Isnin, Jun 15, 2009

Jodoh Pertemuan Ada Tiga Jenis? Jodoh Syaitan, Jodoh Jin dan Jodoh…

Tertarik untuk meneruskan coretan berkaitan dengan Jodoh Pertemuan kerana di dalam kehidupan ini, pastilah Jodoh Pertemuan itu amat-amat bermakna.

Hidup kita akan berubah bila mana bertemu jodoh. Dan pastilah pengiktirafan terhadap diri juga akan berubah. Perubahan pada semua perkara…

Tetapi, kali ini saya lebih suka berkongsi dengan Anda mengenai tiga jenis Jodoh Pertemuan yang saya perolehi semalam, selepas menonton di panggung wayang.

Istilah mengenai Jodoh ini saya perolehi selepas menonton filem Syurga Cinta, hasil arahan Ahmad Idham. Heheheeee…

Sebenarnya, semalam saya bersama isteri dan anak-anak telah bersiar-siar menikmati panorama kehidupan. Sebab itulah kami akhirnya singgah di sebuah panggung wayang, menonton kisah yang dipaparkan di dalam Syurga Cinta. Memang bagus ceritanya, dan kami terhibur dengan pengkisahan ceritanya. Heheheeeee..

Ermm… pada awal cerita, beberapa babak memaparkan beberapa kelucuan dan di pertengahan pula, sarat dengan kata-kata nasihat. Itu yang dapat saya katakan. Pengkisahannya terlalu banyak berbual dan watak heroin pula agak kurang menyerlah… Sori, Cikgu Syuhadah. Next time bolehlah ditingkatkan lagi lakonan itu… Semoga berjaya.

Seperti biasa, saya amat mengagumi kata-kata di dalam sesebuah filem. Kali ini saya amat tertarik dengan babak yang memaparkan Atuk Cikgu Syuhadah memberi nasihat kepada Irham iaitu boyfriend kepada Cikgu Syuhadah berkaitan Jodoh Pertemuan.

Nasihat Atuk Cikgu Syuhadah kepada Irham berbunyi;

“Terdapat tiga jenis jodoh pertemuan. Yang pertama, dikenali Jodoh Syaitan.

Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.

Yang kedua pula Atuk Cikgu Syuhadah mengistilahkan Jodoh Jin. Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.

Manakala Jodoh yang Ketiga pula ditafsirkan sebagai Jodoh Allah iaitu Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta…"

12 Komen:

h3r0 berkata...

Aku ingat nasihat nie...
kata2 yang bgs utk filem nie...

:: Wiween :: berkata...

waaa gila besh nasihat atuk cikgu syuhadah tuh. huhuhu jodohku masih x nampak byg lagik abgbent oi. :P moga2 jdoh Allah :)

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..
sy ingin bertanya..
sejak akhir2 ni, sy tidak dapat tidur seperti biasa, selera mkn menurun, tidak boleh fokus dalam sesuatu benda. dada sy selalu berdabar-debar, dan rs tidak selesa tp sy tidak tahu apa puncanya. apakah itu tandanya yg sy telah bertemu dengan jodoh sy ataupun ianya hanyalah suatu bentuk stress semata-mata?
gadis bingung

Abgbent berkata...

Melekomsalam, wbt duhai adikku Tanpa Nama.

Aduh! tersentuh sungguh hatiku bila membacanya. Sungguh! abg tidak dapat menafsirkan perkaitan perlakuan yang adik nyatakan di atas dengan bertemu jodoh.

Namun, apa yang abg boleh gambarkan ialah perlakukan tidak dapat tidur, selera makan menurun, tidak boleh fokus dalam sesuatu benda, dada selalu berdebar-debar dan rasa tidak selesa adalah antara gelaja berkaitan dengan kesihatan diri. Kalau tak silap, ianya boleh dikaitkan dengan "Keresahan" yang ada kaitan dengan stress. Cuba adikku Tanpa Nama baca artikel di dalam laman ini. Harap-harap bolehlah membantu;

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Mental/Keresahan.php

Selain itu, perlakuan yang adik nyatakan itu berkemungkinan juga ada kaitan dengan penyakit jantung. Oleh itu abg ingin memberi nasihat agar adik membuat pemeriksaan kepada doktor perubatan untuk mendapatkan nasihat lanjut mengenainya. Sukar untuk abg menafsirkan secara jelas sebenarnya.

Selain itu, ada satu doa untuk menghilangkan rasa berdebar-debar, cuba adik layari laman ini;

http://www.darussyifa.org/images/Doa13.jpg

Moga-moga coretan yang tidaklah seberapa ini dapat memberitahu sesuatu buat adikku Tanpa Nama. Abg mendoakan semoga adik kelak bertemu jodoh, InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

jodoh...pertemuan...di tgn tuhan... klo y dickp itu ada jodoh jin...jodoh syaitan... itu semua tidak benar.. smua y terjadi dengan izin Allah...

Abgbent berkata...

Wow! terkagum pula saya meneliti ukiran indah yang ditunjukkan di atas yang telah dipahat oleh insan bernama Tanpa Nama. Ada baiknya saya tiru ukirannya itu sekali lagi seperti yang saya tunjukkan di bawah;

"jodoh...pertemuan...di tgn tuhan... klo y dickp itu ada jodoh jin...jodoh syaitan... itu semua tidak benar.. smua y terjadi dengan izin Allah..."

Memang terpegun saya meneliti dan cuba berusaha untuk menafsirkannya.

Ukiran sebegitu sememangnya setaraf Sufi. Sungguh! Ilmu kesufian selalu berpandangan sedemikian. ermmmm... barangkali ada baiknya saya berkongsi pandangan sufi yang saya pernah telaah suatu ketika dulu. InsyaAllah, bila ada kelapangan masa, akan saya kemukakannya :). Sekadar berkongsi dengan saudaraku bernama Tanpa Nama. ;)

areyou berkata...

mmg b2l jodoh pertemuan di tngan allah..ape yg dmksdkn jodoh syaitn,jodoh jin @pun jodoh allah,ialah bgaimana kte mnjg dri drpd mksiat..
so, sbaik2 jodoh..bialh jodoh allah, dimana kte mnjg prgauln kte sblum mnempuh alm prkhwinn...wallahualam

Tanpa Nama berkata...

adakah kite perlu berusaha mencari jodoh yg telah ditentu kn allah????

Tanpa Nama berkata...

Adakah perkara tentang 3 jodoh ini ada dinyatakan oleh para ulama atau dalam hadis dan al-quran??

Abgbent berkata...

Hai Tanpa Nama,

Saya kurang pasti mengenainya tetapi yang jelas, perumpamaan yang dinyatakan itu ada pengajaran yang boleh difikir-fikirkan kebenarannya.

Tanpa Nama berkata...

Semua jodoh di tangan tuhan,, kita xblh nk menentukannya,,

Abril Druz berkata...

smua jodoh ditangan Tuhan, ya & itu benar. jodoh syaitan & jin jg benar, bila kita lihat dari "cara mendapatkannya" tentu saja sbaik2 jodoh adalah dr Allah.
faktanya: orang2 mndapatkan jodoh dr Syaitan & Jin hubungannya tak brtahan lama, coba lihat bgaimana dgn jodoh dr Allah, apakah smentara? TIDAK
itu krna jodoh itu adlh ketetapan Allah, sangat jauh brbeda dgn jodoh yg dperoleh dr Jin & Syaitan meskipun itu atas seizin Allah,
jodoh syaitan & jin tdk brtahan lama
jodoh Allah brtahan lama
dr sini bs kita lihat bhwa sbaik2 jodoh adlh jodoh yg datang dr Allah

Catat Ulasan