Isnin, April 20, 2009

Pengalamanku Bertemu Jodoh… Bhg 8 (Wanita Misteri)

Bahagian 8

Wanita Misteri yang aku maksudkan ialah mereka seolah-olahnya berminat denganku dengan memberikan pelbagai hadiah dan warkah indah berselit kilauan cinta, tetapi masalahnya, tidak pula menunjukkan identiti sebenar mereka. Memang tidak salah mereka melakukan usaha sebegitu, tetapi padaku, amat tidak bermakna seandainya mereka ingin mencari jodoh dengan kaedah begitu.

Peristiwa yang aku kisahkan kali ini adalah salah satu daripadanya iaitu bila mana aku bertugas menjaga hostel wanita. Errrmmmm…?

Aku sebenarnya berasa janggal dan kekok juga bila mana diamanahkan menjaga hostel pelajar wanita. Cuba bayangkan, adakah patut aku yang masih bujang trang tang tang ketika itu diminta menjaga hostel wanita? Tugasan itu seolah-olahnya ultimate di dalam segala cabaran yang aku alami berkaitan cinta pada wanita. Seumpama mencurahkan minyak petrol ke dalam api yang sedang menyala-nyala.

Untuk memahami kisah ini, aku ingin menyatakan kepada Anda bahawa seminggu selepas aku ditawarkan kerja pada tahun 2000, seorang daripada rakanku yang telah dahulu berkerja dariku meminta bantuan untuk menjaga hostel lelaki.

Rakanku ketika itu adalah sama jawatan denganku, tetapi bezanya dia juga bertugas sebagai Pengetua. Dia telah mengamanahkan menjaga hostel dan pelajar lelaki selain hal-ehwal surau padaku. Aku menerima tawaran rakanku itu kerana dia amat bersungguh-sungguh mendapatkan bantuanku.

Selepas menjadi pembantu kepada rakanku selama dua tahun di hostel lelaki, akhirnya aku dipindahkan ke hostel wanita. Kisahnya bermula bila mana masalah dihadapi berkaitan penempatan pelajar lelaki yang tidak mencukupi. Akhirnya keputusan diambil untuk menggunakan dua blok daripada rumah wanita dijadikan rumah pelajar lelaki.

Maka, al-kisahnya aku dipindahkan ke rumah yang menjadi pembahagi di antara blok rumah-rumah lelaki dengan blok rumah-rumah pelajar wanita. Konon-kononnya sebagai pengawal merangkap pengawas dan menjadi pemisah di antara mereka. Heheheeeee

Disitulah kisah yang aku ingin ceritakan kepada Anda. Semasa aku menjadi pengawas di situ, memang kebanyakkan pelajar lelaki aku kenali kerana bilangannya tidaklah ramai. Berbanding pelajar wanita yang jumlahnya beberapa kali ganda pelajar lelaki.

Oh ya, sebenarnya pelajar lelaki dan wanita ini pun telah dewasa kesemuanya. Pastilah umur mereka lingkungan 20 tahun ke atas. Tak perlulah aku huraikan pelbagai karenah pelajar perempuan yang pada saya terlalu mengada-ngada. Heheheee…

Kepada para wanita yang membaca coretanku ini, usahlah naik darah atau marah-marah bila mana aku mengatakan mereka mengada-ngada. Memang begitulah pengalaman yang aku alami. Mengada-ngada… Aku yang merasakannya, bukannya Anda.

Memang terasa leceh betul menjaga pelajar wanita ketika itu. Berbanding pelajar lelaki, selepas dua tahun bersama mereka, pastilah tidak banyak karenah. Adakalanya, kalau aku ada masa berziarah ke rumah-rumah pelajar lelaki, pasti aku dihidangkan juadah. Walaupun sekadar biskut dan nescafe dalam jug plastik yang besar. Ada kala juga berbual-bual sehingga ke larut malam. Memang begitulah kehidupan mereka sepertimana yang aku alami suatu ketika dahulu.

Berbanding pelajar wanita, aku pula yang kena memberikan juadah, maklumlah mereka yang datang ke rumahku beramai-ramai, adakalanya sampai enam orang dengan membawa pelbagai ragam masalah.

Memanglah aku terpaksa melayan karenah kesemuanya, takkanlah pula aku menghalau mereka. Dah memang menjadi tugasku. Lagipun sememangnya aku telah rela membantu.

Apa yang aku nyatakan itu cumalah satu runggutan untuk dikongsi dengan Anda. Bayangkanlah kalau aku pula yang pergi berziarah ke rumah-rumah pelajar wanita itu. Lagilah dahsyat bukan? Akukan masih anak dara teruna…

Memang agak perit juga melayan karenah pelajar wanita. Sampaikan penyapu rumah pun bertandang meminjam ke rumahku. Takkanlah mereka tak boleh pinjam dari jiran tetangga yang berhampiran dengan rumah mereka. Kenapa harus aku juga yang menjadi penyelesai masalah sedemikian rupa. Kadang aku berasa syak wasangka juga dengan telatah mereka.

Berbalik kepada kisahku tadi, walaupun begitu, kadang kala ada juga manisnya menjaga pelajar wanita. Tidaklah semuanya pahit. Seperti yang aku nyatakan kepada Anda, aku juga seronok menjaga pelajar wanita yang telah dewasa itu sebab ada ketikanya aku mendapat hadiah misteri dari mereka.

Masih segar diingatanku kadang kala bila membuka pintu rumah, akan adalah tersangkut hadiah di tombol pintu. Kadang juga, aku menerima surat bersalut cinta. Bukan aku tidak suka menerima hadiah dan surat cinta itu, tetapi masalahnya, pemberinya merahsiakan identiti mereka. Kadang juga menggunakan nama samaran sahaja. Macam mana aku nak mengenali mereka?

Jadi, aku pun buat-buat tidak kisah dan tidak pun berusaha mengenali pemberi hadiah dan warkah misteri itu. Apa yang aku dapat katakan ialah usaha pencarian jodoh sebegitu memang sia-sia kerana tidak dikenali siapakah gerangan orangnya.

Barangkali juga pemberi hadiah misteri itu terlalu ikhlas sehingga tidak mahu memberikan identiti sebenar dirinya. Membuatkan aku pun tertanya-tanya, mengapa pula memberi hadiah dan warkah misteri sebegitu rupa kalau tidak mahu dikenali?.

Sejujurnya, aku masih tidak memahami mengapa harus merahsiakan identiti sebegitu rupa. Namun yang jelas, memang aku tidak kisah dan tidak pun mahu berusaha mencari-cari siapakah gerangan wanita misteri pemberi hadiah dan warkah bersalut cinta itu…


(Coretan akan disambung di lain masa)

5 Komen:

alang berkata...

Pergh. Klau lah saya jaga Asrama wanita, kompen mengurung dalam bilik,jadi anak dara teruna.hehe. Mana taknya, klau dah keliling perempuan,kita lak yg malu.hehe

tajma berkata...

lecturer ums ka ni? sory, saja teka..best gak cerita ni,

Abgbent berkata...

Salamelekom Tajma.

Terima kasih kerana berziarah ke blog ini. Perlukah saya menjawab soalan itu? Ada baiknya juga kalau Tajma jenguk-jenguk tulisan ini

http://abgbent.blogspot.com/2009/03/wajahku-tiada-di-blog-ini-mengapa.html

Na Shari berkata...

Wah...seronok tau dapat hadiah misteri. Time sekolah menengah dulu, Na selalu jugak dapat hadiah misteri dari seseorang yang misteri...hihihi...Sampai skrg tak tau siapa org tu...

Abgbent berkata...

Emm... nak juga tahu ums tu apa maksudnya Tajma? Apasal pula saya ni dilihat macam seorang lecturer? Tolong bagitau yer Tajma.

Oooo adikku Na Shari ada pengalaman dapat hadiah misteri gak yer... Nie yang seronok nak tau nie. Bleh citer sikit? Sebelum ni abg memang tersenyum2 membaca pengalaman berkenaan cinta monyet tu...

Catat Ulasan