Jumaat, Januari 23, 2009

Bersetubuh - Bhg 1

ermm.. Kali ini saya gunakan tajuk tersebut diatas. Saya pasti tajuk ini agak mengujakan. Ya, akan ada yang berfikiran secara negatif dan mungkin juga ada yang positif. Namun disebalik itu semua, saya memberanikan diri untuk menggunakan tajuk tersebut di atas untuk dikongsi bersama mengenai sebut nama itu. Ya, bersetubuh. Saya pun pelik kenapa saya menggunakan tajuk itu pada ketika ini. Mungkin kerana saya berfikiran pada ketika ini tajuk tersebut sememangnya sesuai untuk saya coretkan.

Ok.. kepada yang mungkin memandang agak sensitif, tolong izinkan saya bercerita mengenainya. Dan kepada yang berani menatap coretan saya, tolong jangan terpengaruh oleh sebut nama yang saya gunakan di atas sebagai sesuatu untuk merangsang anda. Jauh dari sudut itu, sebenarnya saya ingin merangsang minda anda. Ya, kali ini saya bercerita mengenai tajuk di atas.

Opsss... bukanlah secara terus, tetapi dari perspektif lain. Moga-moga adalah manafaatnya untuk kita kongsi bersama. Sememangnya bersetubuh adalah satu kurnia dari yang MAHA PENCIPTA. Ianya antara nikmat yang harus disyukuri. Tolong jangan keliru antara sebut nama bersetubuh dengan zina. Perbezaan antara bersetubuh dan zina pada saya amat jelas. Zina secara terang-terangan merupakan satu DOSA dan MAHA PENCIPTA telah mengingatkan bahawa seseorang yang berzina sekiranya telah berumahtangga perlu dihukum sampai mati iaitu direjam, saya ulangi, direjam sampai mati!. Manakala yang masih dara atau teruna, mereka perlu disebat sehingga seratus kali sebatan. Ianya adalah hukum dari MAHA PENCIPTA. Ini memang tidak dapat dinafikan dan harus kita ingat ianya bukan sekadar main-mainan. Tetapi sedihnya, masih ada insan-insan yang angkuh dengan memperkenalkan aturannya sendiri untuk tidak melaksanakan hukuman ini. Zina adalah satu perbuatan juga seperti tajuk diatas tetapi ianya dilakukan secara TIDAK SAH. Tidak sah dalam erti kata belum bernikah. Teringat saya dengan peristiwa seorang Pembesar yang mengatakan apakah beliau perlu menolak sekiranya diberi sedekah untuk berzina? MasyaAllah, sampai begitu sekali jahilnya mereka terhadap sebut nama Zina ini.

Opss. kesitu pula saya. Berbalik kepada tajuk diatas, suka saya mengajak rakan-rakan pembaca untuk merenungkan sejenak sama ada kita pernah mensyukuri nikmat yang Tuhan berikan ini kepada kita atau tidak. Sekiranya belum pernah, saya ingin mengajak bersama-sama untuk kita bersyukur dengan kurnia-Nya.

MasyaAllah, terlupa pula saya mengatakan bahawa sebut nama itu adalah HALAL hanya bagi mereka yang telah berumah tangga dan dilakukan oleh suami dan isteri sahaja, atau suami dan isteri-isterinya yang sah sahaja. Maka selain daripada itu, sudah pasti ianya disebut sebagai Zina!.

Okaylah.. setakat ini sahaja yang saya dapat coretkan mengenainya. Moga ada kelapangan nanti, akan saya terangkan mengenainya. Sebagai penutup, suka saya mengajak rakan-rakan pembaca yang telah berumahtangga agar mensyukuri nikmat sebut nama di atas itu. Ya, bersyukur kehadrat-Nya kerana menganugerahkannya untuk kita nikmati.

0 Komen:

Catat Ulasan