Sabtu, Ogos 08, 2009

Sakurajima Lubuk Rahsia

Sehari sebelum bertolak ke Pulau Yakushima, sebenarnya saya telah berkesempatan melawat satu lagi simbol di negara Jepun yang sesuai untuk dilawati.



Gunung Sakurajima namanya iaitu terletak berhampiran bandar Kagoshima. Menariknya gunung ini ialah kerana masih lagi aktif dan mengeluarkan abu sepanjang masa menyebabkan bandar Kagoshima kadang kala bermandikan abu dari gunung ini.



Dahulu gunung Sakurajima merupakan sebuah pulau iaitu terletak di dalam Teluk Kagoshima, tetapi dek lahar yang telah dikeluarkan hasil letusan kedua, menyebabkan ianya telah bersambung ke tanah besar Jepun.



Kesempatan melihat dengan lebih dekat gunung ini dapat saya lakukan di ketinggian 373 meter sahaja. Memang di situlah sahaja para pelawat dibenarkan singgah, tidak boleh melebihi ketinggian itu kerana khuatiri sesuatu akan berlaku.


Saya kongsikan beberapa pemandangan yang sempat diambil semasa berada di ketinggian 373 m gunung Sakurajima. Pemandangan ini memperlihatkan sekitar Teluk Kagoshima dan tidak ketinggalan bandar Kagoshima itu sendiri. Sememangnya letusan Sakurajima seolah-olah menggambarkan betapa gelora hati dan sanubari yang sedang diriku alami kini.


Moga-moga Anda yang aku kashi mengerti hakikat ini kerana ciptaan Ilahi sememangnya begini, kadang senang dan terkadang amat sukar dimengerti. Hanya Jiwa yang bersih dan suci akan dapat memahami segala rahsia yang tersembunyi.


6 Komen:

Adinda Amy Sensei berkata...

salam abg bent...

waahh...gunung sakurajima abg dh jupe ekk...bila lagi nak jupe bunga sakura lak? (^_~)

p/s: selamat membaca abg!!

IxoR@ berkata...

Gunung Sakurajima tu masih aktif ye...

Ermm, membaca entri abgbent di Jepun ini seumpama ixora mengikuti lawatan sambil belajar ke Jepun.

:D

iza berkata...

kan dah kata setiap coretan terbaru akan dibaca. Kenape ye letusan Sakurajima menggambarkan gelora di hati dan sanubari....moga insan yang dikasihi mengerti...insyaallah. Cikgu doakan yang terbaik buat abang Bent

Adinda Amy Sensei berkata...

salam abg bent..

mana menghilang abg bent?

Muhammad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Muhammad berkata...

Membaca entri ini membuatkan saya terkenang kembali ketika saya berada di Kagoshima selama 3 bulan iaitu di akhir '84 hingga awal '85. Saya menginap di Hotel Sun Royal tingkat 12 menghadap ke Gunung Sakurajima. Tempat yang saya selalu makan ialah di Restoran Nakazato sebelah hotel tu. Saya pasti tuan restoran itu masih mengingati saya. Seorang wanita....

Catat Ulasan