Jumaat, Mei 01, 2009

Membuat Keputusan --> Majoriti vs Minoriti?

Teringat saya satu kisah yang diceritakan oleh seorang rakan berkenaan kaedah membuat keputusan di dalam suatu perkara. Memang saya suka kisah ini kerana ada hikmah terselit di sebaliknya.

Kisah ini adalah berkaitan membuat keputusan mengenai suatu perkara yang amat penting sama ada mengambil kira keutamaan Majoriti atau Minoriti sahaja. Cerita ini dibuat untuk direnungkan bersama agar dapat dijadikan pedoman hidup di dalam membuat sebarang keputusan yang adil dan saksama.

Anda, pasti terpaksa membuat keputusan di dalam kehidupan harian. Sememangnya keputusan yang perlu dibuat itu hanya memberikan dua pilihan sama ada Ya atau pun Tidak. Sama ada Nak Buat atau pun Tak Nak Buat.

Kalaupun kita terpaksa membuat keputusan, di dalam hal-hal yang berkaitan dengan keutamaan, adakah pilihan kita lebih mengutamakan majoriti, seterusnya mengorbankan yang minoriti?, atau sebaliknya iaitu minoriti di utamakan berbanding yang majoriti?

Inilah yang ingin saya kongsikan di sini…

Dikisahkan bahawa ada dua kumpulan kanak-kanak suka bermain di kawasan landasan keretapi. Kumpulan majoriti seramai 20 orang kanak-kanak lebih gemar bermain di atas landasan keretapi yang masih aktif digunakan. Manakala minoriti (dua orang kanak-kanak sahaja) memilih untuk bermain di atas landasan yang sudah tidak lagi aktif digunakan.

Suatu hari, sedang dua kumpulan kanak-kanak ini rancak bermain-main di atas kedua-dua landasan itu, tanpa disedari oleh kumpulan majoriti kanak-kanak yang sedang bermain di atas landasan aktif tadi, sebenarnya ada sebuah keretapi sedang menyusur dengan laju di atas landasan itu. Berkemungkinan akan melanggar majoriti kanak-kanak yang sedang bermain di atas landasan yang aktif itu.

Apa yang pasti, majoriti kanak-kanak itu akan terkorban seandainya keretapi itu terus menyusuri landasan yang aktif itu. Dan perlu juga ditambah bahawa keretapi itu tidak boleh lagi diberhentikan, apatah lagi menyuruh kanak-kanak itu beredar dari landasan yang aktif itu. Memang tidak sempat.

Alternatif pilihan yang ada ialah keretapi tersebut hanya boleh dipesongkan ke arah laluan landasan yang tidak aktif tadi, di mana dua orang kanak-kanak minoriti sedang bermain.

Ini bermaksud, Anda hanya ada dua pilihan sahaja, sama ada mengorbankan majoriti kanak-kanak yang sedang bermain di atas landasan yang aktif itu, atau mengorbankan sahaja dua orang kanak-kanak yang bermain di atas landasan yang tidak aktif tadi.

Inilah persoalannya, Adakah Anda akan memilih keretapi itu terus menyusuri landasan yang memang aktif itu, atau Anda memesongkannya ke arah landasan di mana dua orang kanak-kanak sedang bermain tadi?

Memang itu sahaja pilihan yang harus Anda buat. Tiada lain selain daripada dua pilihan itu… Sama ada mengorbankan kumpulan majoriti atau mengorbankan sahaja yang minoriti tadi? Sememangnya keputusan di tangan Anda dan Anda harus membuat keputusannya.

Namun, suka juga saya mengingatkan bahawa sebenarnya dalam hal ini dua orang kanak-kanak yang menjadi minoriti tadi telah bertindak rasional kerana memilih bermain di atas landasan tidak aktif kerana lebih selamat. Berbanding majoriti kanak-kanak yang memilih bermain di atas landasan aktif yang memang merbahaya!.

Haruskah dikorbankan dua orang kanak-kanak tadi kerana menyelamatkan majoriti yang telah memilih bermain di atas landasan keretapi yang aktif itu?.

Buatlah keputusan Anda kerana kita akan bertanggungjawab di atas keputusan yang kita pilih. Pastilah yang Adil dan Saksama menjadi pilihan utama.

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

OMG.. this is very difficult.. But if i have to decide, i wud say.. biar saja tren tu langgar yang 20 kekanak tu.. it sounds zalim, but if kite korbankan org yang langsung tak besalah, itu lebeh zalim.. the 2 kids have made a wise decision and why shud we make the wrong one??

alang berkata...

Salam. mendalam betul soalan abg ni.Bagi saya secara jujurnya saya akan melanggar dua kanak2 dari melanggar 20 kanak-kanak. Perlu ditekankan disini bahawa keputusan saya berdasarkan kanak2 tidak mempunyai `akal` sebagaimana orang dewasa. Kenapa harus dipersalahkan mereka. Apapun keputusan ini diibaratkan telan mati mak, luah mati bapak.

Linachu berkata...

Persoalan yg sukar..kalau boleh, mau ada pilihan ketiga iaitu semua boleh diselamatkan. I believe we always have a choice.. saya rasa saya akan buatkan pilihan ketiga...bunyikan hon keretapi sekuat mungkin, pasangkan brek agar keretapi semakin perlahan..dan harap kanak-kanak tu sempat lari dan selamat! Boleh?

Catat Ulasan