Khamis, Ogos 06, 2009

Marahku Beransur Surut?

Terima kasih kepada Anda yang berkongsi kemarahan dan memahami mengapa diriku memuntahkannya di dalam blog Pedoman Hidup sebelum ini (Diriku Memang Marah), terutama buat adikku ejdeejasmi yang Ayu dan Cikguku yang Tegas!, Cikgu Khairiza namanya.

Semoga adalah pengertian mengenai perkara itu nanti bagi segolongan mereka yang ingin berfikir mengenai kehidupan selepas kehidupan ini.

Siapalah saya yang sememangnya lemah berbanding Anda yang Gagah Perkasa!.

Kini, diriku teringat kembali pesanan Rasulullah mengenai Orang yang Gagah Perkasa. Terima kasih jua buat adiku yang cute, Ixora namanya, sahabatku Abgdin pemandu Lori yang berhemah! dan sekali lagi wahai Cikguku yang Tegas!, Cikgu Khairiza namanya. Wajahku memang tak handsome bila marah! Itulah pernyataan dari Isteriku Tercinta.

Kini, saya teringat satu pesanan yang dinukilkan di dalam Kitab Sahih Muslim bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya seseorang yang dapat menahan marahnya adalah Orang yang Gagah Perkasa"

Namun, suka jugalah saya menyatakan kepada Anda bahawa kemarahan yang saya muntahkan itu pastilah ada hadnya. Tidaklah sampai saya mengambil tindakan yang bukan-bukan. Apatah lagi menolak orang yang dimaksudkan dari bangunan yang tinggi dengan harapan dia akan mati.

Memang tidak!

Saya sekadar mengharapkan keredhaan-Nya di dalam melakukan perbuatan sebegini kerana mungkin ini adalah sebahagian dari ujian-ujian duniawi yang harus dilalui oleh Anda dan saya. Harap-harap markah yang saya perolehi nanti akan melepasi tahap kelulusan yang dikehendaki.

Ingatlah, bagaimanapun diri ini, marah, tetap ada juga terselit belas ehsan padanya yang bernama manusia. Sememangnya siapa pun golongan manusia itu, bukanlah hak saya untuk mengatakan bahawa mereka adalah pesalah!.

Moga-moga Anda yang saya kenali sebagai saudara, memahami lontaran coretan ini. Terima kasih kerana berkongsi pandangan ini dengan saya yang sememangnya lemah dan masih mengharapkan bimbingan dari Anda, yang ku kenali saudara.

1 Komen:

izakhairi berkata...

Ahmad Nisfu cakap, kalau anakanda marah nanti kena jual.....tapi kes tu memang patut kita marah!!! ni... tegas ni!!! jangan main2 tapi anak murid kena ingat cikgu tegas je tapi bukan garang...sbb tu maintain ayu....hik..hik..

Catat Ulasan