Rabu, April 22, 2009

Rahsia Menyingkap Kehidupan-1

Perumpamaan perjalanan hidup ini sebagai Warna-Warni Kehidupan memang sungguh cantik dan indah. Izinkan saya mengungkapkannya.

Hidup ini memang penuh dengan warna-warni. Sebab itu Kita perlu berusaha agar warna-warni itu Kita dapat simpulkan dan gabungkan menjadi SATU. Apabila warna itu telah menjadi SATU, Saya pasti warna yang terhasil adalah PUTIH.

Warna putih ini memang bercahaya terang. Andai pancaran cahaya putih itu berada di belakang diri Kita dan bukannya di hadapan, maka gelaplah pandangan di hadapan disebabkan oleh bebayang diri yang menghalang sinaran putih itu.

Sebab itu, saya merasa cahaya putih tadi perlu di letakkan di hadapan agar teranglah pandangan hadapan Kita dan seterusnya dapat menyuluh perjalanan seterusnya. Mengapa? Kerana Kita sedang berjalan ke hadapan dan bukannya ke belakang.

Moga-moga adalah manafaatnya perumpamaan ini.

7 Komen:

CikLieYzaOnline berkata...

Tapi,bukan ke kalau cahaya itu datangnya dari belakang,maka ia akan menyinari dan menyuluh jalan kita di hadapan?sebab tu kita selalu cakap 'suluh' masa depan.sebab asal cahaya adalah dari belakang.
-sekadar pendapat-

CikLieYzaOnline berkata...

renung sejenak,kenapa anda pegang lampu suluh?dan apa yg anda nak suluh?
-sekadar pendapat juga-
hehehe

Na Shari berkata...

Kena sambung cepat2 ni abgbent...Entri ni pendek...belum dapat menjiwai...Hehehe

alang berkata...

hahah. Betul2 mcm Na Shari ckp. Pendek sgt la abg. Nanti mesti ada komen bandingkan sport light ngn torchlight cik liza. mana lagi terang.ehehe. Gurau2 je k.

Abgbent berkata...

Salamelekom, wbt CikLieYza, adik Na Shari dan adik alang.

Ha'ah, sengaja buat entri pendek macam gitu supaya adalah ruang untuk mencerna pemikiran.

Pandangan CikLieYza yang kedua di atas seolah-olahnya menjawab komentar yang sebelumnya. heheheee

Namun, suka juga saya melanjutkan lontaran pandangan bahawa memang tiada halangan untuk kita masing-masing memilih cahaya yang diSATUkan itu sama ada meletakkannya di belakang, di kiri, di kanan atau di hadapan. Boleh juga kalau nak menghalakan cahaya yang SATU itu ke atas.

Memang tiada siapa yang dapat menghalang kecuali empunya diri yang sedang berjalan. Tak kiralah dia nak berjalan ke kiri, ke kanan, atau mungkin nak berjalan balik ke belakang. Memang itulah pilihan diri kita masng-masing.

Bagi saya, pastilah memilih untuk meletakkan cahaya yang telah diSATUkan itu di hadapan kerana saya sedang berjalan ke hadapan.

Cahaya dan Lampu suluh atau Spotlight adalah dua daripada rahsia-rahsia kehidupan yang memang berbeza. Apatah lagi dewasa ini lampu suluh atau spotlight menghasilkan pelbagai cahaya yang menyinarkan pelbagai warna…. Bersama-samalah kita merungkai rahsia ini.

tajma berkata...

oooo..macam tu ye

~ieDa~ berkata...

Assalamu'alaikum..Dunia kita spt Mozaik..
Dlm warna2 pilihan hidup kdg2 terlalu rumit
melelahkan..& terkadang sngt abstrak x mampu
difahami..Tetapi tetap sj semuanya terasa indah
dlm bingkai kesyukuran andai kita yakin yg
terbaik adalah dr Allah S.W.T..Utk manatap ms
hadapan yg terserahkn,segalanya tlh dilalui
membawa kita ke 1 titik utk utk belajar mamaknai
hidup..

Catat Ulasan