Sabtu, Julai 25, 2009

Inilah Diriku… Disimbah Gerhana Perasaan Selepas 2 Minggu di Jepun

Foto kapal yang saya paparkan di sebelah merupakan sebuah kapal penyelidikan yang khusus mengkaji pelbagai ilmu sains terutamanya di dalam bidang kepelautan.

Lima hari yang lalu, saya telah berkesempatan meronda-ronda di dalam kapal terbabit. Sebenarnya ketika itu, kapal terbabit sedang dalam persediaan belayar untuk melihat gerhana bulan.

Semasa saya bertamu ke dalamnya, beberapa orang saintis astronomi terkemuka dari negara Jepun bersama dengan pelajar-pelajar mereka sedang bersiap sedia di dalam kapal ini.


Selesai bersalaman dan berkenal-kenalan dengan mereka, akhirnya saya pun turun dan selepas kapal terbabit memulakan pelayaran, saya sempat melambai-lambaikan tangan kepada mereka.

Moga-moga nanti, misi melihat gerhana itu akan terlaksana, itulah yang saya sempat katakan kepada mereka. Jejaka yang melambaikan tangannya di dalam foto yang saya tunjukkan di sebelah adalah diri saya. Hanya pandangan dari belakang sempat saya tunjukkan.

Seumpama istilah Jangan Pandang Belakang, tetapi di sini saya menyuruh Anda melihat dari dimensi belakang.

Foto-foto di bawah pula memaparkan gerhana yang telah saya rakamkan dari sebuah akhbar Jepun yang menceritakannya mengikut rentetan masa. Moga-moga adalah kefahaman Anda mengenainya iaitu keajaiban alam cakrawala.


Selain itu, di dalam coretan ini saya juga ingin memaparkan gambar rakan-rakan seperjuangan adikku Ayuk sebagaimana yang telah dijanjikan kepada mereka.

Harap-harap sejarah gerhana bulan itu akan mereka ingati kerana saya difahamkan gerhana seterusnya akan berlaku kembali dalam tempoh 26 tahun yang akan datang pula.


1 Komen:

Abg Din berkata...

Di Malaysia tak berpeluang lihat gerhana macam dlm gambar tu Abgbent....

Thanks share the photo.

Catat Ulasan