Sabtu, Julai 18, 2009

Pengalaman di Jepun ..bhg 3 (Tazkirah buat adik-adik ku dari Malaysia yang berada di Jepun)

Semalam saya telah memberikan sedikit tazkirah atau kata-kata nasihat kepada adik-adik dari Malaysia yang sedang berada di Jepun. Mereka sedang belajar di sebuah universiti Jepun iaitu tempat yang sedang saya lawati kini.

Terlalu naïf wajah-wajah mereka dapat saya perhati ketika memberikan kata-kata nasihat itu. Ada yang berwajah seolah-olah berasa sedih dan menyesal, dan tidak kurang juga yang mengangguk-anggukkan kepala menandakan faham dan setuju dengan kata-kata yang saya berikan.

Namun begitu, pertemuan itu juga kami selitkan dengan gelak ketawa bagi menghangatkan lagi taaruf yang dilakukan di dalam sebuah restoran jepun.

Seramai 13 orang kesemuanya iaitu 5 perempuan dan selebihnya adalah lelaki. Saya bersama kumpulan adik-adik lelaki, manakala yang perempuan pula berada di meja yang lain tetapi bersebelahan.

Kami menjamu selera di dalam restoran yang diberi nama Fracasso untuk memenuhi tuntutan makan malam.

Saya telah diperkenalkan oleh adik-adik itu mengenai spaghetti seafood yang terdapat di dalam restoran terbabit dan diberikan minuman yang bersistem seumpama buffet iaitu terpulanglah berapa banyak yang nak diminum daripada tiga jenis jus, beberapa jenis minuman bergas dan tidak ketinggalan air putih biasa.

Saya telah berkesempatan memberikan kata-kata nasihat semasa bersama-sama mereka ketika itu. Pastilah nasihat yang saya berikan ada hubungkaitnya dengan Pedoman di dalam Kehidupan ini.

Satu pengakuan yang diberikan kepada saya oleh adik-adik lelaki yang bersama-sama saya ketika itu ialah sudah lama mereka tidak mendengar nasihat-nasihat sedemikian rupa.

Wah! sedih juga saya mendengar luahan itu. Oh ya, ketika itu ada juga pelajar berbangsa Cina yang juga memberikan tumpuan terhadap kata-kata nasihat yang saya berikan.

Memang dia bersungguh-sungguh menumpukan perhatian sehingga bila mana nak beredar dari restoran itu, dia menghulurkan tangannya untuk dijabat oleh saya. Terasa juga aura tangannya yang hangat dan erat menggenggam tangan saya tanda ucapan terima kasih yang lahir dari jiwanya sendiri.

Pastilah di dalam nasihat-nasihat itu saya perkatakan tentang Kekuasaan Tuhan yang penuh Keajaiban. Mereka juga berkesempatan mengajukan soalan-soalan kepada saya dan berkongsi pengalaman hidup yang telah mereka perolehi di Jepun.

Ya, saya berkongsi cerita dengan mereka, sampaikan seorang daripada adik lelaki itu, yang bernama Hazwan telah mengikut saya sehingga ke tempat tinggal saya. Dia meminta tunjuk ajar dan nasihat mengenai beberapa perkara. Pastilah mengenai Pedoman Kehidupan ini. InsyaAllah, moga-moga dia akan berjaya di dalam temuduga itu esok.


(Akan aku sambung lagi coretan ini).

3 Komen:

IxoR@ berkata...

Ixora masih tak faham..atas tujuan apa abgbent ke Jepun...mungkin abgbent boleh jelaskan....

Abgbent berkata...

Aik..., adikku Ixora yang cute masih tak faham mengapa abg berada di jepun sekarang ini?

Oklah, cuba adik baca entri abg yang bertajuk Kekuasaan, Kemahsyuran dan Keajaiban Anugerah-Nya di bahagian Coretan Terpilih

Semoga adik akan faham mengenai kehadiran abg di sini.

Kerajaan Jepun memberikan wang belanja sebanyak 200,000.00 Yen sepanjang sebulan abg berada di sini. Tiket kapal terbang pergi-balik Malaysia-Jepun mereka juga sponsor untuk abg.

Syukur Alhamdulillah pada-NYa, Tuhan yang Esa kerana memberikan anugerah sebegini rupa.

IxoR@ berkata...

Alhamdulillah....

Rezeki tu namanya....sebentar ixora baca entri dari bawah...

Catat Ulasan