Khamis, Mac 19, 2009

Dragon Ball Evolution ... yg tersirat



Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya semalam berkenaan menonton filem Dragon Ball Evolution. Ya, saya menontonnya bersama isteri, sepasang anak saya (lelaki, 3 bulan dan yang perempuan berumur 3 tahun) serta dua orang adik ipar saya yang masing-masing berumur 10 dan 16 tahun yang kedua-duanya lelaki. Kami menonton filem itu pada pukul 9.15 pm – 10.50 pm.

Sememangnya saya suka melihat filem-filem berbentuk rekaan yang melibatkan paparan berkaitan dengan kesaktian (aura) dan semestinyalah cerita dari Negara China khususnya Kung Fu.

Saya memang tidak pernah membaca buku Dragon Ball, tetapi kedua-dua adik ipar saya suka membacanya. Bila selesai sahaja menonton cerita itu, saya bertanya kepada mereka. Ermmm mereka mengatakan bahawa filem itu banyak perbezaannya dengan apa yang diceritakan di dalam buku Dragon Ball.

Apapun, mereka tetap suka filem itu walaupun banyak perbezaannya. Bagi saya pula, Ya, saya menyukai filem itu kerana banyak aura-aura dan fictionnya, ditambah pula apabila anak perempuan saya yang duduk di sebelah saya memberikan penuh tumpuan melihat paparan pada skrin pawagam itu sambil menggunyah “popcorn”. Senyumannya kepada saya lihat sekali sekala diukirkan kepada saya sememangnya memberikan pelbagai makna.

Bagaimana pun, saya tidak menafikan ada juga adegan-adegan yang sepatutnya anak-anak Kita tidak patut tonton khususnya beberapa babak akhir filem itu yang menonjolkan budaya barat *bercium* yang pada budaya Kita amat tidak wajar dipertontonkan kepada kanak-kanak. Bila saya melihat kedua-dua adik ipar saya, ermmm… mereka menutup mata apabila menyedari babak-babak itu dipaparkan. Barangkali itulah didikan yang mereka perolehi daripada ibu bapa mereka. Atau mungkin juga sebab saya ada bersama-sama mereka ketika itu. Entahlah…

Kesimpulannya, walaupun saya tidak membaca buku Dargon Ball, setidak-tidaknya selepas melihat filem tersebut, saya telah mengetahui beberapa watak yang diceritakan di dalam buku itu.

Secara peribadi, saya amat tertarik melihat babak di mana Goku sedang dalam keadaan nazak selepas ditembak. Ya, ketika itu Roshi telah berusaha menyelamatkan Goku. Entahlah nama watak Roshi tu betulkah tidak, saya sebenarnya kurang pasti. Apa yang saya suka ialah apabila dibuat flash back Goku bertemu Atuknya yang telah meninggal dunia akbat dibunuh musuh.

Dalam flash back itu, Goku telah diberi pesanan oleh Atuknya dengan perkataan ini (lebih kuranglah kot) “PERCAYALAH PADA DIRIMU SENDIRI”. Pesanan itu diberikan oleh Atuknya agar Goku dapat menentang musuhnya nanti. Saya diberitahu oleh adik-adik ipar saya bahawa Goku sebenarnya ada dua personaliti. Satu manusia dan satu lagi haiwan. Ermmm… macam pernah dengar saja perkara ini.

Ungkapan “PERCAYALAH PADA DIRIMU SENDIRI” sememangnya penting di dalam Kita melalui liku-liku hidup untuk mengejar kejayaan-kejayaan di dunia ini.

Saya serahkanlah kepada Anda sama ada ingin menontonnya ataupun tidak. Bukan niat saya untuk mempengaruhi Anda tetapi saya ingin berkongsi sesuatu mengenai pengalaman yang telah saya lalui menonton filem ini. Apapun, terima kasihlah kerana membaca coretan saya berkaitan dengan filem ini. Heheee.. ;)

2 Komen:

AHMADSUFI6177 berkata...

hehehe... saya org pertama komen.. haha.. berkenaan cerita nie.. mmg lain... bagi abg yg bukan fanatik dragon ball... saya pasti abg bagi 5 bintang... betul x??

watak roshi mmg ada, cuma dia sepatutnya botak.. dan nama melayu dia Pendekar Penyu. berkaitan Goku, dia sepatutnya ada ekor sebab dia nie alien yang mempunyai kuasa gorilla. Haha..

jalan cerita yg 95% berbeza daripada asal, namun patut dipuji atas teknik pembikinan dan jalan cerita yg diubahsuai kan??
=)

ps: sebb tue saya kata xsesuai diletak nama dragonball sbb dah byk beza...

Shemmi berkata...

tak aci betul..dah tengok yer?

Saya tak tengok wlp pada asalnya (masa film belum tayang) beria2 nak tengok dgn kawan. slps dengar ckp2 orang (suka dengar ckp org) yang kata citer dia lari sangat dari edisi kartun, maka cita2 tu saya padamkan terus..

saya tak suka lihat sst yang terlalu berbeza dr rupa asal...(alasan)

haha..

Catat Ulasan