Isnin, Mac 09, 2009

Bersetubuh vs Beronani ..Bhg 3

Bahagian 3

Kali ini saya ingin meneruskan coretan saya mengenai tajuk di atas. Ya, saya ingin berkongsi cerita mengenainya. Kepada Rakan-Rakan yang belum pernah mengikuti tulisan saya mengenai tajuk di atas, saya harap agar Anda dapat membacanya terlebih dahulu di bahagian artikel terkumpul di sebelah coretan ini. Saya telah menuliskan dua bahagian mengenai tajuk di atas itu sebelum ini.

Tajuk di atas telah memberikan saya peluang untuk bercerita. Ya, kali ini saya ingin mengatakan bahawa bagi yang telah berumah tangga, sesungguhnya apabila berahi menjelma, pasti ada tempat untuk menyalurkannya. Sebab itu Kita amat-amat dituntut untuk berumah tangga agar perkara-perkara yang berkaitan dengan dosa ini khususnya berkaitan dengan tajuk di atas dapat dielakkan. Saya pun dah mencoretkan mengenai hal berumah tangga ini.

Saya teringat sembang-sembang bersama rakan saintis suatu ketika dahulu ketika mengikuti satu persidangan antarabangsa. Dia pernah berkata kepada saya bahawa dikatakan secara saintifik bahawa setiap minda manusia secara puratanya pasti akan terfikir mengenai tajuk di atas itu setiap tiga minit sekali. Tak tahulah pula kebenaran mengenai pandangan rakan saya itu, tetapi dari segi pengalaman, saya sememangnya tidak menolak.

Setiap insan yang telah bernikah pasti dapat merasai nikmat mengenainya dan kepada yang belum berumah tangga, saya menasihatkan agar cepat-cepatlah mendirikan rumah tangga kerana memang tidak dapat dinafikan bahawa ianya merupakan salah satu daripada nikmat yang telah dikurniakan oleh-Nya untuk Kita syukuri.

Amat malanglah andai masih ada yang apabila berahi terjelma di minda, maka perkara yang dilakukannya adalah beronani. Perbuatan ini selalunya dilakukan oleh seseorang yang belum berumahtangga atau masih bujangan lagi. Beronani adalah perbuatan yang dilakukan seorang diri bagi melampiaskan nafsu diri sendiri yang sedang bergelora. Setiap insan pasti pernah melakukannya. Tetapi ingatlah bahawa perbuatan itu merupakan salah satu daripada dosa andai dilakukan seorang diri dan berasa malu sekiranya perbuatannya itu diketahui oleh orang lain. Sekali lagi saya nyatakan, bahawa perbuatan itu merupakan satu DOSA andai dia berasa malu sekiranya perbuatannya itu diketahui oleh selain dirinya sendiri.

Dosa dinyatakan seumpama setitik hitam yang akan melekat pada hati. Apabila sedikit-sedikit dosa dilakukan, maka hati akan sedikit-sedikit mempunyai titik hitam yang lama kelamaan apabila terlalu banyak dosa yang dilakukan, maka hati akan dipenuhi titik hitam yang akhirnya tidak akan dapat menyuluh ranjau-ranjau di sepanjang perjalanan ini kelak.

Apa yang dapat saya nyatakan, apabila seseorang itu beronani, maka sperma atau telur yang dikeluarkan merupakan satu perbuatan yang amat-amat merugikan dan menyedihkan kerana mungkinkah sperma atau telur itu bakal menjadi seorang insan yang mulia? Seorang insan yang soleh atau mungkin juga solehah? Jauh daripada itu, mungkinkah ianya bakal menjadi seorang Doktor? Peguam? Atau mungkin juga bakal Pemimpin yang berkaliber? Siapa tahu…

Oleh itu, nasihat saya, jimat-jimatkanlah telur atau sperma yang dibazirkan itu kerana selain daripada menjadi dosa, pasti ianya akan memudarat tubuh badan diri Anda sendiri. Elakkan daripada melakukannya.

Salah satu daripada kaedah perawatannya ialah dengan berpuasa. Berpuasa dikatakan dapat mengelakkan daripada perbuatan itu. Kedua, elakkan daripada bersendirian dengan kata lain, kalau boleh biarlah setiap masa diri Anda ditemani oleh rakan-rakan sejantina yang lain. Ini akan mengelakkan fikiran bertumpu ke arah itu. Ketiga, digalakkan juga agar mengamalkan hidup sihat dengan sentiada beriadah. Ini akan membolehkan masa lapang terisi dan kepenatan daripada beriadah itu kelak membolehkan tubuh badan beristirehat dan menjauhi fikiran-fikiran berkaitan dengan perkara itu.

Selain itu, tekadkan dalam diri untuk tidak melakukannya kerana apabila Anda telah melakukannya, pasti ia akan memudaratkan diri Anda sendiri. Pastinya Anda tidak mahu mendapat mudarat bukan? Salah satu daripada akibat terlalu mengamalkan perbuatan itu, dikatakan bahawa badan akan lemah dan kepada lelaki, badan menjadi kurus kering yang memburukkan penampilan kerana kebanyakkan daripada sumber protin yang ada di dalam badan telah dibazirkan begitu sahaja. Ketahuilah bahawa sperma itu adalah terdiri daripada protin. Sebaliknya pula kepada wanita, dikatakan mereka akan menjadi gempal kerana telur yang dibazirkan itu menyebabkan selera makan bertambah yang seterusnya meningkatkan berat badan mereka. ermm... dikatakan begitu, saya pun kurang pasti mengenainya. Anda yang ada pengalaman pasti mengalaminya. terpulanglah kepada Anda untuk memikirkannya.

Akhir sekali, paling utama ialah, Anda perlu mengetahui matlamat hidup diri yang sebenar. Andai matlamat diri ialah untuk sentiasa bergelumang dengan dosa, maka saya pun tidak dapat melakukan apa-apa kerana itu adalah pilihan Anda. Nasihat pun saya sudah berikan. Tetapi seandainya Anda inginkan Syurga, maka nasihat saya, elakkanlah melakukan perkara itu dan cuba tekadkan dalam diri agar Anda tidak terdorong melakukan dosa itu kerana tiada siapa yang dapat melakukannya kecuali diri Anda sendiri.

5 Komen:

Tanpa Nama berkata...

erm... malu nak komen panjang2.. tapi thx atas nasihat berguna nie...

berkenaan "perbuatan itu merupakan satu DOSA andai dia berasa malu sekiranya perbuatannya itu diketahui oleh selain dirinya sendiri."

adakah ia bermaksud sekiranya ia melakukan sorok2, maka dia berdosa?? saya konfius...

harap dapat penjelasan..
(sila terang kat sini saja, malu ler kalo inform di blog saya... thx!)

Abgbent berkata...

Terima kasih AHMADSUFI6177.

Apa yang saya maksudkan ialah istilah mengenai perbuatan yang berdosa iaitu merujuk pada perbuatan yang Kita lakukan dan merasa malu sekiranya perbuatan itu diketahui oleh orang lain.

Pada ketika ini, saya mengistilahkan perbuatan dosa itu adalah perbuatan yang mana sekiranya Kita melakukan sesuatu perkara dan Kita merasa malu sekiranya orang lain tahu mengenai perbuatan yang Kita lakukan itu. Pastilah ianya merujuk kepada perbuatan-perbuatan yang telah dimaklumi.

Tanpa Nama berkata...

ooo.... baru pahm skg... (setelah pikir 2kali.. ) hehe..

Tanpa Nama berkata...

saya setujuh dengan ulasan ni......

Ahmad Danial Abdullah berkata...

Berusehe la kite kawal nafsu..sbb iman kite ni sentiase bertambah dan berkurang..

Catat Ulasan