Selasa, Ogos 18, 2009

Kembali Ke Malaysia

Alhamdulillah..., Saya telah selamat kembali ke tanah air tercinta, Malaysia pada 13 Ogos 2009 yang lalu, selepas berada di negara Jepun selama sebulan lamanya.

Disebabkan pelbagai urusan keluarga ditambah pula kenduri-kendara di sana sini bersempena meraikan ramadhan yang bakal tiba, akhirnya blog Pedoman Hidup tidak dapat diisi dengan apa-apa entri selama seminggu.

Di pagi yang penuh ketenangan ini, saya luangkan sedikit waktu untuk surf ke dalam blog saudara-saudaraku yang dikasihi untuk membaca apa sahaja entri dari mereka. Al maklum, dah seminggu tidak berkesempatan membaca apa-apa dari blog mereka.

Terima kasih jua buat saudara-saudaraku semua kerana tidak jemu menjenguk ke sini, blog Pedoman Hidup ini. Apatah lagi mengambil kesempatan untuk mengklik nuffnang yang ada di sini. Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan buat saudara yang aku kasihi kerana DIA.

Buat adikku CikAmy yang Ayu dan Ixora yang Cun, setinggi-tinggi terima kasih kerana memberikan ucapan Happy Birthday untuk saya. Heheheee. Betulkah tarikh itu adalah hari lahir saya?

Apa-apa pun, nasib baik juga pada 16 hb Ogos itu saya telah berada di bumi Malaysia untuk menyambutnya bersama Isteri Tercinta dan Anak-Anak.

Sebelum menutup coretan kali ini, saya ingin kongsikan beberapa foto kenangan ketika berada di Jepun iaitu berkenaan makanan-makanan mereka yang cukup istimewa.

Sejujurnya, saya merasa seolah-olah teramat perit menjamah makanan-makanan yang dihidangkan, tetapi dek khuatir terkena gastrik, saya menjamah sahaja makanan itu, tetapi pastilah didahului dengan ungkapan "Bismillahi Rahman ni Rahim".


Foto dibawah memaparkan kepelbagaian hidangan semasa berada di sebuah hotel di Pulau Yakushima. Hidangan itu sempat saya jamah bersama rakan-rakan dari Jepun sebagai memenuhi makan malam.




4 Komen:

Na Shari berkata...

Welcome back...And

HAPPY BELATED BIRTHDAY...

May u get what u wish for in life... :)

p/s: Apa hadiah istimewa dari isteri dan anak2?

alang berkata...

Salam Abg Bent. Dah selamat kembali ya. Uik, KAk Na wish Happy belated burthday? Burthday abg bent baru lepas eh. Sory ya tak wish. :D Btw Happy belated Burthday gak.

IxoR@ berkata...

semoga abgbent ceria disamping keluarga di sini...

makanan jepun mmg nampak ceria kan...ada ole-ole utk ixora ke?

:D

Unknown berkata...

Salam blogger dan salam 1 malaysia...
semoga saudara berbahagia dengan keluarga....
wow....mkn jepun ...nampak sedap lah

Catat Ulasan