Sabtu, Februari 21, 2009

Penyakit Jiwa

*Izinkan saya berkongsi mengenai tajuk di atas*

Salah satu daripada Penyakit Jiwa yang agak kurang Kita titik-beratkan ialah apabila Kita suka bermain-main dengan perasaan diri sendiri. Ini akan mengakibatkan Kita tidak fokus pada apa yang Kita Inginkan, Lakukan dan Matlamatkan.

Mainan perasaan Kita akan mengwujudkan aura atau gelombang pemikiran Kita sendiri. Kadang ianya tidak memberikan apa-apa hasil yang Kita boleh harapkan. Oleh itu, lebih baik perasaan Kita itu dihalakan pada sesuatu yang lebih bermanafaat khususnya untuk mencapai apa yang Kita hajatkan dan matlamatkan.

Mainan perasaan diri kadang kala juga mengwujudkan hasad-hasad yang mendorong Kita mengambil tindakan yang agak kurang berfaedah. Ini pastinya memberi ruang kepada para syaitan menghasut Kita yang akhirnya terdorong untuk melakukan sesuatu yang mengelincirkan diri Kita dari jalan-Nya.

Di dalam mencari Pedoman Hidup, pasti ada DUA sahaja pilihan di dalam melakukan sesuatu perkara itu iaitu YA atau TIDAK. Kedua-dua pilihan itu akan dianalisa di dalam MINDA dan akhirnya ditafsir pada HATI sebelum keputusan Kita zahirkan. Pada akhirnya, diharapkan agar pilihan itu tadi berada pada landasan jalan-Nya.

Ketahuilah bahawa hanya hati-hati yang penuh dengan pelita yang akan dapat menyuluh pilihan YA atau TIDAK. Mungkinkah pilihan YA atau Tidak itu berada di lorong jalan-Nya atau barangkali tergelincir sedikit daripada jalan-Nya. Sebab itu, carilah pelita hati untuk menunjukinya.

Kadang apabila Kita selalu bermain dengan perasaan diri sendiri menjadikan matlamat sebenar Kita menjadi agak kurang penting untuk dilaksanakan. Akhirnya, suluhan hati menjadi sedikit kurang jelas dengan pilihan Kita sendiri. Dan jauh daripada itu, berkemungkinan matlamat Hakiki Hidup menjadi sukar untuk dikecapi.

Oleh itu, elakkanlah bermain-main dengan perasaan sendiri. Fokus pada kemahuan Kita sendiri. Andai itulah pilihan Kita, teruskan sahaja kerana itulah jalan yang HATI Kita suluh untuk Kita pilih. Tidak perlu memikirkan apa yang orang lain fikirkan kerana orang itu juga mempunyai pilihannya sendiri di dalam segala apa yang dilakukannya.

Teringat saya kepada Kitab Shahih Muslim yang meriwayatkan Rasulullah SAW telah bersabda iaitu cegahlah sesuatu itu dengan tanganmu, kalau tidak mampu, gunakanlah kata-katamu dan andai tidak termampu juga, gunakanlah dengan hatimu.

Fokus pada Matlamat diri Kita, dan elakkan daripada terus bermain-main dengan perasaan sendiri.

Selain itu, sebagai penutupnya suka juga saya berkongsi ketika Rasulullah ditanya oleh seorang Perawi hadis tentang sesuatu, maka Rasulullah menjawab “Mintalah Fatwa Hati Engkau” - Hadis 27 di dalam Kitab Hadis 40 karangan Imam Nawawi.


“Mengapa mereka tiada dilarang oleh ahli-ahli ilmu ketuhanan dan para pendita dari mengucapkan kata-kata dosa dan memakan makanan yang haram. Sungguh amat buruk segala apa yang mereka kerjakan” (Al-Maidah: 63).

“Tidak ada suatu kaum pun yang melakukan maksiat-maksiat, sedang dalam kalangan kaum itu ada orang yang mampu mencegah mereka dari perbuatannya itu tetapi ia tiada berbuat, tiadakah ia merasa bimbang bahawa Allah hampir-hampir akan menimpakan siksa-Nya atas mereka sekelian” (Hadis Rasulullah diriwayatkan oleh Abu Bakar as Siddiq r.a.)

1 Komen:

AkuBukanLelaki berkata...

"....elakkanlah bermain-main dengan perasaan sendiri. Fokus pada kemahuan Kita sendiri. Andai itulah pilihan Kita, teruskan sahaja kerana itulah jalan yang HATI Kita suluh untuk Kita pilih. Tidak perlu memikirkan apa yang orang lain fikirkan kerana orang itu juga mempunyai pilihannya sendiri di dalam segala apa yang dilakukannya."

Ermm...(menung panjang ni..)

Catat Ulasan