Rabu, Mei 06, 2009

Isteri orang yang curang

Sebenarnya dah lama saya ingin menyambung cerita mengenai pengalaman-pengalaman saya bertemu jodoh. Apatah lagi cerita berkenaan tajuk di atas. Memang saya juga telah mengalaminya di mana isteri orang turut berusaha menagih kasih dan sayang dari saya. Bukan sekali, tetapi dua kali saya mengalami peristiwa ini.

Disebabkan tugasan harian yang terlalu mendesak, akhirnya hasrat ini sentiasa sahaja terbantut untuk saya melakukannya. Sememangnya saya tidak mahu bercerita mengenainya sekiranya lakaran peristiwa tersebut belum benar-benar tergambar di minda.

Saya cuba berusaha menggambarkannya agar mudahlah bercerita kepada Anda. Tetapi disebabkan himpitan kesibukan kerja, maka lakaran ini samar-samar sahaja hadirnya. Ini menyebabkan sukar untuk saya menuliskannya. heheheeee

Sebab itu saya tidak dapat melakukannya sehingga kini. Tunggulah akan saya usahakan juga bilamana ruang minda saya benar-benar telah mengimbasnya kembali.

Sememangnya peristiwa itu benar-benar telah menguji kewibawaan diri saya, apatah lagi iman sebenar saya. Namun, di sebalik itu semua, pastilah ada hikmahnya, sebab itu saya ingin berkongsi dengan Anda.

Disebabkan peristiwa itu jugalah maka akhirnya saya telah bersungguh-sungguh berusaha mencari-cari jodoh saya. Memang peristiwa itu telah mengajar saya mengenai perlunya memberikan belaian kasih dan sayang kepada isteri tercinta.

Memang pengajaran dari peristiwa itu telah sedikit sebanyak memberikan didikan kepada saya agar berhati-hati semasa melayari bahtera perkahwinan nanti supaya tidak membiarkan isteri tercinta merasai kemabukan duniawi.

Selain itu, saya juga ingin berkongsi cerita seorang “brother” dari seberang negara Malaysia. Mengenai kisah mudanya dahulu yang turut bertindak curang bukan sahaja kepada isterinya bahkan kepada isteri-isteri orang lain. Bukannya sekali dua, tetapi beberapa kali, menurutnya. Sehinggalah Allah mengenakan musibah kepadanya, barulah dia berhenti melakukannya.

Itulah antara peristiwa yang ingin saya kongsikan dengan Anda. Pembaca blog Pedoman Hidup yang saya kasihi semua. Memang eksklusif cerita ini, kerana ianya adalah pengalaman peribadi yang telah saya lalui dan pastilah juga peristiwa “brother” yang telah meluahkan pengalamannya kepada saya.

Moga-moga nanti, adalah pengajaran yang akan diingati, selepas melayari blog Pedoman Hidup ini.

5 Komen:

alang berkata...

Uik. Baru introduction ke?hehe. Cepat2 le sambung abg. :D

Emad berkata...

Astaghfirullah....ujian dari Tuhan untuk Abg bent.

Tanpa Nama berkata...

Jangan lah expose tentang isteri yang curang saje, ramai lagi isteri-isteri yang setia pada suami mereka tapi sayangnya............suami suami yang curang itulah penyebab utama kepada kecurangan seorang isteri .

Abgbent berkata...

Ha'ah betul tu anonymous, tapi bagaimana nak diceritakan kalau gambarannya tiada di ruangan minda? Barangkali anonymous boleh kongsikan mengenainya? kalau dah ada pengalaman mengenainya. heheheeee....

Sungguh... saya tak boleh menceritakannya sebab tiada gambaran mengenainya. Moga dijauhkanlah daripada ujian sebegitu rupa. Nau'zubillah...

Sama ada suami atau isteri, kedua-duanya sama sahaja, kena saling percaya mempercayai, kasih mengasihi dan sayang menyayangi, barulah teguh bahtera perkahwinan dilayari, walaupun gelora yang menimpa seumpama ombak tsunami yang diiringi ribut taufan sebesar-besarnya.

Niat di hati bukanlah memperkecilkan peranan isteri, tetapi lakaran ini adalah sebagai pedoman kepada yang bergelar suami agar pandai-pandailah menjaga isteri, kerana itu adalah tanggungjawab yang harus dilakukan di sepanjang perjalanan kehidupan semasa bergelar suamiisteri.

Diri ini bukanlah seolah-olah pandai di dalam hal-hal sebegini, tetapi sekadar berkongsi dari pengalaman yang telah dilalui, moga-moga dapatlah dimengerti bersama kerana sesungguhnya, inilah tanggungjawab insan seagama, yang dinamakan bersaudara.

Aida Ab Jalil berkata...

Dosa besar tu, isteri yang curang kepada suaminya. Mintak dijauhkan dari dugaan sebegini Ya Allah..Amin.

Catat Ulasan