Sabtu, Ogos 01, 2009

Wanita, Isteriku Yang Tercinta

Sememangnya terlalu istimewa, dikau yang bernama wanita. Tanpamu di sisi… terasa kosong hidupku ini. Aku yang bernama lelaki.


Izinkanlah aku meluahkan perasaan, perasaan yang teramat rindu padamu. Padamu wanita yang bernama Isteriku Yang Tercinta.


Memang aku mengerti kini, mengapa Nabi Adam amat memerlukan Hawa di sisi. Perasaan ini aku sedang rasai, bilamana engkau tiada di sisi, memang terasa sunyi dunia yang aku langkahi.


Nasib baik juga DIA yang Maha Esa, Tuhan yang Berkuasa di atas segala-galanya tidak jemuh memerhati segala gerak langkah yang aku lakukan ketika ini.


Seandainya jiwaku tidak merasainya, sudah pasti aku telah lama ditewaskan oleh mereka. Mereka yang aku kenali para tentera yang memusuhi manusia.


Duhai Isteriku yang Tercinta, izinkanlah aku meluahkan rasa, rasa hati yang dilanda sepi. Sepi kerana dikau tiada di sisi.


Moga-moga lakaran ini, dapat dimengerti olehmu yang bernama wanita, wanita pilihan hati, penyejuk sanubari lelaki. Engkaulah wanita yang aku kenali, Isteriku Yang Tercinta.


Sememangnya aku teramat mengasihi dan menyayangi mu!.


Hanya lakaran hati ini dapat aku zahirkan khusus untukmu ketika ini, moga-moga kerinduan yang juga engkau rasai, terubat dek lakaran jiwa ini.


Sesungguhnya aku teramat rindu padamu… Duhai kekasih yang aku kenali, Isteriku Yang Tercinta. Moga-moga engkau akan mengetahui dan memahaminya.


Dihadapan saudara-saudaraku ini, aku meluahkan rasa hati kerana sememangnya aku terlalu mendambakan kasihmu di sisi.


Barulah kini aku mengerti, akan erti rindu pada wanita, wanita yang digelar Kekasih.


Wahai Kekasih, yang bernama Isteriku Yang Tercinta, ketahuilah bahawa walaupun kini engkau jauh di mata, hati dan jiwa ini tetap melakarkan wajahmu agar terubatlah kerinduan yang sering bertandang di hati, moga-moga lenyaplah kesepian ini.


Warkah kosong, sengaja dilakarkan di kala insan-insan lain dibuai mimpi. Semoga ia menjadi penawar hati, di kala merasai keperitan rindu kerana tiada dikau di sisi, dikau yang bernama wanita, Isteriku Yang Tercinta.

2 Komen:

alang berkata...

Ehem2. Bertuahnya akak dapat abg romantik mcm abg bent eh. :)

Abg Din berkata...

Rindukah itu namanya?

:D

Catat Ulasan