Selasa, Februari 10, 2009

Komentar untuk saudaraku

Malam ini saya ingin berkongsi cerita lain sedikit daripada tajuk sebelum ini. Terus terang saya nyatakan bahawa saya masih belum selesai membicarakan tajuk sebelum ini. Nantilah akan saya sambung kembali bercerita mengenainya kelak.

Saya ingin melontarkan pandangan kepada saudaraku Shueqry. Ya, blognya menjadi salah satu daripada blog yang saya suka lawati apabila ada kelapangan masa. Tulisannya mengenai The Secret Menampakkan Hasil Bahagian 1 hingga 4 telah memberi ilham kepada saya untuk mencoretkan sesuatu mengenainya.

Ya, saya ingin memberikan input hasil daripada tulisannya itu. Apatah lagi apabila membaca komen daripada cik Sueria yang menyatakan isi hatinya. Opsss..

Ehemmmm... saya tersenyum membaca komen daripada cik Sueria itu, walaupun diakhiri dengan luahan rasa Just Kidding. Namun, barangkali ada rahsia di sebalik rahsia yang terkandung di dalam komen itu. Hanya Cik Sueria saja yang dapat menjawabnya.

Memang benar beberapa tokoh yang disebutkan oleh saudaraku Shueqry seperti Dato Dr. Fadzilah Kamsah dan Dr. Sheikh Muzaphar telah menjadi idola ramai remaja. Tetapi kita harus ingat bahawa mereka juga sedang sama-sama mengejar kejayaan sehingga kini. Maksud saya mengejar KEJAYAAN HAKIKI!.

Ya, KEJAYAAN HAKIKI. Persoalannya, apakah itu kejayaan hakiki? pada saya di ketika ini, sudah pasti membawa maksud kejayaan untuk menempuhi ranjau-ranjau hidup ini.

Perlu diingat juga bahawa tokoh yang disebutkan tadi merupakan juga insan biasa seperti kita yang sedang bergelumang dengan segala macam rencah kehidupan. Ya, rencah kehidupan untuk mengecapi Kejayaan.

Pada saya Dato' Dr. Fadzilah Kamsah bukanlah insan berjaya sepenuhnya. Hah! terperanjatkan dengan ungkapan saya? Maksud saya apabila membandingkan beliau dengan ibu bapa saya, sudah pasti ibu bapa saya lebih berjaya.

Sebabnya? berbanding ibu bapa saya, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah hanya memiliki TIGA orang anak sahaja, manakala ibubapa saya mempunyai SEMBILAN orang anak termasuklah saya yang menjadi anak kedua. Adakah anugerah anak ini lebih berharga dari yang lain? Ya, ramai beranggapan bahawa wang ringgit dan pangkat merupakan penunjuk kepada kejayaan seseorang. Tetapi, pernahkah kita terfikir dengan hadiah anak ini? Ianya juga adalah satu kurniaan.

Perlu diingat bahawa ANAK bukan calang-calang yang menganugerahkannya. Nak tahu siapa? Sudah pasti saya berani mengatakan YANG MAHA PENCIPTA. Adakah hadiah atau anugerah yang lebih berharga selain daripada DIA yang menganugerahkannya?

Sudah pasti anugerah itu lebih berharga apabila ianya disemai dan dididik sebaik-baiknya, kerana perlu diketahui juga bahawa anak akan menjadi warisan selepas kehidupan kita.

Begitu juga dengan Dr. Sheikh Muzaphar yang terkenal dengan ungkapan Angkasawan Negara. Betulkah dia telah berjaya? Sudah pasti saya berani mengatakan BELUM!. Sebabnya, ya kedudukannya sama seperti saudaraku Shueqry kini. Masih Bujang.

Ingatlah bahawa KEJAYAAN HAKIKI itu juga letaknya pada JIWA kita. Andai JIWA tidak tenteram, apalah ertinya harta kekayaan, pangkat dan puji-pujian manusia. JIWA kita juga memerlukan pasangannya. Sebab itulah HAWA diciptakan oleh YANG MAHA PENCIPTA.

Cubalah singkap firman MAHA PENCIPTA di dalam surah An-Nur yang bermaksud

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah maha luas (pemberiannya) lagi maha mengetahui" : Ayat 32

"Laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin" : Ayat 3

Cubalah kita fikir-fikirkan bersama. Saya akan sambung lagi coretan ini di lain masa. InsyaAllah .

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Hi Abg Bent,

terus terang saya merasa abg Bent adalah seperti seorang abang yang saya tak pernah ada. Kehadiran Abg Bent banyak merubah suasana di blog saya, thank you.

kejayaan takrifnya subjektif bagi setiap individu. Namun, kejayaan hakiki adalah yang lahir dari jiwa, seperti yang Abg Bent kupaskan.

Kena terima hakikat, kejayaan di dunia, kita gunakan sebagai modal untuk kita berjaya di akhirat sana. Sebab itulah, biarlah kejayaan lahir dari jiwa, kekal di jiwa.

Artikel ini banyak memberi inspirasi. tQ!

Catat Ulasan