Selasa, Oktober 20, 2009

Anda yang Berjaya

Bilamana mengetahui Adik telah mengecapi kejayaan, terus sahaja abg teruja memberikan komentar ini di sini. Barangkali pendek sahaja kerana masa yang amat terhad ketika ini. Sungguh, abg tidak mahu tertinggal mengucapkan Syabas! dan Tahniah! buat Adikku yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Teruskanlah usaha, selagi matlamat hidup ini belum tercapai sepenuhnya. Adik kena berusaha untuk menggapainya. Abg tetap berdoa semoga adik akan dapat menggapai kejayaan yang diimpikan selama ini.

Ingat! di antara semua kejayaan-kejayaan ini, tiada yang lebih berharga selain daripada memperolehi keredhaan-Nya.

Letaklah ranking yang setinggi manapun, perolehilah kejayaan sehebat manapun, berikanlah kekayaan dan kemewahan berlipat kali ganda jumlahnya… Seandainya semua yang dikecapi itu tidak diiringi ucapan syukur dan mengharap keredhaan dari-Nya, abg berasa sia-sialah semua pencapaian itu.

Ketahuilah bahawa semua Kemahsyuran, Kekayaan, Kekuasaan dan yang berkaitan dengan Kebanggaan dan Kepujian adalah hak mutlak bagi-Nya. Siapalah kita berbanding DIA.

Pastilah DIA yang Maha Esa yang menciptakan seluruh alam ini untuk kita nikmati melalui kehidupan ini. Semoga melalui nikmat-nikmat yang diberikan oleh-Nya ini, kita akan sentiasa ingat pada-Nya. Setiap masa, setiap ketika, agar kelak tiadalah menjadi sia-sia akan apa yang kita lakukan ketika ini, semasa kehidupan ini.

1 Komen:

IxoR@ berkata...

Maaf abgbent, terpaksa komen di sini kerana tidak terlihat akan cbox di tepi sana....

" ixora amat gembira kerana kedatangan ke blog ini disambut dgn 2 iklan Digi Music! I klik for you abgbent "

Thank you.

Catat Ulasan