Selasa, April 28, 2009

Perjuangan Memperolehi Seorang Anak.. bhg 1 (Anak Pertama)

Bahagian 1

Kelahiran anak pertama memang luar biasa rasanya kerana kejayaan ini sebenarnya bukan calang-calang yang memberikan dan mengiktirafnya. Pastilah DIA yang Maha Pencipta. Kita hanya mampu berusaha dan semuanya berlaku di atas kehendak-NYA jua.

Perlu saya nyatakan bahawa hanya segelintir di kalangan kita yang akan berjaya memperolehi Anak Pertama. Kebanyakan pasangan yang baru berumahtangga akan tertewas memperolehinya disebabkan kekurangan pengalaman mengenainya.

Seandainya Anda telah berjaya memperolehi Anak Pertama, sesungguhnya Anda memang bertuah, kerana pada saya, cabaran dan perjuangan untuk memperolehinya bukanlah biasa-biasa kerana ianya juga dikaitkan dengan Takdir Tuhan Yang Maha ESA.

Saya? Sejujurnya saya juga telah tertewas memperolehinya. Itulah yang akan saya kongsikan di sini, di dalam coretan ini. Moga-moga perkongsian ini adalah manafaatnya nanti.

Kalau sebelum berkahwin, bilamana bertemu dengan rakan-rakan kita sering ditanya bila mahu berkahwin, tetapi penangan selepas berkahwin pula berlainan. Pastilah pertanyaannya menjurus sudah berapa orang anak sekarang?

Seorang rakan saya yang lewat berkahwin iaitu dia berkahwin ketika menghampiri 40 tahun pernah memberitahu kepada saya bahawa tekanan yang dialaminya sebelum dan selepas berumahtangga memang jauh berbeza.

Menurutnya, setiap kali berjumpa dengan rakan-rakan lain, kalau dahulu dia sering ditanya bila mahu kahwin?. Persoalan itu memang tidakpun menguji dan memberikan tekanan kepada dirinya.

Tetapi selepas berrumahtangga, bilamana dia ditanya dah berapa orang anak? Dia tersipu-sipu dan ada kala rasa tertekan juga dengan persoalan itu. Maklumlah, kalau jawab belum ada, seolah-olahnya menunjukkan bahawa kelelakiannya ada masalah.  :)

Walhal keadaanya bukanlah begitu. Syukur juga dewasa ini pemikiran sedemikian kian berkurangan kerana ramai yang sudah maklum bahawa keadaan seperti itu berlaku disebabkan oleh pelbagai sebab-musabab.

Pada saya, Sungguh! tekanannya memang berbeza berbanding sebelum berumahtangga. Kalau sebelum berkahwin pertanyaan bila nak kahwin boleh disambut dengan senyuman yang lebar, tetapi pertanyaan selepas mendirikan rumahtangga iaitu dah berapa orang anak, pasti lainlah pula maknanya. :)

Rakan yang saya ceritakan di atas sehingga kini masih belum memperolehi anak iaitu selepas berkahwin lebih kurang hampir 20 tahun.

Saya? Syukur Alhamdulillah kerana selepas lebih kurang empat bulan bersama-sama isteri tercinta, akhirnya isteri saya disahkan mengandung. Itupun selepas isteri saya melakukan ujian sendiri menggunakan “Pregnancy Test Kit”.

Memang saya masih ingat kejadian yang berlaku ketika itu, seawal pagi-pagi buta. Maklumlah, menurut pencipta Pregnancy Test, ujian itu paling berkesan dilakukan selepas bangun pagi iaitu dengan menitikkan sedikit air kecil yang dibuang pada awal pagi pada alat "Pregenancy Test".

Saya sememangnya menunggu-nunggu keputusan ujian itu sebab sehari sebelum isteri saya melakukan ujian, dia telah memberitahu yang dia sudah lewat beberapa minggu tidak datang bulan (haid). Petanda begitu adalah antara kebarangkalian seorang wanita sedang mengandung. Jujur saya beritahu bahawa itulah kali pertama saya mengetahuinya dan sememangnya saya berasa kagum dengan keajaiban ciptaan Tuhan sebegini rupa yang saya mula pelajari dan ketahui.

Selepas melakukan ujian itu, memang dia terlalu gembira memberitahu kepada saya. Seperti biasa, saya berusaha mengawal emosi dan berpura-pura tenang. Walhal, sebenarnya saya juga terlalu gembira. Kalau dibandingkan saya dan Isteri ketika itu, pasti saya melonjak gembira jauh lebih gembira dari kegembiraan Isteriku Yang Tercinta sebenarnya.

Maklumlah, memang inilah perjuangan dan cabaran selepas berumahtangga. Memang saya mengetahui bahawa selepas terbinanya bahtera perkahwinan, perjuangan saya seterusnya di dalam kehidupan ini ialah untuk mendapatkan zuriat.

(coretan akan disambung lagi di lain masa)

Bahagian 2 - Memperolehi Anak

4 Komen:

LaDy NaS berkata...

TAHNIAH..MOGA ISTERI SIHAT SENTIASA..DAN PASTIKAN DIA BAHAGIA SELALU AGAR ANAK YG DILAHIRKAN ADALAH ANAK YG DIBANGGAKAN..AMIIIIN...

alang berkata...

Salam abg. Saya kurang menyerti perkataan abg;
"Saya? Sejujurnya saya juga telah tertewas memperolehinya. Itulah yang akan saya kongsikan di sini, di dalam coretan ini. Moga-moga perkongsian ini adalah manafaatnya." Apapun saya tidak mahu berpikiran negetif. Saya ucapkan tahniah ya kerana isteri abg telah dikurniakan rezeki yg paling bermakna. Patut ler tetiba ada iklan jonhsonNjohnson kat blog nie.hehe. Kebetulan kut.

Na Shari berkata...

Kepada alang, daripada apa yang akak faham, maksud abgbent ialah isteri abgbent juga pernah keguguran sewaktu mengandung anak pertama...Betul tak abgbent...forgive me if i was wrong...

Linachu berkata...

Selepas anak pertama, ada pulak persoalan baru: "Bila mau tambah?"

Catat Ulasan