Khamis, Julai 16, 2009

Coretan Buat Adikku Vilda Fida

Coretan ini buat adikku Vilda Fida (Aduh..masalah..tolong aku)

Sedikit masa diluangkan untuk tatapan adikku Vilda Fida yang dilingkari cabaran untuk meneruskan langkah-langkah di dalam kehidupan.

Memang terlalu sukar untuk dicoretkan dilemma sedemikian rupa kerana hanya empunya diri yang memahami bagaimana mengatasi masalah sebegini.

Sejujurnya abg menyatakan kepada adik bahawa rupa paras yang cantik dan comel, sememangnya adik miliki dan sudah pasti sesiapa yang melihatnya pasti tertawan hati. Cuma barangkali dek kecantikan itulah maka ramai yang ragu-ragu untuk mendampingi.

Bercakap mengenai dilemma yang menimpa kini, nasihat abg seboleh-bolehnya harus diselesaikan dengan segera. Elakkan bermain-main dengan perasaan diri setiap masa dan ketika. Kelak ianya tidak akan menyelesaikan apa-apa…

Adik dan si dia perlu bertindak jujur dan ikhlas di dalam pehubungan dan bukan hanya sekadar bermain-main dengan perasaan masing-masing. Kalau masih ragu-ragu untuk memilih, sampai bila-bila ianya tidak akan ada jalan penyelesaiannya.

Kena berani mengambil setiap risiko di dalam setiap keputusan yang telah ditentukan. Itu adalah lebih baik daripada ragu-ragu sepanjang masa sehingga tiada kerja-kerja duniawi yang dilakukan terlaksana.

Kehadiran kita ke dunia ini ada matlamatnya. Usah ditangguhkan segala kerja yang harus dilakukan kerana kelak masa akan meninggalkan semuanya tanpa menoleh lagi ke belakang.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan pada kebenaran dan yang berpesan pada kesabaran” (Al-Asr)

Sejujurnya abg ulangi sekali lagi agar adik dan si dia perlu tegas mengambil sebarang keputusan sama ada YA atau TIDAK. Sememangnya dua pilihan inilah yang harus kita lakukan di dalam kehidupan agar terlaksanalah segala impian.

Sama ada keputusan YA atau TIDAK itu baik kemudiannya, sesungguhnya hanya DIA yang mengetahuinya dan REDHAlah dengan segala ketentuan yang kelak berlaku di atas keputusan yang telah diambil.

Usah menyesal dengan setiap keputusan yang telah diambil kerana mungkin ianya adalah sebahagian ujian hidup yang harus dilalui di dalam kehidupan ini.

Jangan disangka kita yang belum diuji ini layak untuk menduduki Syurga-NYA.

Sesungguhnya hanya yang berjaya melalui segala ujian-ujian-NYA yang kelak memiliki kehidupan Abadi di dalam Syurga-Nya nan hakiki.

Tidak mungkin yang kita fikirkan baik akan baiklah sepanjang masa dan begitu jugalah sebaliknya yang tidak baik mungkin juga akan berakhir dengan kebaikan. Sesungguhnya akal setiap manusia ada peranannya.

Dari itu, jangan disia-siakan kewujudan akal yang ada di dalam mentafsir segala perkara. Dan yang paling penting, usah alpa untuk memohon atau berDOA kepada-NYA.

Setiap kesukaran di dalam melalui ranjau-ranjau kehidupan ini, hanya DIA yang mengetahui. Dari itu, usah terlupa untuk memohon pertolongan dariNYA kerana DIA memiliki segala keajaiban yang ada di dunia ini.

Untuk memohon seikhlasnya, perlulah hadir dari hati atau jiwa yang bersih agar kelak pandangan mata dan hati boleh menyuluh perjalanan hidup ini.

Berkat doa itulah, akan adalah titisan kasih dan sayang dari NYA walaupun barangkali hasil yang diperolehi tidak seperti mana yang diinginkan.

Tetapi ketahuilah bahawa barangkali kepahitan itu hanyalah sementara kerana berkemungkinan pengakhiran kepada kepahitan itu adalah kemanisan yang akan kekal selama-lamanya.

Itulah dia kehidupan Surga-NYA yang diumpamakan sehari di sana menyamai 1000 tahun di sini, di dunia ini.

Pilihlah yang mana satu kehidupan yang diinginkan untuk dijadikan matlamat di dalam menggapai segala kejayaan kehidupan. Moga-moga nanti tersuluhlah ranjau-ranjau di dalam menjalani kehidupan duniawi yang sementara ini.

Nasihat buat adikku Vilda, buatlah keputusan terbaik yang lahir dari tiga dimensi pandangan diri. Moga nanti terpancarlah sinaran NYA yang dapat membantu untuk meneruskan kehidupan ini.

Ingat! Jangan menyesal dengan setiap keputusan yang diambil kerana ianya adalah sebahagian ujian hidup untuk melayakkan diri kita menduduki Syurga-Nya nan Abadi.

1 Komen:

AkuBukanLelaki berkata...

terima kasih encik Abgbent...

Catat Ulasan