Jumaat, April 03, 2009

Jodoh telah ditakdirkan

Sememangnya jodoh setiap daripada kita telah ditentukan oleh-Nya. Ada beberapa perkara yang sememangnya DIA telah tentukan (takdirkan) kepada setiap kita dan salah satu daripadanya ialah jodoh.

Jodoh akan datang sama ada cepat ataupun lambat. Pastilah bergantung pada takdir-Nya. Tetapi perlu juga saya ungkapkan bahawa setiap takdir-Nya, pastilah ada tersisa sifat-sifat-Nya yang teramat istimewa iaitu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Sebab itu, di dalam setiap perbuatan saya dan Anda, digalakkan mengucapkan perkataan itu di sepanjang masa dan di setiap perbuatan dan perlakuan kita.

Itulah dia ungkapan “Dengan menyebut nama-MU yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”. Mengapa? Kerana di situlah terselitnya salah satu daripada rahsia-Nya yang amat besar manafaat-Nya andai saya dan Anda mengetahuinya dan mengamalkannya.

Namun, ramai juga di antara kita yang terlupa mengkaji akan sebutan itu. Seandainya sebutan itu telah menyubur di dalam diri kita, saya yakin akan adalah pohon-pohonan usaha yang akan terbit dari saya dan Anda untuk mencari-cari maksud yang terkandung di sebalik ungkapan itu.

Berbalik kepada kata nama jodoh tadi, saya dan Anda telah diingatkan oleh-Nya bahawa;

“(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Anfal, 8: 53)


Memang Anda kena berusaha mengapai jodoh itu, agar kelak adalah tersinar sifat-Nya yang maha agung tadi iaitu Pengasih dan Penyayang. Saya yakin, hanya DIA yang layak mengubah segala takdir yang telah ditentukan.

Sebab itu, di dalam hal ini, suka saya mengajak Anda untuk melakukan pelbagai usaha untuk mencari keredhaan-Nya agar kelak terbitlah sifat-sifat Pengasih dan Penyayang-Nya. Sifat itu amat penting untuk mengubah segala takdir yang telah ditentukan oleh-Nya kepada diri saya dan Anda. Semoga hasil usaha berterusan akan terbitlah sinar cahaya-Nya di dalam kehidupan kita.

“Dan Dialah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dengan tadbir dan takdir); dan Dialah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya”. (Al-Anaam, 6: 18)

Dari itu, saya dan Anda kenalah sentiasa berusaha dan sentiasa memohon kepada-Nya. Moga-moga saya dan Anda akan dipayungkan dengan segala kenikmatan duniawi dan ditambahi dengan kenikmatan hakiki iaitu kenikmatan syurgawi.

7 Komen:

:: Wiween :: berkata...

Moga jodoh sy adalah seorang yg terbaik yg telah diciptakan oleh Dia khas utk sy. Amin! ;)

Keri AlHaj berkata...

doa saya sama mcm doa ween... aminnnnn

Abgbent berkata...

Abg juga berdoa semoga adikku yang hensem (mcm Shah Rukh Khan) dan cikgu matematikku yang lawa (umpama Jihi Chawla) akan bertemu jodoh.

Dengan menyebut nama-Nya yang Maha Agung, di pagi yang penuh berkat ini, Saya menadah tangan memohon kepada-Nya semoga hati kedua-duanya akan dicurahkan sinar cahaya untuk menyuluh jodoh terbaik bagi kedua-duanya.

Jangan lupa hantarkanlah kad jemputan andai dah ada pasangan kelak. Tapi di lubuk hati saya mengatakan adikku Chimera dan cikgu matematikku ini memang sesuailah!

Shemmi berkata...

wiween...chimera...both are cute name..
em..sesuai! saya setuju dgn abgbent!huhu

Abgbent berkata...

Opsss... lupa plak. Saya juga memohon kepada yang ESA moga-moga adikku Shemmi juga akan ditemukan jodoh secepat yang mungkin. Berkat nama-Nya yang Agung -> Maha Pengasih dan Maha Penyayang

ruby berkata...

btl tu,abg bent...tapi kadang2 manusia ni ade jnis yang tak sbar n slalu slahkan tqdir..

waniey..... berkata...

sy pun blm kawin lg..insyallah kita semua akan bertemu jodoh..amin

Catat Ulasan