Ahad, Ogos 09, 2009

Coretan hari ini di Jepun

Pagi tadi, sejak awal pagi saya telah keluar dari rumah untuk melihat panorama bandar Kagoshima. Banyak cerita menarik yang ingin saya kongsikan dengan Anda.

Tetapi kerana berasa terlalu penat, tak dapatlah saya menguploadkan sebarang gambar untuk tatapan Anda di dalam coretan kali ini. Izinkanlah saya sekadar bercerita dengan Anda.

Awal pagi tadi semasa keluar dari rumah, terasa betul-betul sakit mata dek abu yang berterbangan di udara. Nak tahu abu itu berasal dari mana? Heheee... Gunung Sakurajima.

Nak berjalan pun punyalah sengsara kerana terpaksa dikecilkan sekecil-kecilnya bagi menghindarkan abu itu masuk ke dalam mata. Bayangkanlah saya berjalan di dalam keadaan sebegitu rupa.

Beberapa barangan istimewa sempatlah dibeli semasa menjelajah bandar Kagoshima, pastilah untuk saudara-mara dan tidak terlupa Isteriku Tercinta juga buat anak-anak yang disayangi.

Nanti kalau tak berbelanja, sedih pula sampai di Malaysia kerana tiada apa-apa kenangan yang dapat diberikan kepada mereka.

Selain itu, saya sebenarnya telah berkesempatan memasuki muzium Meiji Kagoshima yang menyimpan pelbagai sejarah kemajuan negara Jepun.

Fuhhh! memang best kerana muzium ini selain menyimpan pelbagai barangan statik, ada juga pelbagai robotik yang turut dipamerkan. Memang saya mengagumi muzium itu kerana selain menyimpan sejarah mereka dalam bentuk maklumat bertulis, ada juga drama-drama yang dipertontonkan.

Yang paling istimewa dan saya sukai ialah drama yang dihasilkan melalui teknologi hologram. Fuh! memang hebat. Lakonan patung-patung yang terjelma daripada cahaya Teknologi Hologram.

Di situ jugalah saya memahami bagaimana kemajuan teknologi Jepun bermula iaitu bilamana beberapa orang pelajar yang dikenali "Satsuma Clan" merantau keluar dari negara sendiri. Mereka telah menjadi pelajar di negara barat khususnya England untuk mempelajari teknologi moden dan akhirnya mereka membawanya kembali ke negara sendiri untuk reformasi.

Nanti kalau ada masa, akan saya kongsikan pelbagai foto-foto yang sempat disnapkan untuk kenang-kenangan.

Opsss... terlanjur pula saya bercerita, sebenarnya saya tak boleh lama online ketika ini sebab kena menyiapkan pembentangan untuk esok hari.

Memang saya kena membuat pembentangan esok sebagai penutup lawatan saya ke negara Jepun ini. Maklumlah, mereka telah memberikan perbelanjaan untuk saya di sini sebanyak Yen 343,000.00.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan Jepun kerana memberikan peluang ini untuk saya pelajari agar dapat dijadikan Pedoman Hidup ini.

Sebenarnya pembentangan itu saya telah siapkan beberapa hari yang lalu, tetapi lebih elok kalau saya menatapnya kembali malam ini, manalah tahu ada apa-apa yang boleh diperbaiki dan pastilah saya juga kena melatih diri. Heheheee

Buat saudaraku yang dikasihi, doakan untuk saya berjaya semasa pembentangan itu nanti.

Assalamualaikum, wbt.

4 Komen:

alang berkata...

waaaa. Bestnya dapat berjalan tempat org.

Adinda Amy Sensei berkata...

salam abg bent..

waaahhh...sakan dok berjalan erk..takpe kesempatan yang ada kene guna sebaiknya kan..kalo tak bile lg nak datang jepun kan?hehe..

esok ada pembentangan ek? good luck utk abg bent..

NJ berkata...

salam en. bent...

pengalaman yg menarik utk dikongsi.... tgk negara org, budaya org... apa yg baik kita jadikan teladan..

Khazaimi berkata...

Salam,
Interesting blog. will come again.
Khazaimi

Catat Ulasan