Rabu, Oktober 29, 2008

Bajau Suluk, Bajau Bannaran, Bajau Ubian, Bajau Iranun ...

Asal-usul masyarakat Bajau dikatakan masih kabur kerana tidak ada sejarah jelas yang tertulis mengenainya. Masyarakat Bajau di Sabah kebanyakkannya dikatakan Pendatang Tanpa Izin (PTI) dari Filipina yang dicanangkan oleh beberapa pemimpin di kalangan masyarakat di Sabah. Ini adalah sangat kurang ajar!. Apakah mereka memahami sejarah bumi Sabah ini sebenarnya?

Sejarah telah menceritakan bahawa masyarakat lain umpamanya yang berasal dari pedalaman (HUTAN) Sabah, tetapi telah keluar dari BELUKAR dan berhijrah ke pesisiran pantai untuk mengecapi kemajuan di pesisiran pantai Sabah. Bukankah mereka juga PTI kerana telah berpindah dari belukar ke pesisiran pantai? Siapakah sebenarnya penduduk asal di pesisiran pantai Sabah kalau bukan di kalangan masyarakat Bajau dan etnik-etnik lain yang disebut sebagai masyarkat LAUT yang sentiasa berhijrah dari satu pulau ke pulau lain. Kalau masyarakat pedalaman berhijrah dari satu Hutan ke satu Hutan lain, begitu jugalah masyarakat bajau yang berpindah dari satu pesisiran pulau ke satu pesisiran pulau yang lain. Tetapi atas nama Pembangunan, mereka telah terusir dari satu kawasan pesisiran ke satu kawasan pesisiran lain kerana di kawasan pesisiran itulah tempat bermulanya pembangunan.

Sejarah juga mencatatkan bahawa Kesultanan Sulu, Brunei, Bulongan yang telah memerintah tanah Sabah tetapi akibat kolonisasi atau akibat Politik Barat, maka jatuhlah tanah-tanah kesultanan ini (kecuali kesultanan Brunei) yang akhirnya dimonopoli oleh Barat seterusnya Kerajaan Malaysia kini.

Apa yang menjadi persoalan ialah apabila satu pihak menganggap bahawa mereka adalah penduduk sebenar Sabah. Cissss!... mereka juga perlu sedar bahawa mereka telah merempat ke pesisisiran pantai Sabah untuk mencari kehidupan. Apakah mereka tidak sedar bahawa dari hutan belukar pendalaman atau dari tempat-tempat lain selain Sabah mereka telah berpindah ke pesisiran pantai Sabah atas nama untuk mencari kehidupan?. Ya, kini masyarakat di pedalaman Sabah telah menerima nasib yang sama sepertimana yang telah diterima oleh masyarakat bajau dahulu bilamana terusir dari satu tempat ke satu tempat atas nama Kemajuan.

Bumi Sabah ini bukan kepunyaan etnik tertentu tetapi saya yakin ianya dikurniakan oleh TUHAN untuk manusia hidup bersama-sama. Janganlah menafikan manusia lain yang juga ingin hidup!. Perlu disedari, dimanakah para pemimpin–pemimpin yang lantang melabelkan masyarakat Bajau sebagai PTI ini sebelum kemerdekaan dicapai oleh pejuang seperti Mat Salleh dan Tun Mustapha dahulu? Siapakah Individu yang bernama Tun Mustapha dan Mat Salleh ini kalau bukan berbangsa Bajau atau lebih dikenali sebagai masyarakat LAUT?

Sejarah juga telah membuktikan bahawa masyarakat Bajau tidak akan mementingkan perjuangan Perkauman andai ianya tidak dihina. Sebab itu sejarah mereka tidak dicatatkan dan mungkin juga telah wujud sejarahnya tetapi dihapuskan oleh penjajah atau pihak-pihak yang berkepentingan? Namun, itu semua tidak penting kerana bagi saya, kehidupan manusia sejagat yang harmoni tanpa mengira suku kaum dan bangsa tertentu adalah lebih utama. Sejarah dahulu telah mencatatkan bilamana masyarakat Cina, India, Arab dan bangsa-bangsa lain boleh berniaga sesama mereka atas nama perkongsian hidup di pesisiran pantai Sabah yang akhirnya mengwujudkan pelbagai masyarakat etnik di Sabah. Kemajuan itu telah mendorong Barat untuk melabur seterusnya menjajah tanah-tanah ini yang akhirnya dibahagi-bahagikan menjadi Sabah, Filipina dan Indonesia. Sebab itulah pertalian darah kekeluargaan masih wujud hingga kini di kalangan masyarakat Bajau di Sabah, Filipina dan Indonesia. Kolonisasi Barat telah memecahkan masyarakat Bajau menjadi Bajau Sabah, Bajau Filipina dan Bajau Indonesia. Mengapa mereka harus dipecahkan? Pesisiran pantai Sabah dan beberapa kepulauan di Filipina dan di Indonesia adalah tanah tumpah masyarakat Bajau ini.

Apakah masyarakat Bajau boleh disamakan dengan masyarakat Cina? TIDAK! ini kerena masyarakat Cina diketahui berasal dari Tanah Besar China tetapi masyarakat Bajau berasal dari kepulauan Borneo atau Sulu yang kini terbahagi kepada negara-negara Malaysia, Indonesia dan Filipina. Baratlah yang bertanggungjawab memecahkan masyarakat-masyarakat Bajau ini sehingga terpecah menjadi adanya persempadanan di antara Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Akhir-akhir ini segelintir masyarakat Sabah cuba menerobos benteng tersebut dengan mendabik dada bahawa merekalah penduduk sebenar Sabah. Dimanakah mereka ketika penjajahan barat dahulu? Jangan dinafikan kehadiran kesultanan Sulu, Brunei dan Bulongan yang telah membangunkan pesisiran pantai Sabah ini. Siapakah yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan bumi Sabah yang kini bernaung dibawah Kerajaan Malaysia kalau bukan yang bernama Bajau. Harus disedari bahawa bumi ini milik manusia sejagat secara keseluruhannya.

Kad Pengenalan hanyalah satu sistem yang ditinggalkan oleh kolonisasi barat bagi membeza-bezakan umat manusia atas nama persempadanan negara. Ya.. Kad Pengenalan amat penting tetapi harus diakui juga bahawa terdapat keluarga-keluarga di kalangan etnik di Sabah yang tidak berkemampuan menguruskannya sama ada disebabkan oleh tahap pengetahuan yang jauh ketinggalan mengenai peri pentingnya Kad Pengenalan ini atau disebabkan oleh kongkongan kemiskinan. Pastinya masyarakat yang mempunyai Kad Pengenalan bernasib baik kerana menjadi bukti bahawa mereka adalah anak Malaysia dari Sabah. Tetapi haruskah diabaikan masyarakat lain yang tidak mempunyai Kad pengenalan walhal mereka juga sebenarnya rakyat Sabah?. Inilah persoalan besar yang harus dijawab dan ditimbulkan oleh para pemimpin untuk diselesaikan.

Saya pasti isu berkaitan Kad Pengenalan diri ini bukan sahaja berlaku di kalangan masyarakat bajau yang miskin dan mempunyai tahap pemahaman yang rendah, tetapi juga di kalangan etnik-etnik lain yang menerima nasib yang sama. Isunya bukan hanya disebabkan oleh kerana mereka jauh tertinggal di pedalaman atau jauh terpencil di beberapa kepulaun Sabah, Filipina dan Indonesia, tetapi kebolehupayaan mereka untuk mendapatkan dokumen Kad Pengenalan. Ianya ada hubung kait dengan kos dan tahap pengetahuan mereka. Bagi sesetengah daripada mereka, apa yang mereka perlukan ialah boleh hidup bukan sahaja di bumi Sabah tetapi berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Inilah cara hidup para masyarakat Bajau dahulu dan segelintirnya sehingga kini. Kenapa ianya harus dinafikan atas nama persempadanan negara?

Dimanakah tanggungjawab para pemimpin kepada masyarakat-masyarakat ini? Apakah mereka juga bersekongkol menindas masyarakat Bajau dan etnik-etnik lain yang terlibat yang sebahagiannya masih lagi mengamalkan cara hidup kunjung mengunjung sanak saudara di Sabah, Filipina dan Indonesia? Dokumen Kad Pengenalan sememangnya penting tetapi sistem ini jika dilihat dari dimensi lain sebenarnya mengwujudkan satu tekanan hidup kepada mereka kerana memerlukan kos yang tinggi dan pengurusan yang memerlukan pengetahuan, ditambah pula tahap pendidikan mereka yang masih ketinggalan.Tetapi, bagi mereka itu semua tidak penting. Yang penting ialah boleh hidup gembira dan sejahtera. Jangan sesekali menafikan kewujudan mereka sehingga menganggap mereka adalah PTI di tanah halaman sendiri yang telah dibahagikan menjadi Sabah, Filipina dan Indonesia oleh yang namanya Penjajahan dan persempadanan!

Kepulauan yang dihuni oleh Masyarakat Bajau dahulu dan kini.

62 Komen:

Shukree berkata...

Salam AbgBent,

Saya juga bangsa Bajau, terkejut adanya blog pasal kaum Bajau.

Keep it up!

azlishukri berkata...

bagus sekali artikel kamu ini..

Tanpa Nama berkata...

Bagus bagus....

Bai tagna aku amiha bajau indonesia, aniya ru blog na sago blog personal, halam bai tabagku blog rasmi. Aniya interest ku amiha mandusia bajau ma indonesia he'. Bang niya info, email ni aku

Magsukul,
syanshine@hotmail.com

Tanpa Nama berkata...

Masyarakat Bajau pendatang tanpa izin? Tak tahu pula selama ini mereka dianggap seperti itu. Semua manusia sama sahaja di sisi Tuhan, melainkan amalan mereka.

Tanpa Nama berkata...

di manakah kesahihan kenyataan saudara? wajarkah bangsa KadazanDusun saudara gelar sebagai PTI?tahukah saudara hakikatnya, sebelum kedatangan masyarakat Bajau ke Sabah, antara kwsn petempatan masyarakat KadazanDusun ialah pesisir pantai? awalnya, masyarakat yang mendiami kwsn pesisir pantai hidup harmoni walau dalam keadaan sederhana.namun, kemunculan KAUM itu, telah memporakperandakan kehidupan masyarakat di pesisir pantai itu.. KAUM baru itu telah melakukan banyak kekejaman dan keganasan untuk mengusir dan merampas kwsn pesisir pantai tersebut untuk dijadikan KAWASAN PETEMPATAN SENDIRI@HAK MILIK SENDIRI!!!!

Abgbent berkata...

Tersenyum saya membaca komen Tanpa Nama itu. Janganlah menegakkan benang yang basah. Tahukah Tanpa Nama bahawa KadazanDusun sebenarnya bukanlah berasal daripada tanah Sabah?

Dipercayai bahawa mereka sebenarnya ada pertalian daripada tanah besar Nepal atau Mongolia. Sila singkap sejarah mengenai perkara tersebut. Sebab itu kebanyakan para masyarakat KadazanDusun mempunyai mata yang sepet. Maafkan saya, bukan niat saya untuk menghina tetapi ingin menerangkan perkara tersebut. Dan perlu juga saudara akui bahawa Kadazan itu pun adalah campuran daripada bangsa yang lain dan bukanlah penduduk asal Sabah seperti yang Tanpa Nama nyatakan.

Keganasan? Memporakporandakan? Ingatlah bahawa negeri ini telah dijajah oleh British dan sebelum itu siapakah pemerintahnya? Janganlah menafikan kenyataan yang ada.

Keshahihan kenyataan saya ialah Tanah Sabah telah diperintah oleh Kesultanan SULU sebelum kedatangan British. Bapa Kemerdekaan Sabah adalah Tun Mustapha juga berbangsa Bajau.

Mengapa Tanpa Nama tidak mengambil kenyataan saya seperti di atas? Apakah rasa marah anda sehingga anda menganggap bahawa hanya anda sahaja yang layak menduduki bumi ini? Ketahuilah bahawa TUHAN menganugerahkan Kita BUMI ini untuk Kita berkenal-kenalan di antara satu sama yang lain. dan bukannya menganggap bahawa anda sahaja yangs selayaknya mendudukinya.

Tanpa Nama berkata...

kepada semua saudara dan saudariku..... bangsa adalah sensitif isu... so tak perlulah kita hendak berdebat tentang perkara ini yang penting kita semua tahu seiapa pun kita darimana pun kita ... kita adalah sama iaitu umat pada yang diatas..

Abgbent berkata...

Balasan pandangan Datu83 yang dicatatkan di dalam Shoutmix Widget blog ini;

• datu askm....cya nak tanya berkenaan dengan artikel saudara berkenaan istilah bajau iranun bukankah iranun itu bukan tergolong dal sub etnik bajau,yang cya
Details: 2009-03-25 11:56 PM

• datu dan fahami iranun ini bersalan di illana bay mindanao dan related dengan maranao dan maguindanao people,cya cuma nak kepastian je tq bro
Details: 2009-03-25 11:58 PM

• datu cya rasalah artikel saudara lebih kepada semangat perkauman menyentuh hal yg tak sepatutnya buatla artikel yang membina tanpa menyetuh perkara senseti
Details: 2009-03-26 12:01 AM


Abgbent: Sepatutnya, persoalan dan pandangan saudara Datu83 di masukkan di dalam coretan ini. Namun, saudara Datu83 lebih suka mencatatkannya di dalam Shoutmix. Saya rasa mungkin saudara Datu83 tidak tahu bagaimana memasukkan pandangannya ke dalam catatan ini, maka telah meletakkannya di dalam Shoutmix Widget itu

Jawapan saya;

Bila saya melihat catatan saudara Datu83 yang dimasukkan ke dalam Shoutmix Widget, saya memahami perasaannya ketika melontarkan persoalan itu. Saya dapat rasakan melalui catatannya yang agak kurang teratur. Sebelum saya menjawabnya, izinkan saya berkongsi sesuatu;

Kebiasaanya kata nama Datu digunakan oleh sesorang yang telah mendapat anugerah daripada Kesultanan Sulu suatu ketika dahulu. Harap dapat dibetulkan kalau tersalah ya.

Namun, harus diakui bahawa Kesultanan itu telah tiada di negeri Sabah. Ya, sudah tiada lagi, tetapi mengapa masih ada membawa pangkat itu sehinga kini?. Mungkin dijadikan kenang-kenangan agaknya lah. Kalau Datu83 ada pandangan atau penjelasan, mungkin dapat dikongsikan di sini.

Berbalik kepada persoalan Datu83 iaitu;

Berkaitan dengan Iranun, Ya, memang ada yang memberikan pandangan bahawa mereka juga dikategorikan berbangsa bajau. Sejarah barangkali tidak mencatatkannya, tetapi apa yang diperturunkan kepada saya, Iranun itu dikatakan sebagai sebahagian daripada masyarakat Bajau suatu ketika dahulu. Sebab itulah mereka juga tertabur di kepulauan Sulu. Seperti yang saudara Datu83 maklumi.

Andai saudara Datu83 tidak bersetuju dengan pandangan saya, itu hak saudara, saya pun tidak dapat menghalangnya. Apa yang pasti, sejarah tetap sejarah, tetapi sejarah tidak akan terukir andai tiada yang mencatatkannya.

Betulkah Columbus merupakan orang pertama yang mengelilingi dunia melalui pelayaran? Pasti jawapan saya TIDAK!. Kerana saya yakin bahawa yang pertama mengelilingi dunia, bukanlah orang Eropah!. Hakikatnya, catatan sejarah telah membuktikanya. Apakah di dalam hal ini saya dipaksa mempercayai catatan sejarah itu, yang mengatakan bahawa Columbus adalah orang pertama mengelilingi dunia?. Saya harap adalah rasionalnya pandangan saya ini, ya.

Berkaitan dengan tuduhan saudara yang artikel saya bersifat perkauman,

Saya rasa saudara tidak memahami apa yang saya coretkan di dalamnya. Atau barangkali saudara membaca separuh-separuh sahaja. Atau saudara hanya melihat tajuknya tetapi tidak membacanya. Itu antara kemungkinan yang saya boleh nyatakan apabila saudara membuat tuduhan bahawa saya bersifat perkauman di dalam coretan itu.

Tolong baca betul-betul coretan saya itu. Dan usahlah menuduh saya bersifat perkauman.

Apapun, saya ingin jelaskan bahawa coretan itu bertujuan untuk memberitahu bangsa tertentu yang merasakan bahawa mereka sahaja penduduk asal Sabah, Walhal sebenarnya ada 72 etnik semuanya yang dicatatkan di dalam sejarah Sabah.

Mungkin saudara tidak merasai apa yang saya rasakan. Sebagaimana yang saya nyatakan, apabila bangsa saya dihina, apakah saya hanya mendiamkan diri sahaja?

Sebab itulah saya melontarkan pandangan di dalam coretan itu. Saya juga ada perasaan cintakan bangsa saya. Tak tahulah pula Datu83 ini berbangsa apa, tetapi seolah-olahnya saudara tidak bersetuju dengan coretan itu. Mengapa? Salahkah andai saya berusaha membela bangsa saya sendiri?

Ada yang mengatakan bahawa Bajau berasal dari Filipina. Terutamanya bajau yang berada di Pantai Timur Sabah. Mengapa mereka mengatakan begitu?

Hakikatnya saya adalah orang Malaysia dan berbangsa bajau yang merupakan salah satu daripada rumpun Melayu. Ya, bangsa bajau adalah rumpunan Melayu. Saya dan seluruh keluarga saya memang menggunakan bahasa Melayu. Dan perlu diketahui bahawa agama saya adalah Islam. Tetapi mengapa masih ada yang menuduh bahawa bangsa saya, Bajau berasal dari Filipina?. Apakah bangsa saya orang Filipina? Dayuslah saya kalau saya tidak menjawab tuduhan mereka itu.

Apapun kepercayaan saudara, saya hormati tetapi saya juga mengharapkan saudara menghormati fahaman saya.

Usahlah dituduh yang saya ini bersifat perkauman hanya kerana saya berusaha membela bangsa saya yang dikatakan berasal dari Filipina. Pasti saudara juga tidak mahu kecaman sebegitu bukan? Sekali lagi saya ulangi mahukah bangsa saudara dikatakan berasal dari selain negara Malaysia tercinta ini?

Nasihat saya, bacalah betul-betul apa yang saya coretkan di dalam artikel itu dan bukannya mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian.

Saya mencoretkan artikel itu agar Kita memahami bahawa dunia ini diciptakan oleh-Nya bukanlah untuk etnik-etnik tertentu, apatah lagi merasa bahawa hanya mereka yang layak menduduki bumi Sabah.

Jauh di sudut hati saya, pastilah untuk agama dan bangsa saya yang mana perlu saudara ketahui bahawa hampir keseluruhan masyarakat yang dituduh sebagai Pendatang dari negara lain itu adalah beragama Islam.

Apakah saya harus membiarkan saudara-saudara seagama saya dikatakan begitu? Pendatang di halaman sendiri? Mungkin saudara tidak memahami perasaan saya, namun, apa yang saya boleh lakukan? Ya, inilah, melalui tulisan saya, sekurang-kurangnya memberitahu perasaan saya. Harap dapatlah dibaca semula tulisan saya seperti di atas.

Untuk akhirnya, ingin saya tegaskan di sini bahawa, siapapun Kita, sememangnya Kita adalah bersaudara. Tidak kira apapun bangsa dan agama Kita, pastilah tujuannya sama iaitu untuk mengetahui Ilmu-Nya. Jauh daripada itu, sudah pasti untuk berkenal-kenalan di antara satu sama yang lain.

Mohon maaf saudara Datu83, andai coretan ni mengguris perasaan. Moga-moga luahan perasaan saya ini juga didengari oleh sahabat-sahabat lain. Saya tetap beranggapan bahawa siapapun Kita, sememangnya Kita bersaudara tanpa mengira bangsa dan agama. Kehebatan itu selayaknya milik-Nya semata. Usahlah menghina bangsa seseorang andai Kita tidak mahu dihina.

Tanpa Nama berkata...

sesungguhnya saya sendiri seorang yang berbangsa bajau..dan saya mengetahui bahawa terdapat 72 etnik yang tercatat dalam sejarah sabah..walau apa pun, yang pastinya, kini seluruh rakyat malaysia sudah hidup bersama sebagai satu bangsa..oleh itu, tidak seharusnya perkara ini dipertikaikan lagi kerana ini merupakan isu yang sensitif bagi mereka yang berbangsa bajau..

Inda83 berkata...

best betul la blog ni...xsangka ada pulak memperjuangkan bangsa bajau di sabah....teruskan usaha

inda83 berkata...

aku menyokong usaha kamu ni....banyakkan lagi info
tentang bajau

min lahat berkata...

Tahniah!!! kepada Abg Bent kerana mempunyai ilmu yang tinggi tetapi tidak lupa kepd asal usul sendiri .... Aku pun kadang2 terasa dusab ek isu perkauman e2 bajau ni pandang rendah salik ma sabah, melalui komen isu perkauman bagi saya ini cuma blog biasa, saya pernah juga bc blog kaum bugis xda pl org komen ttg perkauman d blog dorng. rilex ba bro...

Mohamad Hairie bin Rabir berkata...

teruskan usaha, saya bajau tuaran, dan saya bangga dengan itu, saya megah dengan itu..

Unknown berkata...

Untuk pengetahuan anda Tanah Sabah adalah hak milik kaum DAYAK. kaum sera gunting. tahukah anda kaum iban (sea dayak) telah di upah oleh company british india utk memburu lanun bajau yg memporak perandakan kawasan perairan sabah/sarawak. Kalau mahu bukti marilah kita berperang sekalai lagi. Dayak adalah pemencung kepala yg ditakuti oleh orang british masa lampau cuma kebanyakkan kaum ini tinggal dalam hutan.

i'm summoning the ancestor warrior spirit to spook all the dayaks people to wage war with all this PTI (bajau) dayak semua ayuh pancung kepala bajau.........!!!!

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman anda penulis Blog,

Mat Salleh & Tun Mustapha tu hanya sebagai tukang LANCAP pegawai tentera Jepun semasa kedatangan Jepun dimasa lampau. Itulah si Mustapha tu kena offer naik pangkat jadi ketua menteri...Kalau di sarawak atau kalimantan. Mustapha ni bermaksud tukang Lancap. Mat salleh pula bermaksud Pengecut mengikut bahasa dayak ngaju kalimantan.

Unknown berkata...

Kalau PTI....PTI la juga jangan menegakkan benang yg basah...Kami kaum dayak Kepulauan Borneo sedia berperang dgn Mindanao & buat penghapusan ethnik Sulu....kami sedang teruja hendak pancung kepala ni....ayoooh!!!! perang dgn mundu SULU...

Abgbent berkata...

Heheheee
Nama juburi tu pun dah memberikan maksud yang agak menjijikkan. Tak apalah... barangkali memang tabiatnya. Meluahkan ungkapan kotor dan jijik. Dunia ini seolah-olah hak milik mutlak kaumnya sahaja. Nak berperang sesama manusia. Kesian saya dengan pemikiran sebegini rupa. Suka berperang, tiadalah istilah keamanan dijiwanya.

Begitu juga dengan saudara Tanpa Nama 9.02 am mei 28 2010 yang lebih pengecut dari orang yang dinamakannya. Tergamak pula dia menggunakan namanya sebagai "Tanpa Nama". Barangkali lebih pengecut dari orang yang disebutkannya.

Lebih baik saya membiarkan sahaja dengan emosi mereka. Realitinya, begitulah perasaan umat manusia bila diguris hatinya. Barangkali mereka belum memahaminya.

Apapun, saya amat kesian sebenarnya... Salam kasih buah anda berdua kerana sudi singgah di sini.

Tanpa Nama berkata...

Mmg emosi kadang2 mengaburi sifat manusia juburi dan tanpa nama yg sama dgn encik jubur@lubang najis.Kalo saudara inginkan pertumpahan darah silakan...Sejarah membuktikan org Dayak Atau mana2 bangsa sakai dr hutan yg Sakai dan x bertamadun bukan berani sma org laut khususnya org bajau buktinya mereka mengalah dan tdk dpt menentang monopoli org2 yg dr laut!!bangsa kami pernah msuk dlm History channel dlm raiders of the sulu sea..3 bangsa lautan yg sgt ditakuti oleh sepanyol dlm usaha menjajah bumi Selatan filipina dan Sabah,tp mereka hnya mmpu berthan dan terus menerima serangan msyarakat bajau,suluk dan iranun..Kpd saudara2 juburi dan mna2 yg nak perang dgn kmi ini sahaja pesanan dr kmi KALO KAIL PANJANG SEJENGKAL LAUTAN DALAM JGN HENDAK DI DUGA...(Org dayak ada martial art ka?hahaha)entah2 pgang parang pun terjatuh di juubur sendiri

Tanpa Nama berkata...

Org DAYAK dan mna2 bangsa dr hutan smuanya jd hamba kpd bangsa pesisir pantai khasnya org Bajau,suluk,iranun dan brunei..Sbab tula dorg marah skg nie,Cemburu mna lagi dorg bodoh mostly x pandai matematik ka apa2 subjek la mmg bodoh hehehe(sekadar berkata yg benar jgn marah)

Tanpa Nama berkata...

He he he....Bajau suluk tu pa ya....yg takut anjing tu ka?...anjing pun takut macam mana mau berperang dgn dayak yg hebat ternama tu. Banyakkan membaca la wahai suluk-suluk semua.....Oooopps...rupa-rupanya bajau ni tak pandai berbahasa english rupanya mana tidak asyik jadi lanun saja di laut (merompak saja)mana sempat belajar...he he he...

Bodoh betullah kaum kamu ni....ada angan-angan cakap sepanyol takut. Itu bukan takut la..Kalau takut takkan pilipin tu senang-senang saja dijajah. Bodoh betul la bajau ni...buta sejarah..ngok...patutlah nama pun bajau....he he he ha....

Tanpa Nama berkata...

Bajau oh bajau mengapa engkau bodoh....macam mana aku tak bodoh aku takut anjing....oh anjing oh anjing mengapa bajau takut...macam mana bajau tak takut sebab keturunan pencuri macam mustapha....

Drpd: Putera Bugis

Unknown berkata...

Saya sokong awak Putera Bugis,

Mari kita ganyang PTI...PTI ni yang sudah lantang bersuara, mulut celupar berbau busuk makan ikan kering saja...mentang-mentang la pribumi sabah ni berdiam diri selama ini...

Bangsa brunei la yg sepatut-patutnya yg layak menduduki kawasan persisir pantai yg di cemari oleh PTI...PTI filipin ni

Mari kita pakat-pakat gugurkan Bom atom korea utara ke pulau ikan Mindanao tu, biar pulau bajau mundu tu tengelam.

Tanpa Nama berkata...

Penulis Blog,

Please write your artical in English so other races like the European can understand what wrote about...Stupid bajau philipine & Stupid Ketuanan Melayu by Umno goverment. We chinese want to be treat equal (based on merit & not by quota). How malay can improve themself if the goverment always give them subsidies.

from: Wong Fei Hung

P/S...Saye ade pelihara anjing tau, so u jangan berani datang lompak lumah saya aaah...

Tanpa Nama berkata...

Kita perlu perhitungkan kembali segala tulisan2 lepas yang seolah2 tidak memberikan nilai kepada bangsa peribumi sabah. penulisan sejarah yang hanya menuliskan pihaknya sahaja tanpa memikirkan keadaan yg berlaku sebenarnya.

sebagai contoh Syarif Osman bukanlah seorang pemimpin, bukan juga penguasa yg menetapkan undang2 di teluk marudu.. dia hanyala seorang ketua lanun yg menyerang penduduk tempatan termasuk brunei pun di serangnya. Telah berlawan dengan Aki Kolobon di mana pihak pedagang brunei mengadu akan gangguan yg di lakukan oleh sarif osman.

dgn tanpa mengkaji keseluruhan latar belakang sarif osman yg begitu tidak ada apapun sumbangan kepada penduduk teluk marudu dgn menggelarkannya sebagai pahlawan konon... apakah penulis ttg itu telah habiskan hayatnya utk menulis sejarah yg benar atau menulis sejarah yg palsu? Itu tak berbaloi... penulis sembarang saja mengagungkan ketokohan seorang ketua lanun seperti Mat Salleh & Tun Mustapha...ho hohoho..

Abgbent berkata...

Wow! semakin berkobar-kobar pula penceroboh-penceroboh ini. Hehehee....

Itulah realitinya perangai orang seperti ini. Menceroboh di rumah orang lain lalu menegakkan pandangan picisan mereka yang tiada nilainya pada saya. Kesian saya... merempat di laman orang lalu memaki seperti kena sampuk syaitan!.

Begitulah realitinya keperibadian yang mereka ada. Melolong di rumah orang tak tentu pasal.

Dihalau secara baik pun masih tak faham-faham. Heheheee.... Datang tak dijemput, tiba-tiba memaki tak keruan di sini. Menjelmakan diri dalam pelbagai bentuk penyamaran.

Seingat saya, sahabat-sahabat dan saudara-saudara yang saya kenali di kalangan Bugis dan Brunei pun tidaklah seperangai mereka itu. Melalut tak keruan di rumah orang.

Rumah Orang Bajau pula tu. Heheheeee

Pesanan saya, kalau ingin membuat pandangan sendiri, lebih baik buat blog sendiri. Tulis apa yang anda fahami. Bukannya memaksa orang lain mempercayai apa yang anda percayai.

Kesian saya mengetahui orang yang sebegini menjelma tak ada rumahnya. Heheheeeee... Ingin juga saya mengenalinya. Bolehkah?

Tak payah bising-bising di sini. Ini rumah orang Bajau. Jadi faham-fahamlah. Atau barangkali anda masih tak faham ungkapan begini? Anda kan orang pandai, eloklah disalurkan kepandaian itu pada tempatnya. Bukan begitu?

Kalau tak tahu macam mana nak bina laman sendiri, mari saya ajarkan. Saya tak kedekut ilmu begini, saya masih boleh berkongsi dalam hal-hal yang begini dengan anda. Atau barangkali sememangnya anda sedang terkena sampuk!.

Realitinya, rakan-rakan Bugis dan Brunei yang saya kenali, tidak berperangai begitu. Itu harus anda fahami, kecualilah jika anda sememangnya belum mengerti hakikat kehidupan ini.

Ketahuilah bahawa dunia ini bukannya milik anda, tetapi Tuhan Yang Berkuasa menganugerahkannya untuk kita memahami bersama-sama akan erti kehidupan ini.

Itupun kalau anda memang berhasrat tinggal lama di laman orang Bajau begini. Saya memang tak kisah. Heheheeeeee

Abgbent berkata...

To Tanpa Nama 6:54 PM, Mei 28, 2010;

Who are you? Wong Fei Hung? I don't think he has that attitude. You're more stupid I think. If you can't read, suppose you know that this is not your place.

So, Get Out!.

Abgbent berkata...

Jika anda sudah tidak bersetuju dengan apa-apa peraturan ketika berada di tempat orang, bukankah lebih baik anda keluar sahaja?. Bawa diri anda ke tempat yang lebih menenangkan. Lebih mententeramkan agar pemikiran anda yang diselimuti emosi dapat diredakan.

Kalau pun anda merasakan bahawa bangsa anda lebih hebat dari bangsa saya, lebih baik anda membuat sejarahnya. Katakan yang sememangnya bangsa anda lebih hebat, lalu tidaklah anda merempat ke sini, ke laman orang Bajau ini.

Apatah lagi anda melalut terpekik terlolong di sini dengan sebab hanya saya mengatakan usahlah menghina bangsa saya. Tiba-tiba pula anda yang menjadi marah-marah, seolah-olah anda sedang dirasuk syaitan!.

Kalau bangsa anda lebih hebat, bukankah antara petunjuknya mempunyai berkeperibadian yang tinggi? Lebih-lebih lagi bila bertandang ke rumah orang. Harus ada kesopanan. Itupun kalau anda memang mengerti mengenainya.

Bukankah lebih baik anda lakarkan sahaja sejarah hidup bangsa anda yang tidak dicatatkan oleh sesiapa, seperti yang anda nyatakan kepada saya!. Usahlah memaksa saya pula yang mencatatkannya untuk anda. Macam kurang bijak pula bila anda melakukan begitu. Bukankah anda seorang yang bijak?

Bila anda sudah catatkan, lalu berteriaklah sepuas-puasnya di sana supaya anda berasa amat puas hati mengenai bangsa anda sendiri.

Atau barangkali sudah menjadi tabiat anda menceroboh halaman orang lain lalu mengatakan bahawa anda lebih hebat? Seolah-olah gambaran begini mengulangi sejarah yang lalu. Bukan begitu?

Daripada anda datang ke sini lalu mengganggu ketenteraman orang-orang Bajau, lebih baik anda dirikan tanah halaman anda sendiri. Kalau dah tak pandai mendirikan halaman sendiri, mari saya ajarkan cara-caranya.

Bangsa Bajau seperti saya tidak lokek berkongsi ilmu-ilmu yang macam ini. Nak saya bantu dirikan halaman untuk anda? Saya tidak keberatan membantu supaya anda berasa amat puas hati. Bantuan begitu saya tak kenakan bayaran pun, kerana itulah antara matlamat kehadiran kita ke dunia ini. Tolong menolong antara satu sama lain supaya memahami maksud kehidupan dunia ini.

Atau barangkali sememangnya anda terdorong menyakiti hati orang lain lalu berasa amat puas hati bila mana berjaya melakukannya? Itukah sejarah yang anda ingin catatkan di sini? Heheheee...

Ketahuilah bahawa apapun pandangan anda menenai bangsa saya, saya tetap menyatakan bahawa anda belum mengerti mengenainya. Apatah lagi anda melontarkan pelbagai cacian dan hinaan. Ianya sedikit pun tidak merubah pemikiran saya.

Saya berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa agar terbukalah hati sanubari anda dengan cahaya keamanan dan kerendahan hati yang murni dipenuhi rasa kasih sesama umat manusia.

Salam buat anda yang masih diselubungi emosi. Nak juga saya berkenal-kenalan dengan anda.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".
(Al-Hujraat, 49: 13)

SempornaSabah berkata...

semak d wikipedia,cari bajau banaran,simunul,dan sebagainya,bangsa bajau mendapat nama suku kaum berdasarkan nama tempat...kemudian guna Google Earth untuk mencari Banaran,Simunul dan sbgnya,di situ anda akan mengetahuinya...pernah dngar Malayo Polynesia?...ya,benar..kita adalah rumpun Melayu..dan kita adalah luas!!

Abgbent berkata...

Salam saudaraku normansiddek,

Terima kasih kerana sudi berkongsi dan menganjurkan cadangan itu...

Saya menghargainya, lalu timbul pula soalan kepada saudara iaitu siapakah sebenarnya yang menghasilkan dan memaparkan maklumat wikipedia itu? Lalu, saya juga ingin mengajak saudaraku normansiddek untuk merenung jauh sedikit mengenai Malayo Polynesia yang dimaksudkan. Ketahuilah bahawa di sebalik rumpun Melayu itu, bukankah asalnya dari satu keturunan yang dinamakan Adam? Lalu kenapa masih dibeza-bezakan, apatah lagi diberikan istilah PTI hanya kerana mereka lemah, tidak berkemampuan sama ada dari segi pendidikan dan harta benda...

sabahan berkata...

suluk,bajau,dan iranun adalah bangsa tausug..sy bangga berbangsa bajau kerana sy tahu nenek moyang sy adalah pakar dilautan luas,pelayar terbaik@penyelam terhandal didunia..sejarah mencatatkan bajau-iranun sebagai pahlawan dilaut dan suluk pahlawan didarat..diakui sendiri oleh penjajah2 eropah betapa mereka xmampu menewaskan bangsa ini..tp faktor politik mengubah segalanya..

Tanpa Nama berkata...

blog ni 2k bg informasi kpd smua org..npa bg komen yg bkan2..tau x, org yg bca komen ni nanti akn ada persepsi x baik trhdp kaum2 yg brknaan..ini akan mnimbulkan ppecahan dlm msyrkt kta..??fikir2 la....sharusnya bg la komen yg membangun.kalu ada yang x betul dlm pnyataan pnulis, perbetulkan baik2..be open minded k....jgn pla kita org sabah yang memperburuk2kn msyrakat kta sndiri di sabah...kita smua sama...

Tanpa Nama berkata...

walau apa pun bangsa anda.....tidak usahlah bergaduh..... kita hidup dalam satu negeri biarlah kita hdup aman dan sentosa.... walaupun bangsa kita dusun ka, bajau ka, brunei ka, kadazan ka, atau apa2 ka.....pada akhirnya kita akan kembali kpada y satu...kita ini serupa...pencipta kita itu satu...bangsa itu cuma nama....bangsa itu pada akhirnya cuma title diri kita..apa yng penting itu adalah dalam diri dan hati kita..

Tanpa Nama berkata...

salam saya orang bajau dan saya bangga dengannya.kepada pihak2 berkenaan yang melalak kononnya bangsa mereka hebat sebenarnya iri hati dengan kita. jangan pedulikan mereka ini kerana itulah sikap mereka yang suka cakap kotor.Bangsa bodoh puiii pegila ko mamposss

SempornaSabah berkata...

memang lah tidak dinafikan,jika dilihat dari sudut agama(Islam) secara keseluruhan,semua umat islam,tak kira suku kaum,atau bangsa apa sekali pun adalah wujud dari sumber yg sama,Nabi Adam..bukan ingin memprtikaikan hal-hal agama,apa sangatlah pengetahuan agama yg saya ada,silap2 saudara Bent lebih berpengetahuan,tujuan saya bukan lah utk membeza-bezakan kaum,siapa hebat..siapa tak hebat..tak mahu komen banyak nak teks ni saja..tanpa adanya manusia-manusia yg obses dgn hal hal keturunan dan asal usul...tidak mustahil,satu-satu suku kaum,atau bangsa itu akan kehilangan identitinya..kesannya?..rasanya,saudara Bent lebih tahu..bukan?...hehehe,assalamualaikum

Tanpa Nama berkata...

Kepulauan nusantara ni dikenali juga sebagai kepulauan melayu kerana masyarakat yg mendiaminya adalah masyarakat rumpun melayu termasuklah suku Bajau, Suluk, Irranun, Bannaran, Ubian dan sebagainya. Suku-suku yang disebutkan tadi adalah termasuk dalam rumpun melayu kerana berkongsi rupa, budaya, agama yang sama. Jadi ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa Kaum Bajau dan kaum2 laut yang lain adalah merupakan penduduk asal kepulauan ini sama ada kepulauan borneo, pulau2 di filipina sekarang ni, kepulauan sulawesi sehinggalah kepulauan riau-lingga, sumatra dan seluruh nusantara ini ada kaum Bajau. Adakah logik mengatakan bahawa kaum Bajaum berasal dari Filipina sedangkan terdapat lebih 40 juta masyarakat Bajau di kepulauan sulawesi. Bagaimana pulak kaum Bajau yg berada di kepulauan Riau-lingga yg di dalam buku sejarah dikenali sebagai orang Laut? begitu juga kaum bajau yg terdapat di Siam, Vieatnam, Burma dan sebagainya. Bukankan jelas kaum Bajau ada dimana-mana diseluruh nusantara ini? Masihkah lain tuan2 mengatakan bawa kaum Bajau ini berasal dari filipina. Berapa jutakan masyarakat bajau di Filipina berbanding kepulauan Sulawesi dan tempat2 lain di seluruh nusantara ini? sejak bila lagi Malaysia, Indonesia dan Filapina wujud. Bukankah Malaysia hanya wujud pada 16 September 1963. Jadi sebelum 16 September 1963 siapakah pemerintah bumi sabah ini. Bukankah sejarah ada mencatatkan bahawa hanya wujud 2 kerajaan sahaja yang memerintah sabah seb elum kedatangan British iaitu kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Tidak ada pulak disebut pemerintahan kerajaan KadazanDusun yg berdaulat di Sabah ni. Kalau betulah sabah ini adalah milik tuan2 seperti yang didakwa...sepatutnya tuan2lah pemerintah bumi sabah ni sebelum kewujudan Malaysia. Lagi satu saya nak tekankan, setiap rantau atau wilayan atau benua, ada penduduk asalnya sepertimana India dgn masyarakat Indianya, Arab dengan masyarakat Arabnya yg pelbagai suku-kaum. Benua eropah dgn bangsa eropahnya begitu juga kepulauan nusantara/melayu ini dgn masyarakat rumpun melayunya. Jadi sudah jelas bahawa kaum Bajau adalah merupakan penduduk asal kepulauan nusantara ini. Suka saya jelaskan bahawa benua/wilayah Cina dan serumpun dengannya ada tempatnya sendiri. Bukankah KadazanDusun itu termasuk dalam rumpun Cina berdasarkan rupa-parasnya. Jd ini sudah jelas bahawa tuan2 pada asalnya bukan penduduk rantau ini dan tuan2lah sebenarnya pendatang ke rantau ini.Saya tidak mengatakan bahawa tuan2 adalah kaum pendatang kerana penghijrahan ini mungkin telah memakan masa beratus-ratus tahun tetapi adalah tidak adil ataupun kurang sopan dan menguris hati kawan2 masyarakat suku kaum Bajau apabila kita mengunakan kata2 yg kesat dan mengelar mereka ini sebagai PTI. Klu sebut pasal PTI ni hanya Indonesia dan Filipina jak yg kita nampak. Apahal pula dgn PTI/pendatang dr Cina, India, Pakistan dsbgnya? adakah tuan2 tdk perasan masyarakat Cina mengalami pertumbuhan yg begitu ketara sdgkn semua tahu masyarakat Cina trkenal dengan perancangan keluarganya.Dari manakah datang cina2 yg kdg2 tak tahu berbahasa Melayu ini? tetapi ini masyarakat kita tak bisingpun sebab masyarakat ini dianggap sebagai masyarakat First kelas sedangkn kaum Bajau td dianggap sebagai pelar ian di bumi sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Suku Kadazandusun adalah penduduk pribumi asli yang terbesar di Sabah, Malaysia.Penjenamaan semula yang dilakukan oleh Hoguan siou Orang dusun iatu Tun Fuad pada era 50han telah telah menukar panggilan lama "Orang Dusun" oleh Orang-orang Brunai kepada nama baru "Kadazan" kemudian menjadi "Kadazandusun". Awalnya, orang Kadazandusun ini berasal dari Mongolia dan sedikit campuran Tiongkok.[rujukan?] Orang Kadazandusun ini berpusat di pedalaman Sabah, yaitu Kudat(Rungus), Sandakan(Orang Sungai) Beluran,Ranau,Tembunan,Pinampang,keningau(Orang-Orang Kadazandusun di kawasan ini berasal dari Tembunan dan Ranau), kuala Penyu(Dusun Tatana) dan beberapa daerah lagi di sabah. suku Kadazandusun dipanggil dengan sebutan Orang Sungai atau Sumandakia Sungut di sepanjang sungai Kinabatangan di sandakan. Percakapan orang Kadazandusun ini berasal dari bahasa Mongolia, yaitu bahasa Achimet Tori.[rujukan?] Orang Kadazandusun memiliki perayaan yang berbeda daripada suku lainnya, yaitu perayaan Tadau Kamaatan (Haverst Day).[rujukan?] Orang Kadazan tidak mempunyai pengaturan dalam hal mempunyai anak, sehingga mereka cenderung memiliki banyak anak.[rujukan?] Dalam berbagai hal, suku Kadazandusun memiliki tradisi kuat dalam ilmu mistik.Setelah kedatangan Agama Islam,Keristian,kebanyakan mereka ini telah memeluk ugama ini namun masih mengekalkan sebahagian adat resam dahulu.Perkahwinan campur antara Orang Cina dan Kadazandusun pula telah melahirkan "SinoKadazandusun" di Pinampang, Tembunan,Ranau dan Kuala Penyu.
Suku Kadazandusun adalah yang terbesar populasinya di Sabah

MUTALIB A MUTALIB berkata...

KITA ADA LAH SAMA DARI ETNIK YANG SAMA, PENJAJAHAN LAMA TELAH MENYEBABKAN KITA BERPECAH BELAH. ITU MERUPAKAN TEKNIK DAN STRATEGI DALAM SESEBUAH PEPERANGAN UNTUK MEMASTIKAN SESUATU KUMPULAN ITU LEMAH DAN MUDAH UNTUK DISERANG APA BILA BERPECAH.TAPI KITA SEMUA SEDAR ATAU TIDAK HARI INI MASIH ADA ORANG YANG SANGGUP MEMECAH BELAHKAN KITA UNTUK KEPENTINGAN MEREKA SENDIRI...AYUH ANAK BANGSAKU CUKUPLAH ZAMAN MOYANG KITA DIPECAH BELAHKAN...KITA HARUS BERSATU SEBAGAI SATU WARGA BAJAU YANG SEJATI...RENUNGKANLAH

Tanpa Nama berkata...

apa la bah...sama2 juga hidup d sabah..mau juga la ada sengketa antara kaum.sepatutnya kita ni bersatu, x kisah lah dari bangsa mana..klu b'pecah belah..mana la lagi kekuatan SABAH..kan isu ni PANAS.penulis BLOG pun kn ati2 la bah dalam wat penulisan...jgn wujudkan sensitiviti kaum yang leh porak porandakan bangsa kita sendiri... bajau or kadazandusun, tetap jg bumiputera SABAH..haissshhh...think before act!

BaDus berkata...

KITA DILAHIRKAN SEBAGAI MANUSIA YANG LENGKAP SIFATNYA. SYUKUR KITA PANJATKAN KEPADA ALLAH S.W.T ATAS KURNIA-NYA...YA, ALLAH AKU MEMOHON AGAR SABAH, MALAYSIA DAN SELURUH WARGA DUNIA SENTIASA AMAN DAN MAKMUR. PEACE NO WAR.AMIN

Tanpa Nama berkata...

utk pengetahuan anda semua.. Sabah adalah negeri yg kosg pada msa dulu..oleh krna penghijrahan yg d lakukan maka rmai la yg menetap d sabah. So jgn la kmu hina mghina. Kalau mau ckp bugis 2 asal sabah, memg kmu org buta sejarah,. Tun mustapa 2 memg bajau ubian + suluk.. Tapi dy lbih brtamadun krna memerdkan org sabah.. Jangan pandang sblh mata, kbnykn org d sabah ni adalah org bajau..

Unknown berkata...

sekarang x plu lg nak fkirkn pemusuhan...kita semua sudah duduk bawah satu rupun @ satu ngara...ingat kata prdana menteri skarng 1 malaysia...plu ada sifat tolong menolg,prpaduan n mhormati antra satu sama lain..bakal tunang sy jga orng bajau..

Unknown berkata...

skrng ne kita hidup dibwh satu rupun @ satu ngra...so plu ada hormati & saling membantu sama kita memajukan ngara...kita ne 1 malaysia..yang penting hormatilah

Tanpa Nama berkata...

thanks bro..bajau dan suluk adalah berlainan bro bukan dari satu rumpun. bajau meliputi laut sulu dan sebahagian laut china selatan, bajau adalah pelaut yang handal, kan colombus tu adalah orang kita cuma orang eropah aje yg tipu macam mat salleh yg penjajah gelar sebagai perompak padahal menentang kerakusan penjajah yg menyusahkan rakyat sabah....( apapun mereka cakap ttg bangsa kita, kita adalah pemilik laut sulu dan sebahagian laut china selatan itulah keistimewaan bangsa kita )

Tanpa Nama berkata...

Ops pembetulan... Klu ko mau ckp pejenamaan suku kaum pada tahun 50an... Gabungan masyarakat KDM... Dusun rungus murut, dll... (kadazan dusun) sebenar nya masyarakat rumpun bajau ada lah yg sepatut nya menjadi suku terbesar d sabah... Sbb banyak, bajau benaran, bajau samunul,bajau ubian, bajau semporna, suluk,bajau kb, bajau tuaran... Dan lain2... Sila buat kajian... Tapi suku2 ni x pernah membangga kan suku mereka ada lah yg terbesar d sabah... Renung-renungkan... Hehe...

Tanpa Nama berkata...

KENAPA BYK ORG BAJAU DAN SULUK DI SABAH...PERGI SAJA MANA-MANA DAERAH MESTI ADA BANGSA NI..ITU MEMBUKTIKAN BAHAWA ORG BAJAU DAN SULUK MEMANG ORG SABAH...

Unknown berkata...

Kita berlainan BANGSA ,tapi kita SATU NEGERI , SATU NEGARA . Kita ISLAM SESAMA ISLAM ADALAH BERSAUDARA . no need to bertekak :)

SAMA SEMBULAN berkata...

dulu zaman skola bingung aku terlampau ramai bajau dlm kelas, tp bila speaking masing2 x bepaam.. rupanya ada bajau pantai barat dengan bajau pantai timur, patut la..
bila bajau KB, Tuaran, Menggatal, Putatan, Kinarut, Kawang dan Pengalat speaking bajau, bajau tukar jadi "sama"..
contoh: tutur "sama" kau?
kenapa x, tutur "bajau" kau? barangkali dalam bahasa bajau, bajau tu ertinya "sama" ba kali kan..

Tp yang aku x paam, ada bangsa bajau di semporna pun klem drg pun adalah bajau "sama", lain dari bajau semunul, sibutu, omadal kunun.. tp bila speaking bajau "sama" durang, lain habis dari bajau "sama" pantai barat..

barangkali asal jak orang laut kena panggil bajau ba kali oleh barat.. gitu jugak kita, panggil durang orang putih atau mat salleh, padahal lain bangsa jugak tu dutch sama spanish..

Tp yang aku pasti datuk aku orang mengkabong dan lahir sana tahun 1926..jd bapa kepada datuk aku mungkin lahir tahun 1906 kalau dia kahwin umur 20.. kalau gitu lagi, datuk aku punya datuk lahir tahun 1886 kali aa.. kalau betul la datuk moyang aku asal dari luar sabah, cucunda mengucapkan berbanyak terima kasih kerana mengambil satu keputusan yang tepat dalam hidup pada masa tu untuk berhijrah ke pantai barat sabah yang tercinta ini..

kalau aku 10 tahun yang lalu berhijrah ke brazil, mesti anak cucu aku sumpah aku berabis kali kan.. sebab hilang bajau "sama" drg suda, bertukar jd brazillian pulak ni,hahahahahahaha...

betul2 mmg xda tempat lain lagi ka yang bangsa dia cakap bajau "sama" ni? suda chehck betul2? kalau irranun KB, suda jumpa tempat lain yang berbahasa mcm drg jugak di maguindanao, bajau sibutu simunul apa semua tu mmg drg ada tempat sendiri di selatan pilipina, tp bajau "sama" ni yang sandi sikit ni.. adoi...

tp yang paling x sangka2, sulawesi, kalimantan timur, kepulauan riau, flores, sumatera barat, sumbawa pun ada bajau ni, mati la, cmna la bahasa drg tu aa.. pulau bajau di kepulauan riau, pulau bajoe di teluk bone, pulau bodjo di sumatera barat, pulau bajo di kepulauan flores, labuanbajo di sulawesi lg, pulau nain di teluk manado sulawesi utara lg, dan pualau bajau di singapura..banayaknya kan? di wakatobi pun ada, sulawesi tenggara, dekat dengan pulau buton sana kali aa, hahahaha..

SAMAH-WARIS 8 berkata...

Orang Laut -> Melayu -> Jawa+Brunei -> Sama -> Bajau -> Tausug ..

D'arsil berkata...

salute sama yg punya blog ni.. yg lain2 memaki empunya blog ni total fuck!!!

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullah al'azim.....sy cuma nk kongsi satu perkara je laa....Malaikat maut membelek muka kita ni 70x sehari semalam......hanya menunggu arahan dr Allah....jd klu da sampai msnya @ pn....klu da gugur daun yg ada disyurga Allah...maka adalah manusia yg akan MATI hr tu....lebih baik muhasabah diri kt supaya cukup bekalan dialam barzakh & p'jalanan yg jauh di masyhar nnt....drpd b'ckp hal yg mengganggu ibadah kt pd Allah....tiada pertanyaan dlm kubur nnt tentang apa BANGSA engkau.....memang la siapa yg nda' sakit hati klu bangsa dihina dilabel sbg PTI....atau lebih famous lg dorang gelar PILAK....sedangkn dorang nda' tau apa itu pilak....pilak itu maksudnya DUIT.....tapi itu semuanya yg dinamakn dugaan dr Allah....kenapa terjadi perkara sebegini...ada sifat p'kauman....hanya satu sj jawapan nya....pegangan agama yg rapuh....cuba klu agama mantap...adakah berlaku maksiat?....perjudian?....minum arak?...joli sana joli sini....tanya diri sendiri.....adakah khusyuk solat korang....selalu ka baca alquran.....sy org bajau...sy lahir disabah....sy b'skola disabah...jd sy tau & nampak...kemaksiatan b'leluasa.....klu mau ckp psl solat.....huuu memang teruk....itu lah mengapa bala yg Allah turunkn disabah...maksiat da teruk sngt....dedah aurat x yah ckp laa...tengok kat fb pun da cukup.....masi nda' sedar lg ka kamurang semua...tu nasib baik masi ada azan b'kumandang disabah tu...bayangkn klu tiada suda azan disana....haa disitula c DAJJAL akan keluar.....itu lah masalah sebenar disabah pegangan agama t'lalu lemah...klu ada tabligh b'dakwah dikatakn sesat.....klu ada ceramah agama hanya sebilangan yg dtg...cuba klu konsert masya'Allah....penuh sampai diluar lg....pn masi nda' sedar lg kaa......

Tanpa Nama berkata...

Tak kira bajau apa sekalipun bannaran, ubian, oranglaut, samah semua berasal dari filipina cuma bajau warganegara adalah dari keturunan bajau yg datang sblm merdeka manakalah bajau PTI adalah bajau yg dtng selepas merdeka.Did dunia ini hanya terdapat satu sahaja tempat nenek moyang bajau iaitu FILIPINA, pulau tawi2, jolo, pulau sulu.Berhijrah semasa kesultanan sulu berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

respect to abgbent...............brsatulh kta suma

Tanpa Nama berkata...

Ondu baa..jgnla label bajau nie PTI..bajau mmg bangsa pendatang tp kedatangan mereka sblm merdeka g.. apapn kamu dtgla p sdkn suku apa yg plg 1st class, bajau simunul..suku dayak dan kadazandusun jgnla membangga diri, bukankah Allah berfirman..kita smua dciptakan dgn berbeza kulit, keturunan adalah kerana utk kita slg bkenal-kenalan dmuka bumi ini.. sy bg contoh, jika xda bangsa pendatang spt cina dan india, bangkitkah org2 melayu? Sedarkah mereka? Jd ada hikmahnya tuu..terima la hakikat kita sebumbung "langit" dan selantai "tanah".. peace no war!

Tanpa Nama berkata...

KENAPA BYK ORG BAJAU DAN SULUK DI SABAH...PERGI SAJA MANA-MANA DAERAH MESTI ADA BANGSA NI..ITU MEMBUKTIKAN BAHAWA ORG BAJAU DAN SULUK MEMANG ORG SABAH... <--- Joe kau suluk kah? X payahlah kau CAPS semua kau punya ayat. Kalau makan babi tu makan juga bah. Babi haram tapi arak sama rokok kau telan.

Unknown berkata...

Terima kasih (Magsukul) :)

Unknown berkata...

Terima kasih ( Magsukul Kaki ) :)

Tanpa Nama berkata...

Memang betul ulasan abg bent tu... sy amat memahami pendirian dan isi hati sebenar beliau. Bkn niat utk mmburuk2kan bangsa lain, tujuan beliau adalah ingnkn keharmonian dan keadilan. Janganlh di salah erti...sy pn merasa tempias pandangan sinis segelintir masyarakat yg melabel bajau sbg PILAK dan PTI ... Sangat cetek minda mereka... Brsyukurlh kalian krn budi bahasa dan toleransi kami kalian dpt mengaut hasil dr tanah tumpah darah kami... krn ceteknnya ilmu kami, kalian monopoli hasil bumi kami dan kami d label sbg PTI.... Kalau sj kami ni d didik dgn ilmu pengetahuan dlm pentamadunan bangsa pasti kalian tidak akn menikmati apa yg kalian miliki hari ini. Itulh kebijaksanaan penjajah yg ingin bangsa kami d hapuskn penguasannya krn tahu kami tidak suka bertuaan kan org luar... Marilah bangsaku, marilah mncari ilmu dan majukanlh dirimu... agar 1 waktu nanti mereka tahu the Sea Gypsian yg mereka hina kini adalh bangsa yg terbilang... Ingatlah saudaraku didiklh anak2 kita dgn ilmu yg secukupnya agar kita tidak d pandang hina lg seperti skrg. Keberanian sj tidak ckup tanpa ilmu... Namun bila kita sdh sampai d tahap yg tinggi jgnlh kita mnjadi spt masyarakat lain yg memperkecilkan bangsa lain... Ingatlh bumi ini adalh milik Allah.... Kita sbg khalifah haruslh mnjg dan mendamaiknnya sbgmana suatu masa dulu kita mnjg bumi ini sehingga pedagang dr pelbagai pelusuk dtng brdagang dgn amannya.....

Tanpa Nama berkata...

Kalau d blog berani ckp lah... knapa iban saja k yg pandai potong kpala. Wakakakaka. . .

Unknown berkata...

Apa pun urng bilang , aku terasa bah, bapakku bajau kota belut + bajau filipin , ibuku bugis indon (kaili) + tidung tarakan indon , ertinya aku kacukan filipin sama indon la bah, tpi jdi rakyat malaysia dan duduk di johor, still .. urng ingt ak ni urng melayu.. aku pun nda tau lah, diam2 sjak, klau ada yg bilang psl kaum di sabah, mmg aku geram, tp mau buat apa , mulut urng nda buleh tutup.. sabar sjak la. Tawakk sjak sama allah.. kita manusia biasa sjak bah, , teda bezanya walaupun lain kaum..

Unknown berkata...

Apa pun urng bilang , aku terasa bah, bapakku bajau kota belut + bajau filipin , ibuku bugis indon (kaili) + tidung tarakan indon , ertinya aku kacukan filipin sama indon la bah, tpi jdi rakyat malaysia dan duduk di johor, still .. urng ingt ak ni urng melayu.. aku pun nda tau lah, diam2 sjak, klau ada yg bilang psl kaum di sabah, mmg aku geram, tp mau buat apa , mulut urng nda buleh tutup.. sabar sjak la. Tawakk sjak sama allah.. kita manusia biasa sjak bah, , teda bezanya walaupun lain kaum..

puteri wana berkata...

Saya berbangsa bajau suluk,dan sya juga bangga arwah moyang&datuk sy salah satu pejuang pejuang menentang penjajah,bertumpahan darah demi menuntut kemerdekaan negara,kadang kala sy agak terkilan,kenapa mereka mengelarkan suluk sbgai pti, kalau bkn kerana bangsa ini di mana dan bagaimana kita sekarang.

Unknown berkata...

my kad , ic merah, ic bunga raya... kalu di sabah memang buli pakai kalu setakat siking tu tiada hal...kompom lepas punya..
tapi jo kalu di sulga tu jo gerenti kana rejek...
mau juga ada pas amalan.... nah beramal la kamu mau kiamat sudah ni........

Catat Ulasan