Isnin, Mei 18, 2009

Sekali Lagi Diri Ini Memanjatkan Syukur Pada MU

Ya, Allah…
daku bersyukur pada MU kerana dilimpahkan nikmat kegembiraan sejak beberapa hari yang lalu.

Coretan kali ini sengaja dilakarkan dengan mudah agar Anda turut merasai kegembiraan yang sedang diri ini alami.

Pastilah bukan bermatlamat meninggi diri, apatah lagi sombong seperti iblis laknatullah. Sesungguhnya sifat kebanggaan dan kesombongan itu tidak layak untuk diri ini yang sememangnya kerdil dan lemah berbanding DIA yang memiliki segala-galanya. Tanpa pimpinan dari NYA, pasti semua nikmat yang diri ini kecapi tidak akan dirasai.

Tujuan coretan kali ini selain berkongsi kegembiraan dengan Anda, pastilah untuk merangsang Anda agar terus berusaha mengejar-ngejar segala kejayaan yang ada di dalam dunia.

Pastilah dengan niat agar Anda juga tidak lupa untuk mengiringkan doa pada NYA di dalam setiap perkara harian yang dilakukan. Apatah lagi untuk memohon keredhaan-NYA di dalam meneruskan kehidupan duniawi yang sementara ini.

Coretan sebelum ini telah memberitahu kepada Anda bahawa diri ini terlalu banyak ketawa dan gembira. Anda nak tahu kenapa? Pastilah kerana merasai nikmat pemberian NYA.

Untuk Anda memahami apa yang diri ini lakarkan, sebaiknya diberitahu kepada Anda dahulu bahawa sejak beberapa hari lepas diri ini telah berpisah sementara dengan Isteri Tercinta dan Anak-Anak Kesayangan kerana melaksanakan tugas yang sememangnya menjadi amanah dan tanggungjawab. Pastilah tugas-tugas itu untuk agama, bangsa dan negara Malaysia tercinta.

Diri ini sebenarnya berada di pusat bandaraya Kuala Lumpur sejak 14 – 18 Mei 2009 yang lalu untuk menyertai 20th International Invention, Innovation and Technology Exhibition yang berlangsung di KL Convention Centre.

Syukur Alhamdulillah kerana kehadiran diri ini di situ tidak sia-sia. Pastilah diri ini gembira kerana telah berkesempatan menerima anugerah walaupun kilauannya hanyalah perak semata.

Setidak-tidaknya, adalah juga kegembiraan yang terlakar di wajah ini. Syukur tidak terhingga padamu Ya Allah. Terima kasih jua pada saudara semua kerana berkongsi kegembiraan ini.

Setinggi-tinggi kasih sayang jua dilakarkan buat Isteri Tercinta yang telah mengizinkan diri ini berpisah buat sementara. Terima kasih jua padamu sayang kerana sanggup menjaga anak-anak walaupun tanpa kehadiran diri ini di sisi mu beberapa hari lepas.

Dan pastilah diri ini tidak melupai pengorbananmu, apatah lagi mengiringkan doa-doa yang dipohon pada-NYa. Sesungguhnya kegembiraan ini selayaknya buatmu… Isteriku Yang Tercinta.





6 Komen:

Tanpa Nama berkata...

wah..senyum2 ja sy baca entry kali ni..smg perkahwinan berkekalan hingga ke syurga. amin

Na Shari berkata...

Oh, tahniah abangku...

tahniah juga untuk isteri dan anak2 abang...4 hari berpisah. satu pengorbanan besar tu...

Na tak boleh dok jauh dgn abang...nanti mesti nangis rindu...

p/s: bukan ngade2 tau...

alang berkata...

Salam abg. Tahniah ya untuk kejayaan tu. :)

adol berkata...

tahniah sbb berjaya dalam pertandgn tu...

meza berkata...

tahniah untuk kejayaan abang walaupun saya terlambat update dengan entri abang.

Linachu berkata...

Tahniah!

Catat Ulasan