Ahad, September 13, 2009

Celcom Broadband Kurang Kualiti ?

Sejak beberapa bulan lalu, kesabaran diri sering teruji bila mana menggunakan Celcom Broadband. Heheheeee

Capaian internetnya selalu sahaja tergendala. Adakala terhenti tanpa sebab musabab yang munasabah. Kebiasaannya bila saya mengklik ke halaman yang seterusnya, paparan yang diberikan ialah “Address Not Found” kalau tidak pun, “Offline Mode”.

Bila saya memeriksa connection di window mobile partner, dinyatakan masih ada “connection”. Hermmmm, bertambah musykil saya jadinya.

Kesemua ini membuatkan saya tidak berselera membuka internet walaupun ada kelapangan masa untuk melakukannya. Memanglah saya rugi kerana membayarnya setiap bulan, tetapi tidak menggunakannya secara maksima.

Saya pun kurang pasti, halalkah pendapatan yang Sykt. Celcom perolehi itu kerana saya antara pelanggan mereka, sememangnya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi. Walaupun hakikatnya saya membayar bil setiap bulan dan ada kala dibayar secara advance payment.

Kalau ikutkan hati, sejak beberapa bulan lalu lagi saya sudah menghentikan perkhidmatan yang kurang berkualiti ini. Tetapi dek kontrak yang masih belum selesai, maka terpaksalah dipendamkan sahaja masalah ini.

Sejujurnya saya memberitahu, kalau ada banyak masa, barulah saya melakukan online dengan Celcom Broadband. Sebab itulah saya terkadang tidak berziarah ke blog Anda.

Ada kala juga, saya hanya berkesempatan membaca entri terbaru Anda tetapi tidak berkesempatan menyatakan sesuatu di dalam shoutmix blog Anda. Ini disebabkan walaupun saya sudah menaip beberapa perkataan untuk di paparkan di dalam shoutmix blog Anda, tetapi klikan seterusnya akan memaparkan “Error”. Itulah Celcom Broadband yang saya punyai ketika ini.

Untuk tidak membazirkan masa terluang yang saya ada, saya lebih terdorong membuka buku untuk dibaca.

Ooo ya, sebenarnya saya masih belum menyelesaikan bacaan pada tiga buah buku kecil yang saya beli berkisarkan permasalahan Roh Manusia.

Tak apalah, nanti ada kesempatan, akan saya kongsikan mengenainya. Permasalahan roh hanyalah Allah yang mengetahuinya. Cuma sedikit sahaja maklumat yang diketahui oleh kita yang bergelar manusia.

Aikk! Sebenarnya coretan ini ingin memberitahu mengenai Line Celcom Broadband yang kurang berkualiti capaiannya walaupun package yang dilanggani terhebat kononnya!

Ada sesiapa yang boleh membantu mengajarkan saya bagaimanakah caranya supaya Celcom Broadband yang saya miliki ini boleh menjadi laju capaiannya?

8 Komen:

Adinda Amy Sensei berkata...

salam abg bent...

saya pun gune celcom broadband gak..kekadang masalahnya hampir sama ngn masalah abg..hampeh gakk..hehe..

tapi setakat ni..time saya gune tu takde la error ke ape ke..sini celcom territory tapi nama je camtu..kekadang slow cam sipuuut gak..hakhak..

apapun, sabau je la abg bent melayan karenah celcom broadband ni..ade org siap tulis 'berukband' lagik..haha..geram nye pasal...kehkeh..

IxoR@ berkata...

yg tulis berukband tu, ixora la....hehehhee...

guna Digi Broadband...tp peelnya sama gak mcm Celcom Broadband...

itu yg kekadang ada idea, tp sebab line slow...mood hilang begitu saja.

Na Shari berkata...

Sama la kita Abgbent...Skrg ni celcom broadband ni slow sangat. Apa yang abgbent alami, sama la dgn apa yang Na alami. That's why skrg ni na jarang tinggal komen kat blog kawan-kawan. Nak tunggu dia loading, punya la lama...

Sebelum ni Na pakai maxis broadband...Masa mula-mula je laju. Lepas dua tiga bulan, slow sangat-sangat. Then asyik disconected je. Bila tukar pakai celcom, mula-mula laju sangat-sangat. Skrg ni baru dia nak tunjuk belang. Redha je la..Takkan nak tukar broadband lain pulak. Tapi semalam bincang dgn Bro Jas, dia cakap nak ambik broadband U Mobile pulak..Unlimited. Tapi tak tau la jadi ke tak...Coz kalau tak silap...U mobile ni pun under celcom jugak :)

Tanpa Nama berkata...

sy pon guna celcom bodband..
kalau kat opis sy guna bodband sendiri bb line opis byk kene sekat termasuk blog.

kat umah, line mmg tak byk.. tp masih boleh melayari internet

Ida berkata...

Tension kan dgn line yg x berkualiti?

I terjumpa site ni yang bagi org yang nak tukar broadband servis. Boleh tahan la ngan hadiah cam Mac Book Pro!

http://www.pimpmybroadband.com.my/

rahma berkata...

http://www.pimpmybroadband.com.my/ brought to you by DiGi.... ^-^ v

btw, sy guna broadband digi n so far x komplen apa2 la. wlupun kdg2 line nya slow n kdg on/off tp still blh update blog n fb. lgpun semua sedia maklum yg 3g digi d sabah ni blm fully operated.

Ahmad Danial Abdullah berkata...

kwn sy pun ade guna broadband celcom gak..same la mcm bro ckp 2..kalau xde line mknenye xdpt la nk online..kalau rumah kat hutan x taw la cane..

Motivasi Kerja berkata...

Memang banyak saya baca komen diblog-blog tentang kurang kualiti Celcom broadband. Sepatutnya Celcom tak perlu iklankan hebat kalau servisnya belum mencapai tahap yang diharapkan. Dengar cerita celcom dah mencapai 70% coverage seluruh malaysia tapi kenapa masih teruk?

Catat Ulasan