Isnin, Mei 11, 2009

Kerja-kerja di dalam kehidupan  Hobi atau Benci

Sesungguhnya... setiap hari kita memang kena melakukan kerja, sama ada suka ataupun terpaksa. Itulah sebenarnya yang diistilahkan sebagai kehidupan dunia. Kalau tidak melakukan apa-apa, pastilah bukan kehidupan namanya.

Izinkan saya membicarakan tajuk di atas untuk dikongsi bersama-sama dengan Anda. Saya terdorong melakarkan pandangan ini bila mana membaca hasil tulisan adikku mengenai kerja-kerja harian yang dilakukan di dalam kehidupan haruslah dianggap sebagai hobi. Sebahagian ahli motivasi berpandangan begini, agar timbullah minat yang mendalam di dalam menyelesaikan kerja-kerja harian yang dilakukan. Itu saya fahami.

Walau bagaimana pun, saya terdorong melontarkan pandangan yang sifatnya pastilah berbeza. Oleh itu, andai coretan ini tidak sesuai dilakukan, buangkanlah ia jauh, sejauh jauhnya kerana barangkali tidak sesuai dipraktikkan oleh Anda.

Tetapi, setidak-tidaknya, coretan ini merupakan satu usaha untuk memberitahu kepada Anda. Memanglah kita masing-masing mempunyai pandangan peribadi, mungkin sama dan mungkin juga berbeza. Sebab itulah saya berkongsi di sini, pandangan saya yang berbeza.

Apa yang ingin saya nyatakan ialah kerja-kerja yang dilakukan setiap hari seharusnya diniatkan semata-mata kerana DIA. Bukan kerana hobi.

Apapun yang akan dilakukan sama ada terpaksa mahupun sukarela, pastilah kerana DIA. Siapa? Pastilah DIA yang Maha ESA.

Walau seberat manapun tugas yang harus dilakukan, usah dilupakan untuk bertekad di dalam diri bahawa perkerjaan itu sebenarnya merupakan satu tanggungjawab yang harus ditunaikan di dalam kehidupan.

Barangkali kerja-kerja yang dilakukan itu adalah antara langkah-langkah yang harus dilalui untuk mempelajari rahsia mengenai kehidupan ini.

Pastilah kena berusaha bersungguh-sungguh, tidak kira ianya merupakan hobi atau sememangnya yang dibenci. Ketahuilah bahawa semua yang dilakukan itu adalah antara ujian-ujian yang harus kita lalui.

Ada kalanya perkerjaan yang dibenci itu merupakan satu ilmu yang akan memberitahu sesuatu.

Sering juga berlaku, perkerjaan yang dibenci itu terlalu berat untuk diselesaikan, sebab itu jangan terlupa memohon pertolongan-NYA. Itu juga antara rahsia mengapa kita dipertanggungjawabkan dengan tugasan yang memang dibenci itu.

Sememangnya DIAlah yang mengerti akan perkerjaan yang dibenci itu, namun kena tekadkan di dalam diri bahawa kehadiran kita ke sini, ke dunia ini bukanlah untuk merasai kepayahan kehidupan duniawi ini semata, tetapi lebih jauh daripada itu pastilah untuk persediaan mengecapi kejayaan syurgawi.

Mana mungkin kita akan menikmati sesuatu sebelum melakukan sesuatu. Sebab itu usah terlupa untuk menekadkan di dalam diri bahawa semua yang sedang dilakukan ini adalah kerana Ilahi, kerana DIA yang Maha Mengetahui segala rahsia yang tersembunyi. Bukanlah hanya semata-mata menganggapnya sebagai hobi apatah lagi perkerjaan itu memang kita benci.

Berkemungkinan juga sesuatu yang dibenci itu adalah antara langkah-langkah untuk kita memahami segala rahsia berkenaan kehidupan duniawi ini. Agar kita melepasi segala ujian-ujian kehidupan, sebelum menikmati kejayaan.

6 Komen:

Na Shari berkata...

Salam abgbent,
Bagi Na kan...Bekerja hendaklah kerana DIA dan diiringi dengan minat yang mendalam juga. Kalau kita tak berminat dgn kerja yang kita buat, tak mustahil kita melakukannya sambil lewa...dan secara tak langsung...kerja itu bukan lagi kerana DIA tapi kerana TERPAKSA...

Alhamdulillah...kerja yang Na buat skrg ni disertakan dengan niat kerana ALLAH dan juga rasa cinta dan sayang pada anak-anak kecil itu...

Abgbent berkata...

Abg tertarik bila adikku Na Shari berkata "tak mustahil kita melakukannya sambil lewa" ermmm ada yang barangkali tidak difahami akan makna kerana DIA tadi.

Apatah lagi ungkapan kerana TERPAKSA. Itu sememangnya menunjukkan betapa hebatnya keindahan dunia.

Kadang ubat penawar itu rasanya pahit, dan mempelajari suatu ilmu itu juga agak payah. Tetapi semua itu akan mudah bilamana kita mengetahui dan memahami mengapa kita melakukannya.

ejdeejasmi berkata...

ermsss..susah nak tafsir pekerjaan zaman sekarang ni.sbb semua org memerlukan pekerjaan sama ada sukarela,kerja paksa dan sebagainya..

ikutkan emi pun gitu..dengan suasana nya,..byk memberi faktor tekanan..kekadg tu rasa fade up je nak kerja..hiiii..

tapi ikhlaskan diri,uat kerja yg diamanahkan,selesaikan semuanya memberi kepuasan tersendiri..

p/s: ermsss kekdg yg tak rela ataw terpaksa tu sbb tiada pilihan ataw yg diminat lain yg dpt lain..so uat je la...hiii..tol tak abg bent?

Emad berkata...

Nak kongsi jugak! Saya rasa, (Fokus saya ialah kerja makan gaji), Yang pertama, kerja ialah satu perjanjian/persetujuan diantara majikan dan jugak pekerja. Pekerja tahu/faham bidang tugas dan peraturan kerja dia dan tahu kadar gaji/upahnya.

Apabila kita telah bersetuju menerima sesuatu pekerjaan, bermakna kita telah mempunyai satu amanah dan tanggungjawab terhadap kerja kita.

Oleh sebab itu kerja kita pasti akan dinilai oleh Allah swt. kerana ia adalah tuntutan agama. Rasulullah mengingatkan kita melalui hadis Baginda Yg bmksud 'Setiap kamu mempunyai tanggungjawab dan kamu akan ditanya tentang tanggungjawab kamu'

Dari kesedaran itulah sepatutnya kita membuat kerja kita dengan sebaik2nya kerana ganjaran yang kita harap2kan ialah drp Allah swt.

Saya rasa begitu........wallahua'lam.
Maaf kalau silap..pjg komen saya.

alang berkata...

Salam Abgku. Kerana Dialah yg menciptakan kita dari setitis air.

ejdeejasmi berkata...

jom kita kongsi apa kata Datuk Dr.. Fadilah Kamsah pulak

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa"
dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja,
sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."
Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik....
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Catat Ulasan