Selasa, Mac 24, 2009

Wajahku tiada di blog ini. Mengapa?

Kali ini saya ingin menjelaskan tajuk di atas. Ya, barangkali ada yang bertanya begitu kerana ingin mengetahui siapakah sebenarnya empunya blog ini. Bagaimanakah wajahnya yang sebenar? Mungkinkah handsome? Atau mungkinkah sebaliknya?. Itulah antara persoalan yang barangkali Anda ingin tahu.

Sebenarnya saya memang handsome.  Hehehee. Ceh! Perasan pula saya !.

Sebetulnya saya memang handsome. Itupun menurut luahan Isteriku Yang Tercinta. Siapa lagi yang harus saya percayai kalau bukan dia, Isteriku Yang Tercinta, bukan?.

Selain itu, ada juga rakan-rakan yang mengatakan bahawa saya ini handsome, tetapi saya musykil dengan keikhlasan mereka mengatakan begitu. Barangkali ada udang di sebalik batu? Siapa tahukan...

Namun, saya kena bersangka baik dengan apa yang rakan-rakan saya ungkapkan itu. Pastilah apabila ada rakan-rakan yang memuji saya handsome pada ketika-ketika tertentu, maka saya akan jawab dengan ungkapan “ALHAMDULILLAH”, yang bermaksud “Segala Puji-Pujian hany layak untuk-NYA”. Memang begitulah selayaknya ungkapan saya.

Sebenarnya sebab utama mengapa saya tidak memaparkan wajah di dalam blog ini bukanlah kerana handsome atau tidak. Saya yakin kehandsomean seseorang adalah subjektif sifatnya. Apatah lagi pelbagai ragam orang-orang yang melihatnya.

Tetapi sebab sebenar wajah saya tidak dipaparkan di dalam blog ini adalah kerana saya khuatir andai apa yang saya tuliskan di sini seolah-olah menunjukkan bahawa saya sudah sempurna dan hebat. Sedangkan hakikat sebenar, hebatnya dan sempurnanya tulisan saya di sini adalah kepunyaan-NYA semata. Apapun yang saya bicarakan di sini, andai ianya hebat, ketahuilah bahawa kehebatan itu adalah kepunyaan-NYA. Bukan saya.

Sebaliknya pula, saya juga khuatir andai apa yang saya coretkan di sini, dilihat seolah-olahnya tidak sesuai dan buruk hasilnya. Maka ketahuilah bahawa itulah sebenarnya kelemahan saya. Saya sememangnya belum sempurna. Sebab itu masih lagi mencari-cari cahaya-NYA. Moga-moga cahaya-NYA akan saya temui di penghujung perjalanan ini agar dapatlah disuluh sisa-sisa kehidupan saya nanti.

Pastilah menjadi harapan saya apapun yang tertulis di dalam blog ini, andai bermanafaat untuk Pedoman Hidup Kita, maka ambillah agar perjalanan hidup Kita dapat disuluh dengannya. Tetapi andai sebaliknya pula yang berlaku, saya juga mengharapkan agar Anda tidak mempraktikkannya, dan buangkanlah ia jauh, sejauh, jauhnya...

Kepada rakan-rakan yang memang mengetahui diri saya dan blog ini, saya berharap agar Anda tidak pula melihat kelemahan diri saya sebagai pengukur akan apa yang saya coretkan di sini. Pastilah saya memerlukan bimbingan dan nasihat daripada Anda untuk memperbaiki diri ini.

Ketahuilah bahawa saya juga sedang diiringi oleh para syaitan yang sentiasa membisik-bisikan sesuatu kepada saya. Mungkinkah syaitan itu dari kalangan yang biasa-biasa atau mungkinkah dari kalangan yang hebat-hebat?, sememangnya saya tidak pasti mengenainya.

Tetapi apa yang pasti, saya sebenarnya bukanlah seorang Rasul yang mempunyai sifat-sifat sempurna. Saya juga ada kelemahan yang harus saya akui dan perbaiki.

Apa yang saya nyatakan dan lakukan di dalam blog Pedoman Hidup adalah bertujuan untuk mengharapkan keredhaan-NYA semata. Seperti mana yang telah dinyatakan di dalam surah Al-Asr (103) yang menjelaskan Sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran.

Anda yang belum kenal dan Rakan-Rakan yang telah mengenali saya moga-moga akan memahami dan adalah manafaatnya perkenalan dan nasihat-menasihati yang kita lakukan di dalam blog Pedoman Hidup ini.

16 Komen:

Shemmi berkata...

saya tidak fikir dgn memaparkan wajah empunya blog itu membawa erti empunya blog ingin diri kelihatan hebat sempurna..
sedangkan dua 'word' tersebut hanyalah milik yg Esa..

saya fikir..meletakkn gambar semata2 untuk share dengan kengkawan...berani mengatakan "ye, ini aku"..

ngehngeh..

tu pendapat sy saja..sila abaikan jika salah ye abgbent yg hensem (sejuk perut mak mengandung)..

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) berkata...

bersyukurlah dengan nikmat Allah
manusia adalah sebaik2 kejadian

alang berkata...

Ntah2 abg ni artis terkenal kut. Takpun Ahli politik feymes.hehe.

@LiYaNNuaR ツ berkata...

eh, rasa mcm kenal... tapi siapa, ya??? owhhh... nevermind... abaikan aje... hohoho

~ieDa~ berkata...

Rupa prs x penting..Janji ht maw
baek..Hehe..

minah@mean berkata...

Salam sejahtera dan salam bahagia.
Thanks kerana mengunjungi blog saya. Terus terang saya katakan bahawa semangat untuk saya buat blog sendiri adalah berpunca dari melayari laman web imotivasi-squery dan juga pernah mengunjungi blog abgbent nie. Pada pendapat saya adalah perlu abgbent letak muka sikit kat laman blog nie, taj salah rasanya. Ianya menunjukkan abg bent ada keyakinan diri. gambar muka jauh dan kecil pun tak apa itu lebih baik daripada gambar berselindung disebalik kamera bercahaya tu...... Try your best. Good luck.

adol berkata...

puji diri sendiri nampak, huhuhu

MizShuai berkata...

kite pun tak de rupe yang hebat..tapi berkongsi rupe juge, dengan para pembace..=)
hhehee
abg bent jngn marah..

Abgbent berkata...

Heheheeee...
Tima kasi Lady B atas anjuran itu. InsyaAllah, bila hati ini dah bersedia, akan dilakukan juga sedemikian rupa. Pastilah menunjukkan anugerah NYA yang tidak terhingga besarnya kepada diri ini iaitu memberikan wajah sempurna sifatnya. Pastilah juga diri ini tidak lupa untuk bersyukur dengan pemberian ini. ALHAMDULILLAH!

sutera14 berkata...

Kenal nama tak kenal rupa
...mengelak fitnah dunia..

faizal yusup berkata...

yang faham pasti akan faham...

Tanpa Nama berkata...

emmm spe ehh!!!

Tanpa Nama berkata...

bagi sy itu sesuatu yg menarik ttg blog ini...
sbb hampir semua blogger meletakkan gambar2 mereka...sO abg bent punyer identiti sendiri, jadi penulis misteri..sRonok juge beridentiti begitu kn..
tp x salah jika blogger2 lain meletakkan gambar msing2...
blog adalah hak masing2...

smile abgbent

teruskan penjuagan menulis sebaik mugkin...

:)

MyFirdaussy berkata...

sy antara peminat blog2 motivasi.. jmpe blog ni melalui blog imotivasi.. peminat setia imotivasi. ermm... rupa paras tak penting... melalui penjelasan itu, sy berpendpat sudara seorg yg sngt merendah diri... alhamdulillah...

teruskan berkarya... motivasi adalah berdasarkan pengalaman penulis... pengalamn motivasi yang dikongsikan adalah satu cara dakwah yang berkesamn..

sy doakna sdra dan keluarga terus dilimpah rahmat ats perkongsian ilmu dan motivasi ni...:)

nur berkata...

Salam..
Dalam tujuan hidup utk terus tawadduk kpdNYA,byk cara yg dilakukan oleh setiap manusia berbgantung pada ilmu dan mind set.Sudah pasti byk cara dan persepsi yg berbeza yg ditampilkan oleh setiap insan yg bergelar Islam sejati.Ada yg sentiasa tampil dlm pemakaian yg lebih muslim dan muslimah dgn berjubah dan berserban ataupun berjubah dan bertudung labuh. Jika itulah yg dirasakan lebih menyakinkan dirinya utk terus istiqamah dan terus dekat kpd yg Maha Esa. Mungkin itu yg terbaik buat dirinya dan juga mengelakkan fitnah duniawi. Mungkin!
Mungkin bagi abgbent, inilah caranya yg dirasakan terbaik bagi menambahkan rasa tawadduk kpdNYA.

Semoga terus istiqamah utkNYA abgbent.:-)

Abgbent berkata...

(*___^) sejambak senyuman buat adikku nur yang sememangnya saya kasihi kerana DIA. Moga pengertian ini mencambahkan lagi ilmu-NYA semasa menyuluh liku-liku kehidupan ini. InsyaAllah

Catat Ulasan