Sabtu, April 25, 2009

Kekuasaan, Kemasyhuran dan Keajaiban Anugerah-NYA

Beberapa hari lepas aku telah dikejutkan oleh bossku, rakan-rakanku dan pastilah Isteri Tercintaku berkenaan berita di dalam surat khabar yang memaparkan namaku menerima anugerah dari negara maju, iaitu Jepun.

Pada mulanya, anugerah itu hanya bossku dan aku sahaja yang tahu. Pastilah juga aku memaklumkan kepada Isteri Tercintaku dan Ibu Kesayanganku.

Tetapi entah macam mana, majikanku telah menyebarkan dan memasyhurkan anugerah itu di dalam surat khabar dan email dalaman beberapa hari lepas. Barangkali untuk memberikan rangsangan kepada rakan-rakan yang lain serta mengambil kesempatan kemasyhuran di atas pemberian anugerah ini.

Sebenarnya anugerah yang aku perolehi adalah berkaitan kerjayaku sebagai penyelidik di dalam bidang sains. Kejayaan ini memerlukan aku berangkat ke Jepun selama sebulan untuk melaksanakannya.

Berita ini sengaja aku ceritakan di sini. Bukanlah bertujuan mengangkat bakul sendiri. Matlamatnya adalah ingin berkongsi rahsia yang tersirat di sebalik kejayaan ini. Moga-moga adalah manafaatnya untuk tatapan Anda.

Nak tahu perasaanku selepas menerima perkhabaran kejayaan itu? Bercampur-campur. Gembira, dan tidak lupa memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada-Nya.

Disebaliknya, aku juga berasa sedih kerana terpaksa berjauhan selama sebulan dengan Isteriku dan sepasang anakku (perempuan berumur 3 tahun empat bulan, manakala yang lelaki berumur 4 bulan) yang memang aku sayangi dan kasihi.

Memang aku sedih, namun disebabkan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara, aku mendorong diriku mengecapinya.

Khabar mengenai anugerah itu aku telah perolehi pada akhir bulan Mac yang lalu dari saintis Jepun dan sememangnya bossku yang memberitahu kepadaku. Mereka juga memaklumkan bahawa anugerah itu akan diberikan pada bulan Julai nanti. Aku sengaja tidak memberitahu sesiapa, kecuali Isteri Tercintaku dan Ibu Kesayanganku mengenai berita itu.

Akhirnya, sebaliknya pula yang terjadi di mana majikanku telah memaparkan nama dan anugerah yang aku perolehi itu di dalam akhbar tempatan beberapa hari lepas. Memang aku tidak tahu mengenainya, sehinggalah bossku dan beberapa rakanku menghantar email dan sms memberitahu diiringi ucapan Tahniah!.

Pastilah juga Isteri Tercintaku tidak ketinggalan mendapat ucapan tahniah dari rakan-rakannya dan selepas itu pula berusaha memberitahu kepadaku.

Akhbar tempatan yang dimaksudkan itu memang aku cari dan sejurus memperolehinya, aku merenung dan berfikir sejenak serta berusaha memahami mengapa DIA memberikan aku kurniaan seperti ini.

Anugerah yang dipopularkan di dalam akhbar?! Takburkah atau sombongkah diriku ini? Perlukah dihebahkan sedemikian?, Walhal sebenarnya anugerah yang aku perolehi dari negara Jepun itu tidaklah seberapa berbanding seandainya anugerah itu adalah kurniaan dari-Nya…

Selepas berfikir, akhirnya aku memutuskan untuk berkongsi cerita ini untuk tatapan Anda. Pastilah berkongsi rahsia di sebalik apa yang telah berlaku. Manalah tahu selepas mengetahuinya, Anda juga terdorong melakukannya untuk mengapai kejayaan-kejayaan lain.

Aku memulakan cerita dengan memberitahu tentang Blog Pedoman Hidup ini. Sebenarnya, blog ini mula aktif diisi pelbagai coretan pada bulan Februari yang lalu.

Sejujurnya aku memberitahu bahawa tugasan yang menghimpit diriku dalam masa yang sama memang melangit tingginya. Tetapi itu bukanlah penghalang untuk aku berusaha melakarkan segala kekuasaan dan keagungan-Nya di dalam blog Pedoman Hidup ini.

Aku juga sering melawati beberapa blog dan memberikan komentar berkenaan kekuasaan dan keagungan-Nya, kerana sememangnya aku menyukai dan menyayangi penulis-penulisnya. Pastilah sayangku kepada penulis-penulis itu kerana DIA.

Setiap kali aku memberikan komentar di dalam mana-mana blog, aku cuba berusaha agar apa yang aku tuliskan adalah memberitahu tentang keagungan dan kekuasaan-Nya. Semuanya melakarkan tentang keajaiban dunia yang menjadi hak mutlak-Nya. DIA menjadi matlamat di dalam setiap coretanku kerana aku yakin perjalanan ini haluannya harus mengarah kepada-Nya.

Aku menggagahkan diriku melakarkan apa sahaja komentar dengan menyebut dan melaungkan nama-Nya. Kerana memang itulah selayaknya diriku sebagai insan ciptaan-Nya.

Dan hasilnya, aku juga telah dimasyhurkan oleh majikanku dengan sebab memperolehi anugerah dari negara Jepun itu. Walaupun hakikatnya anugerah itu memerlukan beberapa bulan lagi akan terlaksana.

Mungkinkah ini yang dikatakan kuasa dan keajaiban-Nya, sebagai tanda kasih-sayang-Nya? Memang aku tidak pasti mengenainya kerana sememangnya aku ini terlalu lemah untuk memahaminya.

Tetapi aku ingin menyatakan kepada Anda bahawa sememangnya aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat-Nya kerana diberikan nikmat yang sebegini rupa.

Kalau para ahli motivasi menafsirkan keajaiban seperti ini sebagai kuasa minda… Terus terang aku mengatakan bahawa aku tidak pernah terfikir akan memperolehi anugerah sebegini. Sungguh, aku tidak pernah berfikir mengenainya…

Tetapi aku yakin, inilah yang dikatakan kuasa Tuhan yang Maha Esa. Dan aku yakin DIA telah memberikan aku kurniaan sebegini untuk aku terus mempelajari tentang keagungan, kekuasaan dan keajaiban yang Tuhan miliki.

Moga-moga melalui anugerah sebegini, akan terbukalah pintu-pintu menuju Kejayaan Hakiki. Kejayaan menikmati Syurga-Nya nan abadi.

10 Komen:

Adinda Amy Sensei berkata...

sekalung tahniah buat abg bent dan keluarga juga..
waa..bestkan dapat gi jepun..

Tanpa Nama berkata...

abg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tahniah arr... wahh... hepinya... huhu.. sufi lak yg terover.. haha.. =)

alang berkata...

waaa. abg dapat pergi jepun eh. Kim barang bleh, anak patung anime.hehe. Sini susah nak dpt expecialy yg best2.haha. Nway congrate ya abg. Setiap sesuatu yg kita lakukan pasti ada akibatnya. Samada baik atau buruk.

meza berkata...

tahniah!!!
saya tumpang gembira.
saya pn pernah bercita-cita nak ke jepun.

;)

aben berkata...

congratulations.....
wahhh..p jpun owww...nnt amik gmbar tu..post la kat blog eh...

:: Wiween :: berkata...

tahniah abgbent. pi jepun bwk balik hero jepun tuk ween satu. hehe

alang berkata...

Lama menyepi abg. Kt Japoon eh? Selamat pergi dan pulang hendakNya. Amin

Na Shari berkata...

alhamdulillah...tahniah abgbent. I'm speechless...

IxoR@ berkata...

Ermm....barulah Ixora faham walau dalam kesamaran.

Tahniah Abgbent...

Niat yg baik selalunya dibalas dengan baik juga...

Zamz berkata...

apa salahnya bagitau..sekurang2nya boleh jadi panduan pada anak2 malaysia yg lain kan

Catat Ulasan