akan merasakan perasaan gembira dan sedih supaya dapat mempelajari erti kehidupan duniawi.

Mungkin kegembiraan yang dinikmati baik dan mungkin juga sebaliknya. Begitu jugalah halnya dengan perasaan sedih. Ada baik dan ada juga buruknya. Itulah lumrahnya alam duniawi untuk kita pelajari.

Gembira akan menjadi musibah bilamana kegembiraan itu terlebih-lebih sehingga lupa diri, menjadi alpa tak kenal lagi kekuasaan yang Maha ESA… Allah SWT.

Sedih juga demikianlah halnya. Akan terbawa-bawa sehingga timbul perasaan tidak mahu lagi menikmati kehidupan duniawi, lantas merosakkan diri sendiri sehingga terjadilah pertempuran jiwa melawan kekuasaan NYA. Bila mana ini berlaku, maka perjalanan kehidupan yang dilaluinya tidak lagi bersama-sama dengan NYA. Dia seolah-olah kecewa dan tidak mahu lagi berdampingan dengan-NYA. Inilah yang diumpamakan mabuk duniawi kerana tidak lagi mengerti ke mana arah haluan kehidupan yang hendak dilaluinya di dalam kehidupan ini.

Sedih dan Gembira adalah dua perasaan yang dihadirkan di dalam jiwa setiap daripada kita agar mengerti perbezaan kedua-dua perasaan ini.

Pilihlah mana satu yang diinginkan. Kalau tanya saya, pastilah inginkan kedua-duanya sekali, seperti kata sahabat saya, berpada-pada merasainya supaya kelak dapat mempelajari dan mengerti betapa kehidupan duniawi berlaku seperti ini…

Sedih kerana ditimpa kegagalan dan Gembira kerana diberikan nikmat kehidupan. Pastilah kedua-dua perasaan ini akan saya syukuri kerana kesedihan membuatkan saya mengerti betapa kerdilnya diri ini dan gembira dek anugerah NYA merasakan kenikmatan kehidupan dunia.

Terkadang dek terlalu gembira sehingga menumpanglah perasaan kesedihan dan begitu jugalah halnya bila terlalu sedih akan wujudlah perasaan kegembiraan. Anda tak pernah merasakan perasaan ini? hehehee….

Cuba rasai perasaan sedemikian, pasti ada kelainannya. Perasaan itu akan hadir bilamana kita tahu arah perjalanan kehidupan ini. Apatah lagi merasakan DIA sedang ada di sisi, sepanjang masa, setiap ketika. Sebab itu akan muncullah perasaan gembira bersalut duka dan perasaan sedih berlapikkan gembira.

Mengapa itu berlaku? agar mengenal akan erti kehidupan ini. Memahami dan mengerti akan kewujudan dan kekuasaan yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya, itulah kekuasaan Allah SWT yang penuh dengan keajaibannya.

Tidak mudah merasakan perasaan gembira bersalut duka dan sedih berlapikkan gembira. Tetapi andai difahami, akan adalah pengertian mengenainya. Kehidupan ini adalah suatu ujian yang harus difahami dan dimengerti. Sememangnya kita disuruh untuk belajar pelbagai perkara yang ada di dalam dunia.

Dari pembelajaran itu kelak, akan dapatlah dimengerti perbezaan di antara malaikat dan syaitan…




“Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis” (An-Najm, 53: 43)

“Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).” (Al-Araf, 7: 57)


“Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.” (Al-Imran, 3 : 188)


“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).” (Al-Anaam, 6 : 44)


“Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan.” (At-Taubah, 9: 82)


“…. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.” (Maryam, 19: 58)


“Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.”(Al-Imran, 3 : 171)


“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar” (Al-Baqara, 2 : 155)


“Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Anfal, 8: 10)

4 Komen:

alang berkata...

Thank Abg Bent. Pedoman yg bagus utk direnungi.

Adinda Amy Sensei berkata...

salam abg bent..

moga hari ini lebih baik dari hari kelmarin..
apa khabar ye?
harapnya sihat selalu..

*senyummmm..*

Motivasi Kerja berkata...

Assalamualaikum Abg Bent. Perkongsian dari hati selalunya akan pergi ke hati juga. Gembira dan sedih adalah dua perasaan yang dianugerahkan Allah untuk kita lebih menghayati kehidupan ini.

Abgbent berkata...

Salam penuh kasih buat adik-adikku yang dikasihi kerana DIA. Hari ini baru dapat online sebab ada tugasan di bandar Kuala Lumpur minggu lalu.

Alhamdulillah, sempat juga membawa Isteri Tercinta dan anak-anak mengunjungi bandaraya Kuala Lumpur walaupun disibukkan oleh tugasan.

Alang..., TQ bebyk sebab sentiasa memberikan komentar dalam blog Pedoman Hidup ini dan abg mohon maaf sebab present dari Jepun tu sampai sekarang belum terhantar lagi.. heheeheee InsyaAllah, ada masa abg akan poskan juga.

Adikku CikAmy yang ayu, TQ gak sebab sentiasa bertanyakan khabar abg di sini. Alhamdulillah, sehingga kini sihat walafiat, walaupun bebanan kerja terus bertambah-tambah. heheeeeee... Minggu lepas abg makan angin ke Kuala Lumpur bersama Isteri Tercinta dan anak-anak. Kegembiraan yang sukar diluahkan sebenarnya bila dapat bersama-sama keluarga seperti itu, walaupun sedang dalam tugasan. Setidak-tidaknya, dapat juga berdampingan dengan mereka semasa melakukan kerja-kerja harian di luar kawasan.

Motivasi Kerja, amacam iklan nuff? abg nengok satu jer yang diletakkan di dalam blog tu. Yang dua lagi, bila nak letak? heheee... Alhamdulillah, setidak-tidaknya adikku Asrul dah berjaya mempelajari satu perkara daripada banyak-banyak perkara yang ada berkaitan dengan IT. Mememanglah ianya memerlukan masa untuk dipelajari. Cabaran di dalam mempelajari sesuatu... Abg memang suka membaca kandungan blog tu... seperti yang Asrul gitau, dari Hati akan pergi ke Hati juga...

Catat Ulasan